4. Cerita Kain untuk Hantaran Tunang

Cerita haru pasal kain nikah aku. Aku dah tahu design ape nak buat untuk kawen nanti tapi al maklum lah, dua dua kepale tak betul, tak reti bab-bab kain ni. Mak aku duduk jauh nun sane. Mak mentua pulak asyik busy. So, time nak gi beli kain, aku pergi bertiga dengan kakak aku, aku dan tunang. Yang bongoknye aku ingat kakak aku ni reti la nak beli kain. Rupe-rupenye biol same macam aku dengan tunang. Pui betul.

Kiteorang bertiga mula mencari kain dekat Jalan TAR. Masuk sana, masuk sini. Tapi masuk area-area depan je la. Tak masuk sampai selit celah-celah mane entah. Sebab nye kakak aku cakap, kawan die penah beli and tempay baju kawen kat area-area tu. Time duduk mencari kain, dah berkenan dengan kain lelaki dekat GULATIS. Kain duchess jenis tebal. RM35 semeter. So, cari lah kain perempuan dekat kedai yang sama – GULATIS. Aku akan ingat nama brand ni sampai mati. Tahi betul.

Kisahnya masa pilih-pilih kain perempuan, saleswoman tu tunjuk beberapa kain. Aku berkenan kat 2 jenis kain ni – satu jenis harga RM38 satu lagi harga RM68. Aku siap belek majalah nak tunjuk design kat saleswoman tu nak tanya berapa meter kain kalau nak buat design macam tu. Saleswoman tu cakap 8 meter. Of course lah nak ambik kain murah. So, aku decide ambik kain yang murah harga RM38. Kakak aku cakap, nak selamat ambil 10 meter (noob nya kami).

kain nikah, hantaran tunang, hantaran kain, gulatis, white off, satin, plain

Kain nak buat untuk kawen

Bila dah siap gunting semue, turun lah ke bawah nak bayar, sekali tengok saleswoman tu cakap kain perempuan tu harga RM68 semeter. WTF??! Aku dengan kakak tanya balik lah dengan marah-marah. Kat atas cakap Rm38, bila nak bayar kate RM68. Last-last sebab dh gunting semue, terpaksa lah duit tunang aku melayang membayar harga kain tu. Bila keluar kedai, aku dah bengang, sumpah seranah saleswoman bongok tu. Huh.

Bulan lepas aku pergi carik tailor nak buat baju aku dengan baju tunang dan mak mentua aku dekat Medan MARA. Aku dah survey, ade aku bace blog bride to be cakap kedai Butik Umairah ok. So, kiteorang pergi lah tengok. Tapi, sebab kiteorang pergi hari Sabtu, owner die tak dek. Ade pekerja die je. Dah survey kat Umairah, kiteorang pergi survey lagi. Tak banyak kedai yang bukak hari tu. Sedih. Then, kiteorang pergi satu kedai lagi nama owner die Maiza. Yang tu, owner die pun ok jugak. Tapi, kiteorang tak booking terus, just survey je.

baju kahwin, dress kahwin, design baju kahwin

Ni lah contoh design baju untuk kawen aku. Sumber gambar Buddy Bead Soul

Next few weeks nye, kiteorang datang lagi kat Medan MARA tu sebab nak booking and nak tempah semue. Tunang berkenan nak buat dekat butik Umairah. Aku pulak berkenan nak buat dekat Maiza tu. So, kiteorang pergi la ke Umairah dulu. Owner die ada time tu. Alhamdullilah. Bile dah setel tang baju tunang aku, aku pun rase malas pulak nak pergi kedai Maiza. Last-last aku nak tempah kat Umairah jugak. Aku pun discuss dengan owner die, name Syarifah. Tang ni aku rase nak nanges gile-gile.

Kak Syarifah tu cakap, kain yang aku beli tu, tak sesuai untuk buat baju belah luar. Sebab kain die mudah pecah. Aku dah tersentap kejap. Die tanye beli kat mane, aku jawab GULATIS. Die cakap banyak customer die bawak kain dari Gulatis, kain yang tak sesuai. Orang-orang Gulatis suke rekemen kain mahal tapi tak sesuai. Aku tahan air mata. Kak Syarifah tanya lagi, berapa meter kain aku beli sebab nampak macam banyak, aku jawab 10 meter. Kak Syarifah tu terkejut sebab kalau design yang aku nak tu, just pakai 4 meter je. Akak tu cakap lagi, kain tu selalu nya kain orang kaye buat kain lining.

Aku terus terdiam. Sedih. Sedih gile. Aku baru je maafkan saleswoman tu sebab tipu aku pasal harga kain, sekali macam ni pulak kene. Aku dah tak boleh cakap pape dah time tu. Tekak perit tahan air mate depan bakal mak mentua. Lepas tu, mak mentua aku je yang cakap-cakap dengan Kak Syarifah. Pecahnye hati aku sebab kain mahal-mahal tapi guna nye untuk apa? Kain lining. Huaaaaaa~

11 thoughts on “4. Cerita Kain untuk Hantaran Tunang

  1. erm..kalau nak beli kain mmng kena pndai pilih..kta ni xde la pndai sngt. tp sebab mak menjahit, so tahu sikit2 pasal jnis kain. masa nak beli baju untuk tunang pun redah pergi cari sendiri je..

  2. Pingback: 20. Aku Hampir Give Up | Misi Kahwin

  3. Sebenarnyer, kain Duchess tu untuk buat lining / baju dalam / bahagian dalam je.

    Kalau untuk baju perempuan, kebiasaanya orang akan beli kain Duchess beserta dengan kain Chiffon. Jd, kain Chiffon tu akan di pakai dekat luar.

    Mungkin la ada pengantin yang pakai kain Duchess semata-mata, tetapi selalunya diorang buat lining dalam je.

    Kalau tak nak guna kain Duchess pun boleh, pakai kain satin pun boleh. Tetapi tengok design la ye.

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s