27. Tips Elak Dagu Berlapis

Dagu aku berlemak. Bila pakai tudung, nampak double chin nya. Wah wah wah, risau nya nak ambil gambar wedding (padahal tak dek photographer lagi). So, aku terjumpa video ni – How To Prevent Having A Double Chin in Your Wedding Photo.

Sape-sape yang ade lemak bawah dagu sampai nampak double chin, boleh cuba teknik ni hari perkahwinan korang. Tapi, kalau lenguh tengkok terkehil semua, jangan salahkan aku tahu? Hahahahaha. Ok ok, kat bawah ni antara tips-tips betul buang dagu berlapis dari Kevin Zahri. Aku ambil mana yang releven untuk diamalkan kalau hari perkahwinan dah dekat ya.

 

1.  Kunyah gula-gula getah

Kunyah gula-gula getah sugarfree berjam-jam sampai muka kebas (tak tipu, ini ayat Kevin Zahri). Tapi, tapi, tapi kaedah ini bukan membakar lemak tetapi membakar kalori. Kunyah gula-gula getah ni mengajar otot kita menjadi kuat untuk membakar kalori secara teratur.

2. Senaman muka

a. Duduk depan cermin dan sebut A-E-I-O-U secara perlahan-lahan dan cekangkan otot muka.

b. Cebik/masamkan muka beberapa saat lepas tu senyum lebar. Buat selang seli. *Hmm, orang lain tengok sekejap masam sekejap senyum, mesti takut*

Ulang kedua-dua aktiviti kat atas dalam 3 ke 5 kali tiap-tiap pagi.

3. Senyum dan ketawa selalu

Korang gelak-gelak, 15 otot di bahagian muka sedang bekerja. Hello hello! Tak payah susah-susah pergi gym nak bakar lemak. Sila gelak sekarang.

4. Tepuk bawah dagu

Start dari point ni, tips yang aku ambil dari Internet. Tepuk-tepuk bawah dagu guna belakang tapak tangan. Buat la banyak-banyak kali setiap pagi sampai sakit. Hihihi. Not sure menjadi ke tak, but why not? Cuba aje.

5. Duduk tegak

Aku ada baca, dagu berlapis boleh terjadi sebab postur badan kita yang tak betul. Lepas ni, kalau korang duduk ke berjalan ke, pasti kan badan korang tegak melangut macam tentera.

6. Urut bawah dagu

Lebih kurang macam point nombor 4 tapi kali ni kita urut dari bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke bawah sebab akan mempercepatkan kedutan di wajahmu. Ewah. Di samping mengetatkan otot-otot muka, teknik ni jugak boleh merangsang peredaran darah.

7. Angkat lidah hingga ke lelangit

Point ni memang menjadi. Aku kalau nak ambil gambar dan aku teringat pasal double chin aku ni, aku akan angkat lidah aku guna otot (korang boleh rasa tegang kalau guna otot) sampai ke lelangit. Waktu korang angkat lidah tu, lemak bawah dagu korang tak kan nampak sangat. Tapi pasti kan angkat lidah guna otot bukan angkat biasa.


Tak sempat dah nak praktis teknik-teknik ni? Tak pe, cube je teknik yang last tu waktu ambil gambar. InsyaAllah tak nampak sangat double chin korang.

2 thoughts on “27. Tips Elak Dagu Berlapis

  1. sebelum ni dagu kta nmpak jgk la mcm double..tu pun lpas jmpa en.tunang dia tgur..tp sebab nampak dah ok pula..pelik2..hehe.. *kadang2 double chin ni comel jgk..tp jgn la double yng menjadi triple..hehe

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s