12. Kad Kahwin DIY – Part 1

Tajuk macam poyo sikit. Nak Part 1 Part 2 siap. Kekekeke. Tapi, aku rase patut ade part-part ni. Senang sikit aku nak explain. Nak taip panjang-panjang pun tak best jugak. Tak dek feeling satu. Orang malas nak bace lagi satu hal. Tapi sebelum korang habiskan masa nak bace Part 1 dan Part seterusnya (aku tak sure nak buat berape part lagi ni sebenarnye), aku nak bagitawu yang aku akan pakai software Adobe Illustrator CS3 so nanti korang tak rase membazir follow post ni incase korang nak pakai software lain.

diy kad kahwin, kad kahwin diy, diy

 

So, here comes Kad Kawen DIY Part 1. Sebelum korang mula nak buat kad kawen DIY, ade beberape perkara yang korang kene fikirkan dulu. Kat bawah ni aku ade tuliskan kan ape mende yang korang kene pertimbangkan bile terfikir nak buat kad kawen sendiri.

 

kad kahwin diy, diy

1. Berapa pihak dalam satu kad

Ok, ini penting. Korang kene fikir nak buat satu kad untuk sebelah pihak sahaja atau korang nak gabung satu kad untuk dua belah pihak. Kalau untuk sebelah pihak je, boleh buat kad jenis poskad atau sekeping je dah memandai. Tapi, kalau nak buat untuk dua belah pihak, aku sarankan lebih baik buat kad lipat dua atau lipat tiga atau kad yang ada in lay.

Sebabnye, bile nak letak dua belah pihak tu, lagi banyak tulisan dan peta. Kalau semue taram dalam kad sehelai tu, terjojol mate orang nak baca mana untuk belah perempuan, mane untuk belah lelaki. Kesian kat orang lain. Karang orang tak datang kenduri, marah pulak, iye dak? :p

*Aku buat satu kad untuk dua belah pihak sekali gus. Nak jimat.😀

 

font kad kahwin, diy kad kahwin

2. Ringkas dan padat.

Ini pun penting jugak. Pastikan apa yang tertulis dalam kat korang tu tak meleret-meleret, ayat tak yah nak syahdu-syahdu sangat lah. Orang tak nak bace pun ayat-ayat syahdu korang tu. Yang orang nak bace dalam kad korang tu just tarikh, masa, alamat, sape pengantinnya, peta dan nama-nama yang boleh dihubungi. Tak payah la nak letak syair-syair pantun jiwe karat ke. Pasti kan perkara-perkara penting je yang korang masukkan dalam kad korang.

Pemilihan font yang nak digunekan pun korang kene jage. Jangan main taram je. Konon nak unik la tulisan bersambung kerawang-kerawang, last-last sekali orang tak paham. Gune font yang orang boleh faham dan boleh bace walaupun bace sekali lalu je.

*Ayat-ayat dalam kad aku simple je, tak dek berkias-kias macam mase belajar sastera sekolah menengah dulu.

 

warna kad kahwin, diy kad kahwin

3. Pemilihan warna

Warna memainkan peranan penting dalam kad kawen. Aku cadangkan korang bincang dan pastikan warna apa yang korang nak untuk kad kawen korang. Tak kesah la sama ada nak ikut tema majlis perkahwinan, atau nak letak kerawang-kerawang ke,  nak tepek gambar korang sendiri ke, nak letak tepak sirih ke. Tapi pastikan, warna tak lebih daripada TIGA warna utama. Lebih dari TIGA warna, memang jadi badut la kad korang tu.

*Kad aku buat dua warna utama – biru dan putih.

 

4. Isi kandungan kad

Pastikan korang tahu apa yang nak letak dalam kad korang. Cube rujuk kad-kad kawen yang korang dapat sebelum ni. Ambil apa yang penting dan tolak tepi apa-apa yang tak penting. Perkara yang dikira sangat penting dalam kad jemputan perkahwinan contohnye macam:

Nama pengantin lelaki dan perempuan

Nama ibu dan bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan

Alamat rumah

Tarikh dan hari majlis

Waktu aturcara majlis (Dari pukul berapa sampai pukul berapa)

Peta

Nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi (pastikan nama-nama untuk dihubungi ni mahir dan fasih dengan jalan area rumah)

 

 

peta kad kahwin, diy kad kahwin

4. Peta

Peta ni sumber utama orang yang akan datang ke majlis korang nanti. Korang kene pastikan peta yang korang buat tu senang dan mudah difahami, tak berbelit-belit dan tak serabut. Letak sekali koordinat GPS supaya orang senang pakai GPS je. Sekarang kan dah moden.

*Peta aku lukis sendiri je pakai Adobe Photoshop based on Google Maps. Nanti aku tunjuk kat korang dalam next next next entry. Pakai Microsoft Power atau Word pun boleh jugak.

 

5. Saranan

Kat sini aku nak sarankan beberapa perkara demi kebaikan bride to be smue bersama.

a. Jangan letak ayat-ayat Al-Quran. 

Sebab kite tak tahu dieorang yang dapat kad kawen ni nanti buat ape dengan kad-kad tu. Tak kan nak simpan pulak dak? Karang dieorang buang dalam tong sampah, tak pepasal rase berdosa.

b. Jangan letak gambar korang.

Tak payah la letak gambar korang kat kad kawen. Tak ke haru kalau nampak muke korang dalam tong sampah nanti. Sedih kan. Hahaha. Lagi satu, takut kene mandrem karang, sape susah? Korang jugak kan. :p

Setakat ni, point-point kat atas ni je yang aku boleh fikir kan. Stay tunes untuk Kad Kahwin DIY – Part 2.

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s