3. Hantaran Tunang

Semalam aku dh review overall majlis tunang aku. Hari ni aku nak spesifik kan review aku untuk hantaran tunang belah perempuan dan lelaki. Ini adalah hantaran bajet versi ciput dan mengenyangkan. Hahahha. 

Hantaran dari belah aku ada 5 dulang. Aku bagi cookie Famous Amos 2 bag besar, kain untuk nikah, buah-buahan, pulut kuning dan kek.

hantaran tunang kain, kain, hantaran tunang, dulang cermin, cermin, dulang hantaran, tema biru

Ni hantaran utama belah aku. Kain untuk kawen. Untuk si dia. Leceh jugak nak cari kain untuk tunang aku ni. Demanding. Nak kain keras lah, tak nak kain lembik-lembik la. Pffttt~ Abaikan kain putih yang membaluti kain utama tu. Lupe nak cabut. Hahahaha.

hantaran kek, hantaran tunang, tunang, cermin, dulang cermin, dulang hantaran cermin

Ok, ni pulak hantaran kek. Mak aku bake kek ni malam sebelum majlis pukul 1 pagi lebih-lebih. Aku nak tolong bakar tapi mak aku hambat aku tidur. Dia kate nanti mate lebam tak lawa. Mak aku buat 2 perisa – kopi dengan chocolate. Buat bentuk bulat dan letak dalam bekas bulat tu.

hantaran tunang, hantaran cermin, dulang hantaran cermin, cermin, biru, tema biru, hantaran tunang famous amos, famous amos

Ni pulak famous amos. Kakak In aku sponsor.  Aku baru je berpakat dengan Angah aku nak cilok satu beg untuk makan sendiri. Tapi, kene marah dengan Kak In. Buruk perangai. Tsk tsk tsk.

hantaran tunang, hantaran pulut kuning, pulut kuning, kari ayam, hantaran dulang cermin, cermin

Ni pun mak yang masak. Pulut kuning dengan kari ayam. Sedap sedap sedap. Huhuhu. Bekas tu aku guna tupperware bulat kecik. 2 bekas letak pulut, 1 bekas letak kari ayam. Hiasan untuk hantaran, ehem semue aku buat. Patut lah buruk. T3T. Oh, satu lagi hantaran, aku bagi buah-buahan. Ade buah anggur, epal, pear dengan orange. Lepas tunang, aku baru terbace blog bride to be yang lain, die letak minyak pada buah tu nak bagi bersinar. Pui. Aku baru tahu.

Ni pulak hantaran tunang belah pihak laki bagi kat aku. Konon-konon kate nak bagi 3 hantaran. Tengok-tengok jadi 5 tambah dengan bunga sejambak dengan tepak sirih.

hantaran tunang cincin, cincin, tunang, tanda,

Ni hantaran utama. Cincin. White gold. Tak pernah-pernah seumur hidup aku pakai cincin, start je hari aku bertunang, aku dah kene pakai cincin sampai mati. Urgh.

hantaran kain, tunang, hantaran tunang kain, tema ungu, ungu, putih

Kain untuk kahwin nanti. Kain charmeuse satin. Cantik. Bersinar. Nampak mewah. Tapi tahi. Ini semue sebab kene tipu dengan saleswoman GULATIS yang ************* (aku pakai tekan je ni, tak de maksud terperinci). Lepas aku kene tipu gile babi ngan perempuan tu, aku selalu doa rezeki aku untuk kawen ni bertaambah-tambah. Nampak sangat la tak berdoa sebelum ni. Eh?

hantaran tunang, tepak sirih, tanda tunang

Ini pulak tepak sirih. Adat. Belah aku selambe tak main adat-adat. Hahahahhahaha. Last-last kene tegur dengan jiran kenapa tak dek hantaran sirih junjung. “Mak cik nak sponsor ke?” monolog dalaman ku berkata-kata. Monolog je lah. Tak cakap betul-betul pun. Menghormati orang tua kate kan.

hantaran tunang, tunang, hantaran ferrero rocher, hantaran chocolate, ungu

Ni pulak jenis hantaran yang aku paling suke. Makanan!! Muahahahha. Aku suka makan. Aku lagi suka makan dari suka tunang aku. Eh?

Ini je lah review hantaran tunang aku yang tak seberapa. Tengok-tengok balik, macam menyesal sikit tak buat grand sikit. Grand sikit ok, bukan grand banyak.

2 thoughts on “3. Hantaran Tunang

    • heheheh duk tengok B2B lain review barang hantaran dieorang… nak buat jugak lah… ni pun gambar ambik dari kamera entah sape2… naseb baek ade je… hahahhaa..

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s