86. Hiatus

Honeymoon mode. So, I won’t be posting anything around 3 to 4 days, maybe. Lepas honeymoon, InsyaAllah, aku cuba dapatkan connection internet dan update ape yang perlu. Weeehooo!

Advertisements

85. Majlis Kenduri 19 Oktober 2013

Alhamdullilah, syukur. Semalam setel sudah akad nikah. Sah sah sah. Wahahhahhaa. Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih banyak-banyak. Puas memleleh air mate semalam. Tengok typo siap memleleh. Malas nak padam typo tu. Hahahah. Semoga tak buruk dalam gambar. Wahahhaha.

logo, initial monogram wedding

Siang tadi pulak setel jugak majlis makan-makan. Alhamdullilah. Kepada sesiapa yang hadir memeriahkan, terima kasih banyak-banyak. Yang tak berkesempatan datang, sila lah datang ke majlis bertandang di Rembau. Kepada tetamu yang datang tadi, terima kasih. Maafkan dan halalkan segala kekurangan dari pihak kami. Doakan kami berdua serta keluarga.

Sebenarnya banyak lagi yang aku tak sempat nak cerita kan pasal wedding preparation aku dekat korang. Tak pe tak pe. Lepas Honeymoon ni aku sambung bercerita ok. Hihihih. Oh oh, lusa aku nak pergi honeymoon. Shhhh~ Jangan kacau. :p

83. Baju Bersanding DIY

Poyo sikit tunjuk baju. Aku nak cakap baju ni aku dengan mak yang jahit manik dan lace. Selaku amatur tak bertauliah – samada dalam bidang lace dan memanik, mahupun jahit menjahit, aku memang sengaja cari nahas hias baju sendiri. Aku tak reti langsung menjahit lace dan manik. Tapi dengan jiwa kental dan bimbingan daripada mak kesayangan, Alhamdullilah. Selamat lah baju ni dijahit oleh aku dan mak.

baju bersanding, bersanding, baju kahwin, baju kahwin diy

Lace nak manik yang simple saje. Baju pun baju kurung moden. Nampak tak? Nampak tak ironinya. Boleh lah aku pakai lepas kahwin nanti ke kenduri orang lain tanpa pengantin perempuan rase tergugat dengan baju aku. Jom kite tengok samada baju pengapit aku nanti lagi the vazz dari baju aku. Kate nye nak pakai baju warna cream macam pengantin? =_____=

82. Baju Nikah DIY

Besok aku dah nak kahwin dan aku nak tunjuk sikit baju nikah aku. Hahahha. Baju nikah ni aku beli dah siap dekat Twilight Violet Boutique. Aku ade cerite dekat sini –> Guna Duit BRIM Beli Baju Nikah. Tapi sebab terbeli saz besar, mak tolong alter kan dan tambah manik. Sweet gila mak aku ni. Nak nangis rase. :’)

So, ni lah baju nya. Tidak lah seberapa tapi aku sangat suka. Nanti lepas kahwin, boleh pakai balik. Tak dek lah blink-blink sangat sampai rasa segan nak pakai. Hohohoho. Sebenarnya aku tak suka pakai baju kurung. =____=

baju nikah, baju nikah off white, baju nikah diy

Itu je lah kot. Good luck encik tunang melafazkan akad nikah besok. I love you. Wahahhaa.

81. Innershine Groupon Dah Sampai

Sape-sape yang follow cerita aku dari awal sampai sekarang mesti tahu aku ade order Innershine murah dari groupon dulu. Aku ade cerita dekat sini –> Supplement Drinks Sebelum Nikah. Hehehehe. Aku dah dapat parcel dari Groupon 3 Oktober yang lepas. Maka nya, setiap malam sebelum tidur, aku memang minum pati prune ni je kejenya.

innershine pati prune, pati prune, innershine, groupon

Tadaaaaa! Parcel nya. Waktu orang Gdex datang hantar parcel ni, aku tengah testing baju bersanding. Rilek aku kuar pakai baju tu depan abang Gdex. Wahahahaha.

innershine pati prune, pati prune, innershine, groupon

Bukak-bukak parcel je, ade bubble wrap. Main picit-picit sat.

innershine pati prune, pati prune, innershine, groupon

Dan ini lah dia. Innershine Pati prune!! Dengan harapan nak jadi muka cantik macam Maya Karin. =____= Please~~~

innershine pati prune, pati prune, innershine, groupon

Yang ni perbezaan botol yang baru aku dapat – 70ml (kanan) dengan botol lama yang aku beli sendiri – 42ml (kiri). Bersabarlah wahai hati. teguhkan pendirian mu untuk menghabiskan innershine yang tinggal. Dua hari lepas, satu kotak dah habis. Tinggal satu kotak lagi yang ada 1 botol to go! Go go Atie. =____+

80. Sticker Doorgift – Kad Kahwin Rodong

Tunang aku punya doorgift nak pakai sticker. Aku beria mencari mana tempat nak tempah sticker murah. Nak buat sendiri, sticker bulat tak jumpe. So, kene jugak lah nak tempah. Plus tunang aku tak setuju nak buat sendiri sebab membazir ink printer. =___=

Cari punya cari, dapat lah dari facebook. Kad Kahwin Rodong. Harga standard je la. 15 sen sekeping. Aku rase ok lah tu kot. Ke ade tempat lain yang korang jumpa lagi murah? Kalau ade, tolong komen kat bawah. At least those yang tengah mencari lagi, boleh guna. 🙂 Sharing is caring bebeh.

sticker, desgin sticker, tempah sticker, rodong, kad kahwin rodong

 

Design sticker bulat untuk doorgfit tunang aku. 

Kalau korang berminat nak tempah dekat Kad Kahwin Rodong, korang boleh usha dieorang dekat Facebook. Oh anyway, Kad Kahwin Rodong ni based dekat Kuantan. :) Tapi dieorang kadang-kadang turun Putrajaya on weekends. Boleh COD je area sane. Oh and, dieorang sangat senang nak bawak bincang dan buat keje lajuuuuuu. Aku sangat-sangat rekemen dieorang. Go go usha dieorang. 😉

Facebook: Kad Kahwin Rodong

 

79. Teaser Doorgift

Ini design doorgift yang aku nak bagi pada tetamu yang datang kenduri aku nanti. Tapi seperti biasa, ayah aku tak berkenan. Kali ni bukan sebab moden sangat, tapi sebab murah sangat. Hahahhaa. Geli hati aku dengan ayah ni. Mula-mula aku berkeras gila nak bagi doorgfit ni saje sebab murah. Aku siap cakap kat ayah, aku ade bajet ciput ni je untuk doorgift. Last-last, ayah sponsor doorgift.

Aku still geram nak buat doorgfit ni jugak. So, decision yang aku dengan ayah ambil, bagi dua-dua doorgift ni letak dalam paper bag. Nak tahu doorgift ape? Hehehehe. Lek lu~ Tunggu majlis minggu depan ye. Aku bagi hint design yang aku sketch dalam buku kahwin aku ni sikit. Lain-lain tunggu nanti. 😀

doorgift, diy doorgift, diy, doorgift murah

75. Baju Tema Family

Tema warna untuk family aku waktu majlis bersanding nanti ialah warna silver-ish grey. Time cari baju ni, macam ape je. Susah gile kot. Kakak aku punya idea lah nak silver-ish silver-ish grey ni. Lebam je nak cari. Sabar je la.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Tu dia baju-baju untuk family aku. 6 helai baju melayu dan baju kurung. Warna ikut tema silver-ish grey. Well, mostly grey. Susah nak cari baju warna silver yang tak berkilat. Berkilat karang mak tak suka pakai. Tapi last-last beli jugak dekat mak baju yang berkilat. Hahahaha. Kesian mak.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Baju melayu dua pasang. Satu untuk ayah satu lagi untuk abang. Yang ni beli kat Jalan TAR. Tak ingat dah nama kedai. Harga RM130 sepasang. Hari tu aku ada jumpa baju melayu yang boleh tahan jugak kualiti dia. Harga pun murah. RM79 sepasang. Sayang sungguh saiz ayah dan abang aku tak ada. Geram betul.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Ni pulak baju kurung biasa. Range harga antara RM79 sampai RM120. Tapi yang RM120 tu aku dapat less sampai RM80. Padahal aku tak start tawar menawar lagi. Baru nak tanya confirmkan harga berapa. Tiba-tiba akak tu kata bagi RM80. Hahahha. Untung lah boleh jimat sikit. Dan baju ni nanti, akan jadi baju raya kiteorang tahun depan. Hohohoho~ Penjimatan berganda. 😀

74. Dress Jubah Majlis Bertandang – Butik Umairah

Baju untuk majlis bersanding aku dah siap. Ambil sekali dengan baju melayu tunang dengan baju kurung moden untuk majlis bersanding. Untuk majlis bertandang tu, aku buat dress jubah. Sopan lah sikit. Hikhikhik.

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Dress ni aku buat simple je. Tak terfikir pulak nak buat princess cut. Waktu tengah cari baju untuk family aku hari tu, nampak pulak satu kedai ni buat dress princess cut. Cantik sangat cutting die. Aish, rugi-rugi. Rugi sangat bila jadi buta fesyen. Huuuu~ Tapi tunang aku suka kate, jangan fikir benda yang dah lepas. Redha je. =____= Alahai senang betul die meredha kan semua benda. Harap-harap nanti dia redha lah dapat aku ni. Nak masuk syurga 🙂

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Harga untuk dress ni RM150 je termasuk lining. Ok lah kot tu. Nanti tinggal nak tambah lace je kat baju ni. InsyaAllah doakan cantik-cantik je. 🙂