6. Tips Kumpul Duit untuk Kahwin

Untuk kawen ni zaman sekarang ni, aku rasa kalau tak cukup 10k, macam tak sah pulak. Banyak duit nak digunakan time kawen. Untuk baju lah, hantaran lah, pelamin lah, kenduri lah, macam-macam lagi lah. Yang senak perut tanggung semue nye sape lagi, bakal-bakal pengantin jugak. So, hari ni aku nak share sikit macam mana aku saving duit untuk kawen aku yang tak berape nak lame dah lagi ni.

1. Bawak bekal pergi ofis

Sumpah. Aku bawak bekal pergi ofis almost tiap-tiap hari. Kecuali la time aku dah tak larat gile-gile time balik keje waktu malam. Serius sangat jimat kalau bawak bekal sendiri dari makan luar, nak nak lagi area KL yang mahal belaka makanannye. Bayangkan kalau makan kat luar, sekali makanan dan air mau cecah minimum RM5.00 dan maksimum RM20. Korang darabkan dengan around 23 berkerja; RM20x23=RM460.

bento, bekal makanan, lunch, jimat, duit kahwin

Cuba kalau korang beli barang mentah dan masak sendiri. Meh aku listkan roughly.

Ayam untuk seminggu seekor = RM15 (maksimum) x 5 minggu = RM75

Santan sekotak = RM5.00 (maksimum) x 2 minggu (tak kan tiap-tiap minggu nak kuah lemak je kan. hahah) = RM10

Garam, gula, perencah, kunyit, bawang merah, bawang putih, lada kering = RM50 cukup untuk 3 bulan

Total semua untuk sebulan = RM135

Nampak takkkk? Nampak takkkkkkkkkkk? Nampak tak penjimatan nyeeee. Ha, semangat sungguh aku.😀

2. Masak sendiri dekat rumah

Tadi aku cerita pasal masak dan bawak bekal ke ofis. Ni aku nak cerita pasal masak sendiri dekat rumah untuk lunch ke untuk dinner ke untuk breakfast ke. Tapi, aku rase sebab kite busy keje, mampu masak untuk dinner je la kot.

jimat, duit kahwin, masak sendiri

Aku habis keje sepatutnye pukul 4 petang. Tapi selalu je aku kene balik lambat. Aku seboleh-bolehnye nak balik awal dan tak nak stay back sebab tak dapat OT pun tapi biasa lah keje dengan company IT. Pffft~ Bila balik rumah, aku cepat-cepat keluarkan ayam atau ikan dari peti ais, prepare barang-barang nak masak then masak. Aku masak lauk-lauk simple je macam ayam masak merah, ayam kicap, ayam black pepper, ayam masak lemak cili api, sup ayam, ayam bakar, bubur. Nampak tak semue ayam? Hahahha. Sebab ayam lagi murah dari ikan kot. Anyway, time masak tu aku akan make sure masak lebih sikit untuk kakak aku dan bekal aku untuk lunch besok hari. Tak kuase aku nak bangun pagi masak lunch.

3. Pengangkutan ke ofis

Pasal ni aku tak boleh komen banyak sangat sebab ofis aku 6, 7 minit je dari rumah. So, aku naek scooter je pergi ofis. Minyak aku pakai around RM5 sebulan. Kat sini, aku suggest kan few other cara untuk penjimatan maksimum.

jimat, duit kahwin, car pool

  • Car pooling/share kereta dengan ofismate – Ramai yang tak suke cara ni tapi untuk sementara kumpul duit untuk kawen, OK lah kan. Bile share dengan ofis mate, at least jimat duit minyak. And kalau naik kereta orang, jimat duit servis kereta. Hikhikhik.
  • Jalan kaki – Boleh exercise body sekali. Hikhikhik.
  • Naik basikal – Jarang nampak tapi why not?
  • Naik motor – Bagi aku bahaye sikit kalau perempuan naik motor, tapi selagi pandai jage diri, tak dek hal lah.
  • Naik bas/LRT/Komuter – Better jangan naik teksi. Mahalllll. I know naik public transport kadang-kadang menyampahkan tapi bertahan lah sikit. Lepas kawen, kau suruh lah laki kau yang hantar. Hahaha.

4. Jangan selalu keluar weekends

Macam bosan je kan tak keluar weekend sebab weekdays dah penat keje, weekends lah nak lepak semue jumpe lepas rindu. Tapi, time keluar lepak ni lah duit banyak habis dekat macam-macam. Makan – breakfast, lunch, tea time, dinner. Berapa dah habis kat makanan je. Duit minyak – tambah jem lagi. Tengok wayang pulakkkk. Huiii~ Tengok barang cantik pulakkkk. Habis duit.

shopping, jimat, duit kahwin

Setakat yang aku tulis post ni, aku dah 3 minggu tak keluar dengan tunang. Last aku keluar dengan tunang pun dengan mak tunang sekali sebab nak booking tempah baju. Selalu nya aku dengan tunang keluar untuk setel barang-barang untuk kawen. Padahal banyak je lagi tak setel. :p

5. Fikir sebelum beli barang

Ni sangat penting. Kadang-kadang kite tengok iklan sikit terus “wuyohh aku nak beli la mende tu”. Terus cari dan beli. Lepas tu tak pakai sebab tak sesuai la, tak dek function lah. Contohnye kite tengok baju cantik tak dek lengan, padahal kite bertudung. Nak pakai baju tu pulak kene pakai inner la, cardigan lah. Kite jenis malas. So, terperap lah baju tu dalam almari tak pakai-pakai. Rugi kan?

Aku ni, Alhamdullilah jenis tak rajin sangat nak membeli pape. Aku suke tengok-tengok barang jual online tapi nak membeli tu, aku ade target berape ringgit je aku nak spend on something. Kalau aku rase tak berbaloi, memang sampai sudah aku tak beli. Kedekut aku ni. :p

6. Take note perbelanjaan tiap-tiap bulan korang.

Aku ada list aku buat dalam excel sheet berapa gaji aku dapat, how much aku spend untuk makan, air api, belanja itu ini. dengan cara tu, korang boleh tahu budget korang sebulan macam mana and korang boleh planning nak pakai duit berapa banyak untuk bulan ni, bulan depan dan seterusnye. InsyaAllah kalau korang ikut betul-betul, tak lari budget korang.

budget kahwin, jimat, kumpul duit kahwin

Oh ye, incase korang nak contoh budget yang aku buat macam gambar kat atas ni, do email me dekat misikahwin@gmail.com or leave your emails dekat ruang komen kat bawah.

Tu je la kot tips yang aku boleh fikir ari ni. Kalau ade lagi, aku update balik list. Sementara tu, make sure korang amalkan ape yang aku dah share ni. InsyaAllah, mampu.🙂

23 thoughts on “6. Tips Kumpul Duit untuk Kahwin

  1. besrnya kahwin…nak kahwin tapi tak kerja lagi, calon xde lagi, belum masa yang terbaik untuk kita..awak..semoga berjaya..Hadiaku untukmu : Semoga Allah kurniakan barakah kepadamu,& semoga Ia melimpahkan barakah ke atas kamu & semoga Ia menghimpukan kalian berdua dalam kebaikan

  2. hey, saya memang setuju 100% dgn tips awk ni k! sebab saya pun bt jgk..hiks! tips No.6 memang penting.. kalau takde checklist atau budget, gaji byk mana pun tetap x cukup.. lg 1, kalau nak saving yg berterusan wpun dah kawen nanti, lps byr semua bil, terus tolak utk saving..tolak byk2 pun xpe.. mmg seronok kalau tgk duit saving byk😀

  3. Ija:
    Thanks babe.. awak pun sabar menanti ok? hehehe..

    Nursaila:
    bile dah tolak semue, nampak gaji bertimbun-timbun, terus tak jadi nak saving… hahahahahha… :p

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s