25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

Tadaaaaa. Aku dah dapat balik baju nikah yang aku beli online lepas drama dari pihak POS LAJU hari tu setel. Kalau korang tak tahu pasal drama baju nikah aku ni, boleh bace entri pasal drama tu dekat sini. Pihak Pos Laju dah ambil balik parcel aku dari office mane entah dieorang hantar then pass pade aku pada hari Selasa lepas. Alhamdullilah. Pihak Pos Laju Malaysia pun dah mintak maaf so aku maafkan lah. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Eceyh eceyh.

baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli

Baju nikah

Aku censor bahagian tetek sebab aku rase shekshi gila.

Ni dia baju nikah yang aku beli dari Twilight Violet Boutique. Nampak tak dekat gambar nombor tiga tu muka aku masam je? Hahahah. Rupa-rupanya, drama baju nikah aku ni, bukan setakat Pos Laju salah hantar tempat. Lagi satu drama tentang baju ni, lepas aku cuba pakai baru aku sedar saiz M besar bagi aku. Ni lah pepatah orang Melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Tapi, aku salah ukur. Kat bawah ni ukuran yang dah dibagi oleh Twilight Violet Boutique:

SAIZ 34 (XS) BAHU 14″ DADA 34″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 24-26″ PUNGGUNG 35″

SAIZ 36 (S) BAHU 14.5″ DADA 36″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 26″ PUNGGUNG 37″

SAIZ 38 (M) BAHU 15″ DADA 38″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 28″ PUNGGUNG 39″

SAIZ 40 (L) BAHU 15.5″ DADA 40″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 30″ PUNGGUNG 41″

SAIZ 42 (L) BAHU 16″ DADA 42″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 32″ PUNGGUNG 43″

SAIZ 44 (XL) BAHU 16.5″ DADA 44″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 34″ PUNGGUNG 45″

Bila aku tengok saiz yang dia bagi, aku gelabah tang bahu. Saiz badan aku (shhh, rahsia kita-kita je ni)  32.5-26.5-35.5 so sepatutnya aku boleh ambil saiz XS tapi sebab bahu aku 15.5, aku jadi risau bahu ketat. Aku ada experience bahu baju kemeja aku ketat even kemeja tu saiz S, so that’s why la aku pilih saiz M. Hahahha, nampak tak beza nya? Memang besar gila-gila lah. Memang tak cantik dekat badan aku. So, akhirnya terpaksa lah mak yang alter kan baju tu, kecil kan bahagian yang patut dikecilkan.

So yeah. This is my solemnization attire. Simple je tapi nanti-nanti lepas kahwin, still boleh pakai semula baju ni. Tak de lah rasa macam membazir sangat.🙂 Cuma satu nasihat aku waktu beli baju kurung chiffon online, jangan kisah pasal bahu. Kisah pasal ukuran badan saja ok? Nanti jadi macam aku pulak. Heheheh.

*Baju nikah ni akan di’alter’ supaya muat-muat cantik dengan badan aku.

**Baju nikah ni akan ditambah dan di’alter’ manik-maniknya supaya nampak naik seri sikit daripada yang sekarang ni.

***Aku planning nak pakai tudung labuh depan sampai bawah tetek sepaya suami aku tak de lah akad nikah je, terus tanggung dosa aku. Same goes to tudung waktu bersanding.🙂

6 thoughts on “25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

  1. Camner awak dpt balik baju awak tu? Awak kol PPL Pusat yang hantar barangan tu kan? Kita dah call dah,siap suruh dia ambil balik parcel tu!😦 Takot dh kena bukak sbb supposely brg tu sampai 18 June :((

    • Saya email customer service pos laju request parcel checking. Lepas tu dieorang reply kate dah hantar dan received by IZAT. Lepas tu saya ape lagi, ngamuk la. Lepas dieorang ambil info semue, 4 days later baru dapat balik barang. Selamat ke tak barang tu, depend pada orang yang ambil. Kalau die baik, die tak bukak. Tapi kalau dia dah ambil or hilangkan, awak kene mintak ganti rugi dari Pos Laju. Pos laju sepatutnya akan refund RM300. Tu je maksimum dieorang boleh refund. Tak sure refund duit or barang.

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s