2. Review Majlis Bertunang

Disebabkan persiapan untuk perkahwinan satu pun tak buat lagi, so aku nak buat review pasal majlis tunang aku dulu. Aku baru je bertunang pada 17 Mac 2013 yang lepas. Ceyh ceyh ceyh, baru lah sangat kan. :p

Majlis tunang aku buat habis DIY dan sempoi gile. Hahahha. Aku pun tak bajet aku akan buat sesempoi ini. Asalnya tak nak bertunang pun, nak nikah terus. Tapi bakal mak mentua nak jugak datang rumah. So, buat lah majlis sikit, secara kecil-kecilan.

bakal isteri

Ini bakal pengantin perempuan yang pemalu a.k.a aku.

bakal suami

Ini pulak bakal suami bermuka excited.

mini pelamin diy

Hahaha. Ni pulak mini pelamin (tak dek lah pelamin sangat).

1. Baju Tunang

Aku punya pakaian sempoi je. Baju kurung moden warna pink. Beli dekat PKNS Shah Alam dengan harga RM180 selepas diskaun RM10. Aku bukan seorang yang pandai berbargain.

Tunang pulak pakai kemeja lengan panjang warna soft pink brand Uniqlo berharga RM60. Punya lah susah nak cari baju untuk tunang aku ni sebab badan die kecik. -___-“


2. Hantaran

Aku dengan tunang selamba decide nak buat hantaran 3 balas 5. Versi orang nak berjimatlah kate kan. Hantaran aku untuk die:

1. Kain untuk baju nikah – Ade drama pasal kain ni. Later aku cerita dekat next entry.

2. Cookies Famous Amos 2 bag besar – Kakak sponsor.

3. Buah- buahan – Kakak dan abang sponsor.

4. Cupcake – Mak buat.

5. Pulut kuning dan kari ayam – Mak buat.

Hiasan untuk hantaran, aku recycle bunga-bunga lama mak plus bunga biru dan putih yang baru beli 3 hari before majlis. Bersengkang mata jugak nak susun dan gam bunga-bunga tu. Bekas hantaran pulak aku guna cermin. Konon-konon ambil inspirasi dari blogger Intanorazam.

Hantaran die untuk aku:

1. Cincin

2. Kain untuk baju nikah

3. Ferrero rocher

+ Tepak sirih sebagai tanda dan bunga ros merah fresh sejambak.


3. Make up 

Hal make up aku serahkan pada kakak aku yang sulung. Aku ni jenis tak suke bermake up. So, hari aku tunang tu, pakai make up pun tak nampak macam pakai make up. Kakak aku nak pakaikan eye liner pun, aku terjerit-jerit tak nak.


4. Pelamin

Mini pelamin tu totally DIY.😀 Mak beli kain jersey warna ungu gelap, harga murah je RM4 semeter. So, mak beli 4 atau 5 meter (tak ingat dah) bidang 60. Yang putih tu pulak, langsir warna putih cream yang memang dah ada kat rumah.

Bunga yang berjelujur kat atas langsir tu, semua bunga-bunga lama mak. Recycle. 2 hari before majlis, jenuh aku dengan mak susun-susun bunga dan gam kan supaya jadi bentuk macam kat atas tu.

Alas tempat aku duduk pulak, mak yang buat kan. Mak beli kain baldu warna biru tua dan renda emas. Mak jahit kain baldu tu malam sebelum majlis. Yang paling tak tahan, mak aku jahit renda emas dekat tepi alas duduk tu, pagi majlis, sebelum orang datang. Mak aku memang power. :p


5. Cincin

Cincin tanda untuk aku, kiteorang pilih yang simple je. Niat hati nak buat cincin ni untuk bertunang dan nikah sekaligus. Tapi, last-last, nikah nanti ada cincin lain jugak.😀


6. Kenduri

Kenduri pulak ayah support full. Buat makan sikit-sikit je sebab tak jemput orang ramai pun. Just ajak saudara-saudara dekat, jiran dan orang surau je. Yang tukang masak pun, mak saudara. Banyak jimat kat situ.

Over all, aku suka dengan majlis bertunang aku, kecuali satu. Aku kene basuh periuk lepas majlis habis. -____-” Hahahaha. Oh and, tipu lah kalau aku cakap, aku tak nak majlis grand-grand macam orang lain buat. Ade pelamin mahal, ade doorgift, ade kad undangan, hantaran mahal-mahal, official photographer, official videographer bla bla bla bla. Tapi memandangkan bajet aku pun tak dek, so tak boleh lah nak buat. Still, aku tetap bersyukur dengan ape yang ade.

Anyway, ni total lost untuk majlis bertunang aku (yang pakai duit aku dan tunang sahaja tak termasuk sponsor).

1. Baju tunang (Lelaki dan Perempuan) RM 240
2. Hantaran + decoration untuk hantaran + cermin dulang hantaran (Lelaki dan Perempuan) +- RM1000 (spoil dekat kain)
4. Cincin RM700
TOTAL LOST RM1940

Ok. that’s it review pasal tunang. Jumpa di entry yang akan datang.

8 thoughts on “2. Review Majlis Bertunang

    • Kekekkee. Time nak beli baju untuk tunang kan, semangat mencari yang mane murah. Kalau boleh RM50 pun boleh asalkan cantik dan simple. Tapi tak jumpe😦

  1. dah lame nak cari intro pasal budgeting untuk tunang.. i memang nak cari idea DIY ni.. sebab i tengok abg i punye engagement.. mcm to much.. sampai 3 ribu, maybe i boleh cut cost banyak kot.. thanks misikahwin.. ^^

    • sekarang ramai orang buat majlis tunang besar-besar. ikut trend. kite yang tak banyak duit ni, kene la jimat sikit. hehehe. welcome dear and good luck😉

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s