28. Checklist Persediaan Perkahwinan

Hari ini aku malas nak tulis entry sebenarnya. Tapi, rasa macam tak lengkap pulak kalau tak berblog sehari, macam makan nasi tak dek lauk atau macam tak solat 5 kali sehari kalau tak period rasanya. Hahahaha. So, ini short entry daripada aku. Kat bawah ni ada Checklist Persediaan Perkahwinan daripada SyokKahwin.com dan ImpianPengantin.com. Korang boleh lah download untuk rujukan masing-masing. Klik saje gambar file dekat bawah untuk download. Ok dah, chow.

download, muatturun, muat turun

Psst, tolong klik sini sikit untuk tolong aku kumpul duit kahwin. Trimas! 😀

Advertisements

27. Tips Elak Dagu Berlapis

Dagu aku berlemak. Bila pakai tudung, nampak double chin nya. Wah wah wah, risau nya nak ambil gambar wedding (padahal tak dek photographer lagi). So, aku terjumpa video ni – How To Prevent Having A Double Chin in Your Wedding Photo.

Sape-sape yang ade lemak bawah dagu sampai nampak double chin, boleh cuba teknik ni hari perkahwinan korang. Tapi, kalau lenguh tengkok terkehil semua, jangan salahkan aku tahu? Hahahahaha. Ok ok, kat bawah ni antara tips-tips betul buang dagu berlapis dari Kevin Zahri. Aku ambil mana yang releven untuk diamalkan kalau hari perkahwinan dah dekat ya.

 

1.  Kunyah gula-gula getah

Kunyah gula-gula getah sugarfree berjam-jam sampai muka kebas (tak tipu, ini ayat Kevin Zahri). Tapi, tapi, tapi kaedah ini bukan membakar lemak tetapi membakar kalori. Kunyah gula-gula getah ni mengajar otot kita menjadi kuat untuk membakar kalori secara teratur.

2. Senaman muka

a. Duduk depan cermin dan sebut A-E-I-O-U secara perlahan-lahan dan cekangkan otot muka.

b. Cebik/masamkan muka beberapa saat lepas tu senyum lebar. Buat selang seli. *Hmm, orang lain tengok sekejap masam sekejap senyum, mesti takut*

Ulang kedua-dua aktiviti kat atas dalam 3 ke 5 kali tiap-tiap pagi.

3. Senyum dan ketawa selalu

Korang gelak-gelak, 15 otot di bahagian muka sedang bekerja. Hello hello! Tak payah susah-susah pergi gym nak bakar lemak. Sila gelak sekarang.

4. Tepuk bawah dagu

Start dari point ni, tips yang aku ambil dari Internet. Tepuk-tepuk bawah dagu guna belakang tapak tangan. Buat la banyak-banyak kali setiap pagi sampai sakit. Hihihi. Not sure menjadi ke tak, but why not? Cuba aje.

5. Duduk tegak

Aku ada baca, dagu berlapis boleh terjadi sebab postur badan kita yang tak betul. Lepas ni, kalau korang duduk ke berjalan ke, pasti kan badan korang tegak melangut macam tentera.

6. Urut bawah dagu

Lebih kurang macam point nombor 4 tapi kali ni kita urut dari bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke bawah sebab akan mempercepatkan kedutan di wajahmu. Ewah. Di samping mengetatkan otot-otot muka, teknik ni jugak boleh merangsang peredaran darah.

7. Angkat lidah hingga ke lelangit

Point ni memang menjadi. Aku kalau nak ambil gambar dan aku teringat pasal double chin aku ni, aku akan angkat lidah aku guna otot (korang boleh rasa tegang kalau guna otot) sampai ke lelangit. Waktu korang angkat lidah tu, lemak bawah dagu korang tak kan nampak sangat. Tapi pasti kan angkat lidah guna otot bukan angkat biasa.


Tak sempat dah nak praktis teknik-teknik ni? Tak pe, cube je teknik yang last tu waktu ambil gambar. InsyaAllah tak nampak sangat double chin korang.

26. Sampin Nikah Dah Ada!! – Busana Pengantin

Ingat tak aku ada cerita pasal kain sampin nikah murah? Kalau lupe, meh baca dekat sini dulu pasal kain sampin nikah murah tu. Aku dah lama dah booking sampin ni dengan vendor Busana Pengantin, tapi baru hari Sabtu minggu lepas sempat nak pergi ambil dekat Cheras alang-alang aku dan tunang nak survey makanan ringan untuk buat doorgift dekat NSK.

So, ni la design sampin putih silver yang aku dan tunang beli untuk akad nikah nanti. Harga serius murah RM70 sahaja. Semalam aku, mak dan tunang pergi Jalan TAR tengok-tengok dan beli apa yang patut. Sekali kiteorang nampak design sampin sebijik macam design kain sampin yang kiteorang beli ni. Harga die –> RM180. Sekian, terima kasih. Hehehe.

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design kaki sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design bunga sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Full design sampin

Sebenarnya, Busana Pengantin ni diaorang jual barang-barang second hand. Barang-barang yang orang lain dah pernah pakai. So, that’s why lah kiteorang beli sampin tu boleh dapat murah gila-gila. So, korang tunggu apa lagi. Kalau nak set sampin, tanjak dan bengkong murah, pergi serbu Facebook atau blog Busana Pengantin ni.

25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

Tadaaaaa. Aku dah dapat balik baju nikah yang aku beli online lepas drama dari pihak POS LAJU hari tu setel. Kalau korang tak tahu pasal drama baju nikah aku ni, boleh bace entri pasal drama tu dekat sini. Pihak Pos Laju dah ambil balik parcel aku dari office mane entah dieorang hantar then pass pade aku pada hari Selasa lepas. Alhamdullilah. Pihak Pos Laju Malaysia pun dah mintak maaf so aku maafkan lah. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Eceyh eceyh.

baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli

Baju nikah

Aku censor bahagian tetek sebab aku rase shekshi gila.

Ni dia baju nikah yang aku beli dari Twilight Violet Boutique. Nampak tak dekat gambar nombor tiga tu muka aku masam je? Hahahah. Rupa-rupanya, drama baju nikah aku ni, bukan setakat Pos Laju salah hantar tempat. Lagi satu drama tentang baju ni, lepas aku cuba pakai baru aku sedar saiz M besar bagi aku. Ni lah pepatah orang Melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Tapi, aku salah ukur. Kat bawah ni ukuran yang dah dibagi oleh Twilight Violet Boutique:

SAIZ 34 (XS) BAHU 14″ DADA 34″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 24-26″ PUNGGUNG 35″

SAIZ 36 (S) BAHU 14.5″ DADA 36″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 26″ PUNGGUNG 37″

SAIZ 38 (M) BAHU 15″ DADA 38″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 28″ PUNGGUNG 39″

SAIZ 40 (L) BAHU 15.5″ DADA 40″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 30″ PUNGGUNG 41″

SAIZ 42 (L) BAHU 16″ DADA 42″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 32″ PUNGGUNG 43″

SAIZ 44 (XL) BAHU 16.5″ DADA 44″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 34″ PUNGGUNG 45″

Bila aku tengok saiz yang dia bagi, aku gelabah tang bahu. Saiz badan aku (shhh, rahsia kita-kita je ni)  32.5-26.5-35.5 so sepatutnya aku boleh ambil saiz XS tapi sebab bahu aku 15.5, aku jadi risau bahu ketat. Aku ada experience bahu baju kemeja aku ketat even kemeja tu saiz S, so that’s why la aku pilih saiz M. Hahahha, nampak tak beza nya? Memang besar gila-gila lah. Memang tak cantik dekat badan aku. So, akhirnya terpaksa lah mak yang alter kan baju tu, kecil kan bahagian yang patut dikecilkan.

So yeah. This is my solemnization attire. Simple je tapi nanti-nanti lepas kahwin, still boleh pakai semula baju ni. Tak de lah rasa macam membazir sangat. 🙂 Cuma satu nasihat aku waktu beli baju kurung chiffon online, jangan kisah pasal bahu. Kisah pasal ukuran badan saja ok? Nanti jadi macam aku pulak. Heheheh.

*Baju nikah ni akan di’alter’ supaya muat-muat cantik dengan badan aku.

**Baju nikah ni akan ditambah dan di’alter’ manik-maniknya supaya nampak naik seri sikit daripada yang sekarang ni.

***Aku planning nak pakai tudung labuh depan sampai bawah tetek sepaya suami aku tak de lah akad nikah je, terus tanggung dosa aku. Same goes to tudung waktu bersanding. 🙂

24. HoraHorey Filmmaker – Cinematography

Dah tengok wedding video kat atas? Kalau belum, cube tengok kejap. Kalau dah tengok, ape opinion korang pasal mutu video yang dieorang buat ni? Oh, by the way, yang buat video ni name nye HoraHorey Filmmaker. Menarik? Beremosi? Lagu dan video kene ke tak?

Ok lah, ni aku ak bagitawu aku punye opinion untuk kerja dieorang ni. Aku dah tengok separuh daripada video wedding yang dieorang buat. Dan kesemua separuh yang aku tengok tu adalah yang latest ones, bukan lama-lama punye video. Bagi aku, dieorang punye kualiti video:

  • Pemilihan lagu
    • Ada lagu-lagu yang dieorang pilih sedap dan ade jugak lagu-lagu yang tak best. Tang lagu aku tak sure sama ada dieorang HoraHorey yang pilih ataupun pilihan customer. Kalau ikutkan quotation, lagu atas pilihan customer.
  • Kesinambungan antara video dan lagu
    • Kebanyakan video dieorang aku tengok, lagu tak kena dengan video. So, nampak macam spoil gile.
  • Emosi
    • Aku tak dapat rasa emosi yang nak ditonjolkan pada hari perkahwinan tu. Feeling sedih, feeling happy, feeling terharu. Semue tu tak berape nak rase kalau tengok video dieorang.
  • Pemilihan moment
    • Ape yang aku observe dieorang punye video ni, kadang-kadang suke ambil moment yang tak penting. Moment-moment yang aku rase tak perlu dalam video kahwin customer pun ada. Orang lalu lalang menyemak, orang potong sayur?? Adoi.
  • Sound effect
    • Sedikit spoil jugak tang sound dalam video tu. Kadang-kadang ade scene dalam video tu, dieorang buat sound effect orang bercakap yang tak penting, yang tak dek special effect pun dalam penceritaan video.
  • Sound track
    • Dalam banyak-banyak video yang aku tengok, ade satu video tu awal-awal okay je, tapi bile dah hujung-hujung 3/4 daripada video, tibe-tibe volume naik then turun semule. And I was like, whaaaattt???? I don’t like it.
  • Repeated scene
    • Hah, kantoi dekat satu video (aku tak ingat dah video mane satu) dieorang gune scene yang same, ulang 2 kali. Why oh why. This is so wrong. Ini bukan filem hindustan nak flashback 2 3 kali. Duhhh~
  • Tak konsisten
    • Ade satu video, dieorang capture waktu sarung cincin. Sekejap fokus dekat tangan, sekejap fokus dekat muke lepas tu fokus balik dekat tangan. Why? Why? Serabut sangat.

HoraHorey Filmmaker

Itu lah serba sedikit pendapat aku pasal hasil kerja dieorang ni. Mungkin sebab aku dah awal-awal nampak hasil kerja PelangiPutih Film yang gile best tu, so standard yang aku letak sangat tinggi. Aku tak kate aku tak kan ambil HoraHorey Filmmaker untuk jadi videographer aku kalau dah sesak sangat, tapi I would leave them as the last choice. Aku ade mintak quotation daripada dieorang, so this is what I get.

Price: RM2500

– 1 Professional Videographer
– 2 days 2 Event
– If for Engagement/ Solemnization Shooting coverage – max 5 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor same day)
If for Reception Shooting Coverage – max 7 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor
same day)
– All Professional DSLR Video equipments
● Slider
● Monopod
● Tripod
● Audio recorder
– No video amendments/change of song in this package Output
● 2 edited highlights video
● Video duration – (3-5 minutes)
● Data file .mov
● How to get the highlight video and the raw file? – Come to our studio and copy the video using pen drive /hardisk /laptop/note book
FREE – All Raw Files/Video Source files
FREE – Song Selection(You MUST email us before your wedding day)
FREE – Transportation fee

Additional Charges
Add 1 professional videographer = RM800
Add 1 time video amendments/change song = RM700
Add 1 DVD Copy(DVD play format) = RM250
Add 2 DVD Copies = RM350
* If you want our standard wedding package please let us know. We will send it to you.

 

So, kalau korang maca berminat dengan HoraHorey Filmmaker, boleh mintak quotation dengan dieorang sebab dekat aku walaupun dieorang letak “FREE – Transportation fee” pada surat quotation, tapi dekat email aku dieorang ade tambah:

Extra charges for 1) transportation fee + toll  ( RM 344.00)

                                     2) 1 videographer (RM 800).

Oh, anyway, dieorang tengah ade promotion sekarang. 1 event untuk RM1299 (Solemnization/Reception/Engagement) dan RM1000 sahaja untuk Save The Date video. Jom check them out~

Facebook: HoraHorey Filmmaker

Vimeo: HoraHorey Filmmaker

YouTube: HoraHorey 

Website: HoraHorey Filmmaker

23. Contest – Jom Meriah Bersama Lisa Sughihani!

Tempoh Contest: 16hb May 2013 – 30hb Jun 2013

Amboi, apehal berderet-deret hari aku duk post entry pasal contest ni? Semangat tak? Orang nak bagi bende free kot. Senang pulak tu. So ape salahnye aku share mende-mende cam ni kat korang kan? Tapi tapi tapi, tang contest ambik gambar ni, memang aku tak layan sangat. Orang tak cantik kan, segan lah nak tunjuk muke. Bahahaha. Kalau aku cantik macam Lisa Sughihani ni, dah lame aku cam-whore macam orang gile.

Jom Meriah Bersama Lisa Surihani

Jom Meriah Bersama Lisa Sughihani

So, macam mane nak join contest ni? Senang ja bah.

STEP 1: Ambil gambar korang. Nak ambik gambar macam style Lisa letak riben pink atas kepala pun boleh.

STEP 2: Pergi Twitter korang dan tag kawan lepas tu tweet je. Make sure ayat tweet korang macam ni.

“@<your friend>, JOM bergambar macam professional dengan #SonyMalaysia #NEX-3N”

Dah setel. Tak dek susah-susah pun. Tapi, aku tahu korang mesti nak tahu hadiah die ape kan? Jom tengok ape hadiah Contest Jom Meriah Bersama Lisa Surihani kat bawah.

hadiah, contest, Jom Meriah Bersama Lisa Surihani, Sony

Hambik kau! Raya Open House dengan Lisa Surihani plus barang Sony berharga RM10 000. Aku rase dieorang nak bagi TV Plasma kot. Woot woot! Gileeee. And and 3 hadiah sampingan Kamera Sony NEX-3N.

contest, NEX-3N, kamera, hadiah

Kamera SONY NEX-3N

Tu dia Kamera NEX-3N. Kalau korang nak tahu overview dan specification tentang Kamera Sony NEX-3N ni, korang click je dekat gambar kamera tu kat atas. Well, have fun and join the contest! 😀 More info pergi je ke website SONY Jom Meriah Bersama Lisa Surihani.

*Psst, korang tak nak join DiGi WWWOW Awards ke? Jom join sini –> DiGi WWWOW Awards Submit!

22. Contest! – Nak Menang Kamera Panasonic S3?

Tarikh tutup: 17hb Jun, 2013 – 19hb Jun, 2013 (4.00 p.m.)

Contest Marco's Pizza and Groupon

Cepat cepat korang join Contest anjuran Groupon dan Marco’s Pizza!! Senang gile kot. Tak payah beli pape, tak payah promote gambar dan tak payah keluar duit. Just pergi ke website Groupon dan jawab semue soalan dieorang bagi. Kacang gilerrrrr! Soalan semue pasal Marco’s Pizza. Aku pun tak pernah dengar pasal Marco’s Pizza sebelum ni tapi die dah bagi jawapan dekat Facebook Marco’s Pizza!! Senang gile kan.

Ape lagi? Pergi lah jawab. Oh oh nak tahu ape hadiah die ke?

2 x Panasonic S3 (warna merah atau putih)

Ha, dah tahu ape hadiah die kan? So, go go go pergi join contest tu. Tarikh tutup pukul 4 petang hari besok! Kalau tak nak join contest ni, tak pe. Nah ambik bagi Mak korang makan biskut Jacob’s. Hahahha.

21. Aku Join DIGI WWWOW Internet For All Awards!

Hello guys! Hari ni tak nak cerite benda-benda sedih. Hari ni nak cerite pasal contest!!!! Hehehe. Aku ade join DiGi WWWOW Awards. Niat nak menang tu tak dek lah sebab aku hanya blogger picisan je. Start pun terhegeh-hegeh lagi.  Tapi aku rase ni antara satu medium untuk aku promote blog aku ke luar. Hehehe.

DiGi WWWOW Awards, contest, awards, churp churp

Entry aku

Mintak jase baik korang untuk share dan vote untuk aku. Kalau aku menang (kahkahkah) aku janji belanje korang makan dekat tempat mahal even untuk orang-orang Singapore pun nun di sana. Meh meh pinky promise. Hehehehe.

Untuk vote atau share, korang boleh klik pada gambar di atas atau link Entry Aku dan korang akan di’redirect’kan ke entry aku – macam gambar kat bawah ni. Korang boleh SHARE atau VOTE untuk aku. Terima kasih 😀

DiGi WWWOW Awards, vote, Misi Kahwin

1. Untuk VOTE, highlight kan link https://misikahwin.wordpress.com tu, tekan Ctrl + C lepas tu Ctrl V dekat blog korang or dekat Facebook korang or dekat Twitter korang.

2. Untuk VOTE, korang boleh log in pakai Facebook atau Google+ atau Twitter dan VOTE!

Oh korang pun, ape kate join jugak? Ape salah nye, no harm pun. Come come jom join. Nanti korang dah join jangan lupe bagi link. Aku akan VOTE untuk korang jugak. Jom join, klik DiGi WWWOW Award Submit Entry!

Sambil-sambil tu tolong aku kumpul duit kawen? Tolong click iklan ChurpChurp di bawah. Thanks.

Do you have a fav microblog in mind? Is it me? Hahahha. Vote for me to win #DGWWWOW Awards before 23 June.

Vote for me, please :”> 

20. Aku Hampir Give Up

Kisah 1:

Beli kain dekat Gulatis. Saleswoman tu pergi rekemen kain yang tak sesuai untuk dibuat baju, rekemen suruh beli kain 8 meter untuk fesyen yang sepatutnya guna 4 meter sahaja dan putar belit pasal harga. Harga asal RM38. Bila dah dekat kaunter, cakap RM68. Dan sekian terima kasih, atas “nasihat” kakak aku yang kate nak selamat sikit, kiteorang lebihkan kain 2 meter. Ambik kau RM680 untuk kain aku semata-mata. Last-last kain tu pecah dan tak sesuai buat kain belah luar. Jadi kain lining belah dalam je. OMG kaye betul aku kain lining RM68 semeter. Sedih dan geram.

Kisah 2:

Aku beli baju kurung peplum untuk nikah online. Vendor Twilight Violet Boutique bagus tapi Pos Laju Malaysia macam siot. Pergi hantar parcel dekat orang lain dan orang lain tu siap terima lagi bagi pihak aku padahal aku tak kenal langsung sape penerima tu. Penerima tu pun aku geram jugak. Senang-senang je nak terima barang orang yang kau tak kenal. IZAT, kalau aku kenal kau sape, memang aku tumbuk perut kau laju-laju sampai pecah isi perut. Sedih dan geram.

Kisah 3:

Beli barang hantaran. Tunang beli kan set toiletries Body Shop harga nak dekat RM200. Puas fikir nak beli toiletries ape asalnye. Berjalan dari Sogo sampai ke Paradigm Mall, baru confirm beli Body Shop punye set. Bila die balik rumah, ayah die bising-bising kate perfurm Body Shop ade alkohol. Ayah die tak bagi pakai dan tak boleh buat hantaran. Sedih dan geram.

Kisah 4:

Aku buat proposal (eceh proposal siap) untuk doorgift rombongan lelaki dan doorgift untuk tetamu nak bagi dekat mak dengan apak. Aku cube nak sejimat yang mungkin sebab budget tak dek tapi dalam mase yang same cube nak puas kan hati mak dan apak. Apak dah merajuk kot, Mak kate apak kate ikut aku lah nak bagi ape. Mak pulak tanye macam-macam pasal proposal yang aku bagi kat die. Sudah nye, aku malas nak layan. Sedih dan geram.

Cukup 6 kali lagi masalah pasal persiapan perkahwinan aku ni datang, dah cukup! Aku nak cakap dekat apak dengan mak aku dengan bakal mak mentua dengan bapak mentua aku, aku nak buat akad nikah je, tak dek hantaran, tak dek pelamin, tak dek baju persalinan, tak dek kenduri besar-besar, tak dek bilik pengantin, tak dek OP, tak dek canopy, tak dek katering, tak dek doorgift dan tak dek semuenye. Setel senang. Susah-susah sangat, kawen dekat Golok nu ha. Hahahahhaa.

19. Pos Laju Malaysia “Boleh”

Korang yang ikut blog ni mesti ingat cerite pasal aku beli baju nikah guna duit BR1M. Kalau tak tahu boleh try bace entry tu dulu. Betape aku paranoid dengan beli barang lepas kene tipu time beli kain untuk kahwin dulu kan, siap mintak doa jangan kene tipu la, siap nak report dekat KPDNKK kalau barang tak dapat la. Tengok-tengok sape yang buat keje bodoh? Pos Laju. Memang bodoh. Marah aku.

pos laju. logo pos laju

Pada sape-sape nak beli baju-baju kurung cantik, aku memang rekemen kedai Twilight Violet Boutique. Aku order dan bayar duit hari Isnin (10/06/2013) die terus pos hari Selasa (11/06/2013). Die siap bagi kerjasama yang baik lagi time aku tanye tracking number dan bile aku mintak balik alamat yang aku bagi die untuk confirmation before aku gi sembur pos laju. Memang bagus kedai ni. Memang aku rekemen.

Now aku nak cerita bongok nye so Pos Laju. Oh tak, bongok nye posmen yang hantar tu. Ai, sakit hati aku. Aku tak paham la macam mane posmen bace alamat. Alamat aku bagi tu memang betul dah, tak dek salah. Posmen tu yang bongok.

Cerita nya start pagi tadi, aku rase kalau aku order hari Isnin, sepatutnye hari semalam atau hari ni dah boleh dapat. So, aku SMS owner Twilight Violet Boutique mintak Tracking Number Pos Laju. Die pun bagi. Lepas tu aku check. Check punye check tengok macam gambar kat bawah ni. So, sepatutnye aku dah dapat pagi semalam lah kan. Tapi, aku tak dapat lagi padahal aku sehari suntuk duduk dalam office je. Aku pun hangin sikit. Tanye HR office aku kot-kot parcel datang time aku pergi toilet ke tak. HR aku kate tak dek.

tracking number pos laju, tracking no, pos laju

Aku pun email lah ke customer care pos laju. Tup tup dapat reply. Ingatkan reply ape betul tapi rupenye automatic reply kate die akan entertain kite dalam mase 3 hari. Aku dah macam “What???  Tiga hari??” Geram. Aku setelkan kerje office kejap lepas tu ambik phone nak call pos laju. Tibe-tibe dapat email dari orang Customer Care Pos Laju.

customer care pos laju

 

Based on our record the said item had been delivered on 12/06/2013 and it was received by IZAT.

What theeeee??? Jantan mane pulak yang ambik kan barang aku ni? Masalah nye, office aku jantan nye semue Chinese, tak dek Melayu pun. Tibe-tibe naik name IZAT. Time ni aku dah bajet, memang posmen dah salah hantar barang pergi tempat lain. Bodoh! Tak reti bace alamat tak payah jadi posmen. Lagi satu bodoh nye jantan name IZAT tu. Kau sesuke hati je ambik kan barang untuk orang yang kau tak kenal kan. Tu lagi bangang la. Kalau aku jumpe jantan name IZAT tu memang aku pandang die kecik-kecik je. Lepas tu aku tenyeh-tenyeh je otak beku kau tu.

Nak carik satu-satu office sape ade name IZAT memang tahi la kan. Office belambak kot. Banyak blok banyak tingkat pulak. Hai, jaha betullll. Habis aku penuh mencarut je dalam hati dekat office tadi. Hati tak tenang buat keje dengan keje belambak nye. Arghhhh geram. Buduh buduh buduh. Baru berangan dapat baju nikah tu minggu ni. Nasib baik lah aku bukan nak nikah hujung minggu ni. Grrrr. Bongok bongok bongok.

Setelah berbalas email dengan Customer Care Pos Laju yang bernama Hasanuddin Abu Bakar dan die dah ambik ape maklumat yang penting, dieorang kate dieorang akan investigate perkara ni dan maksimum 3 hari. Kalau dah tiga hari aku tak dapat barang yang aku nak, memang aku sembur lagi sekali POS LAJU. Dan aku nakkkkkk sangat jumpe jantan name IZAT tu. Bahahahhaa.

*Ah sudah, aku dah dapat badi bridezilla dari Sarah Hernyzar pulak. 😀