11. Air Botol Doorgift – R O WATER SDN. BHD.

Antara dua jenis air minuman kat gambar bawah ni, mane satu yang korang berkenan? Belah kiri SeaMaster tu ke belah kanan Spritzer tu? Aku sure ramai yang minat botol SeaMaster tu kan sebab die kiut-miut. Even saiz kedua-dua botol ni same 230ml, tapi botol SeaMaster ni lagi comel kalau nak banding dengan air jenis cup.

 doorgift air botol, air botol 230ml, air botol comelair cup, doorgift air cup

Aku berkenan gile kot dengan botol air kiut ni so aku pun semangat mencari mane yang ade jual botol ni. Aku masuk Giant, aku masuk Jusco, aku masuk Tesco, semue tak ade. Lepas tu, mak aku ade bagi satu link nak cari botol ni. Link kilang R O Water terus mak aku bagi. Hahahaha.

So, aku call la kilang ni, dapat lah sales person die. Sales person die ni chinese laki. Rude jugak la orang nye. Macam nak letak phone cepat-cepat je orang tu. Aku naik geram pun ada. Tapi, aku sempat lah tanya ape-ape yang patut.

Ni nombor phone company R O Water ni: 03-9076 8966 – Sales Department

Korang kalau call-call, dapat salesman yang rude tu, bersabar la ye. Aku tengok dekat Facebook dieorang, ade jugak orang yang komen pasal salesman yang biadap sikit tu. Tapi, macam tak dek pape tindakan je.

botol air 230ml

Aku dapat quotation sekotak berharga RM8.00. Sekotak ada 35 botol. Means sebotol boleh dapat 23sen. Murah! Suke! Tapi itu kalau datang ambik terus dekat kilang die. Kalau pos, lain harga. Disebabkan aku nak pos terus ke Pahang, aku tak tanya la pulak harga kalau pos dalam KL. Buat rugi je kalau aku suruh die pos ke rumah KL. Membazir duit pos, lepas tu nak ngangkut balik Pahang pulak. Membazir membazir. Aku kan penjimat.😀 Tapi, kalau nak angkut 45 kotak dari KL ke Pahang, mau hancur jugak kete. Tambah pulak company ni tak buat pos ke Pahang. Maybe sebab mahal gile kot pos keluar KL. Argh geram! Pening nak fikir.

Anyway, sementara aku solve kan problem aku ni, kalau korang berminat nak beli botol-botol air ni dengan harga yang murah, check them out~

Website: R O Water Sdn Bhd

Facebook: SeaMaster

9 thoughts on “11. Air Botol Doorgift – R O WATER SDN. BHD.

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s