50. Shawl Oversized Halfmoon Raya – Harga Promosi!!

Ha, meh sini korang-korang yang tengah mencari tudung raya. Kalau rasa tak sempat nak pergi beli dekat Jalan TAR tu, boleh usha dekat sini untuk tengok shawl-shawl labuh -> Exclusive Oversized Halfmoon Double Layer. Design ni takda pun dekat tempat lain. Kalau korang nak pakai tudung macam ni raya nanti, aku suggest sangat korang order sekarang – boleh order dekat aku. Sebabnya sekarang ni supplier tengah buat promosi RM48 sehelai untuk semua warna. Harga original dia RM53. So, lepas harga promosi ni habis, harga akan jadi RM53 balik. >.< Sorry guys, bukan aku yang buat rules ni.

Antara design warna yang ada.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

NORMAL PRICE : RM53/1PCS
PROMOTION PRICE : RM48/1PCS – Psstt, SMS/PM/email aku untuk lebih lanjut.

Oh harga RM48 tu belum termasuk pos tawu. Harga pos untuk shawl 2 layers ni macam kat bawah:

POSTAGE
-RM7/1PCS (SEMENANJUNG)
-RM9/1PCS (SABAH)
-RM10/1PCS (SARAWAK)
-RM### (OTHERS COUNTRY, DO PM US)

Setiap tambahan sehelai shawl, harga postage tambah lagi RM2. Sorry lagi sekali. Bukan aku yang buat rule ni. >.<

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Kat bawah ni one is my favourite combination. Cantik gile.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Disebabkan untuk waktu promosi ni hanya ada 1/3 helai setiap warna, hanya serius buyers je yang akan dilayan. Booking hanya boleh 24 jam. Lepas 24 jam tiada pembayaran dilakukan, aku akan release kan booking korang tu ok. Untuk order, korang boleh sertakan maklumat-maklumat kat bawah ni sama ada SMS ke 013 2380 980 atau email ke misikahwin@gmail.com atau PM dekat facebook aku – Misi Kahwin

1) NAMA :
2) ALAMAT :
3) NO TELEFON :
4) EMAIL :
5) DOB :
6) KOD ITEM :
7) ALTERNATIF KOD : Takut-takut kod shawl yang korang nak tu dah habis, akan ganti dengan warna kod alternatif ni. Kalau tak nak letak pun tak pe. Kalau habis, korang boleh pilih sama ada nak refund atau nak tunggu next restock tapi kene tambah lagi RM5 sebab harga normal dia dah jadi RM53 semula.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Untuk lebih banyak pilihan dan warna, korang boleh usha Facebook aku – Promosi Shawl Oversized Halfmoon. Check it out~

49. Bunga Telur DIY

Short entry je kali ni. Nak cakap yang bunga telur untuk letak dekat pelamin Mak dah lama siapkan. Mak memang power. Tapi disebabkan kamera takda, Mak pakai webcam laptop dia je hantar gambar dekat aku. Hohoho.
telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diy

telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diy

telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diyTema majlis belah aku nanti hitam putih. Sebab tu la bunga pun nak hitam putih. Bahan-bahan yang aku beli untuk bunga telur ni tak banyak pun.

1. Kain Net

Beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd dekat-dekat area Jalan TAR. Harga kain net RM2.40 semeter. Aku beli warna hitam 4 meter dan putih 4 meter untuk tempat letak telur.

2. Riben organza

Kedai sama jugak. Beli 2 warna hitam dan putih untuk buat bunga. RM38 untuk 2 riben panjang 20 kaki. Cukup untuk buat 100 bunga telur yang ada 4 kelopak hitam dan 4 kelopak putih.

3. Kayu lidi

Untuk buat batang bunga. Ni tak sure Mak beli ke Mak pakai yang dah ada dekat rumah. 1 paket boleh dapat banyak jugak la.

4. Selotip putih

Not exactly selotip lah tapi orang biasa pakai mende ni buat balut batang untuk bunga yang warna hijau tu. Tapi, kiteorang ambil pakai yang warna putih.

Em tu je kot barang yang dibeli untuk buat bunga telur ni. Yang lain macam bunga hitam dekat tengah-tengah bunga telur tu dengan manik-manik jurai tu, tu semua Mak pakai barang-barang recycle. Hahahahha. Yang bunga hitam Mak pakai kain tudung warna hitam yang lama-lamaaaaaaaaaaaaaa dulu. Dah tak pakai. So, Mak ape lagi. Selambe buat bunga pakai kain tu. Gulung-gulung, jahit-jahit. Yang manik-manik jurai tu pulak Mak ambil manik-manik yang dah putus dari tudung lama-lamaaaaaaaa dulu. Kekeke. Mak memang kreatif.

*Tiba-tiba terpanjang pulak entry ni. =___=

48. Official DoorGift Vendor – Lyssa Eshoppe

Amboi, semua nak official. Sampai supplier doorgift pun nak buat official jugak. Melampau ni melampau. Anyway, doorgift aku baru setel 10% which is aku baru order cakar sarang burung daripada Lyssa Eshoppe. Aku ade cerita pasal Lyssa Eshoppe ni dekat sini dulu -> Lyssa Eshoppe.

doorgift, telur doorgift, doorgift kahwin

Doorgift yang aku tempah dari Lyssa Eshoppe ni tak lain tak bukan cakar sarang burung – doorgift yang aku duk gembar gemburkan waktu review pasal Lyssa Eshoppe ni. Aku order tak banyak pun, ambil 100 biji sarang burung sahaja untuk doorgift pihak lelaki. Nak kahwin dengan anak dieorang kan, kene la bodek sikit doorgift gempak-gempak sikit. Nanti mak mentua puji la “Pandai menantu aku pilih doorgift” Hikhikhik. Berangan.

Oh, sarang burung ni insyaAllah dalam planning nya salah satu doorgift yang aku akan letak dalam doorgift pihak lelaki tu. Ada lah lain-lain barang jugak yang aku akan letak sekali. Nak tahu? Hehehe. Tunggu hari kahwin aku nanti. :p Ok sape-sape nak usha cakar sarang burung dari Lyssa Eshoppe ni boleh usha dekat sini:

Facebook: Lyssa Eshoppe

Website: Lyssa Eshoppe

 

47. Official Photographer – AndaQ Photography

Ehem lagi. Hari ni aku nak cakap aku dah ada Official Photographer untuk akad nikah dan majlis sanding nanti. Photographer ni pun aku pernah cerita sebelum ni. Kalau nak bace entry pasal AndaQ Photography ni boleh usha kat sini -> AndaQ Photography.
photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

Kalau semalam aku ada cerita aku jumpa Official Cinematographer – Bonk Production face to face nak bincang dulu baru kiteorang yakin nak ambil dieorang kan? Andaq ni memang gila-gila kentang aku dengan tunang ambil dia tanpa bincang gila-gila sebab dah jatuh hati gila-gila dengan hasil kerja dia. Nampak tak berape kali aku letak gila-gila tu? Nampak tak? Hahahaha. Andaq punya gambar cantik siot. Tak caye? Meh belanja sikit gambar-gambar Andaq ni sekejap.

photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

2 keping dah la kot. Nak banyak-banyak pergi usha Facebook dengan website die sendiri. Kekekeke. Untuk review hasil dieorang, tunggu lepas aku kahwin nanti oke? Sementara tu korang pergi usha gambar-gambar superb die dekat sini:

Facebook: AndaQ Photography

Website: AndaQ Photography

Oh, nak bagitahu, Bonk Production dengan AndaQ Photography ni geng. So, kalau korang nak cari OP dengan OV yang senang nak kerjasama, cari lah dieorang. Aku add dieorang dalam Facebook, kepala sorang-sorang sewel. >.< Hopefully it’s gonna be awesome kerja dengan dieorang. ๐Ÿ˜‰

46. Official Cinematographer – Bonk Production

Ehem. Secara rasminya aku nak cakap aku dah dapat krew cinematography untuk majlis akad nikah aku nanti. Yippie yeay!! Heee. Setelah kecewa tak dapat PelangiPutih Films, akhirnya aku dapat pengganti dieorang. Aku pernah cerita pasal pasal vendor yang aku hire ni dulu. Kalau nak bace pergi dekat sini Bonk Production.

videographer, wedding video, bonk production, video

Sabtu lepas aku dengan tunang pergi jumpa owner Bonk Production ni dekat KFC Seksyen 7 Shah Alam. Tengok-tengok terindu pulak dekat UiTM. Blerghhhh~ Hahahaha. Dieorang ni based in Shah Alam so sesapa yang nak jumpa dieorang, go ahead make an appointment. Bincang apa yang patut dan book dieorang kalau berminat. Tapi date 18 Oktober 2013 aku dah kebas. Sorry ๐Ÿ˜€

Waktu jumpa tu, owner die perkenalkan diri sebagai Hanis dan die seorang lelaki dan aku dah macam “Hanis?” Hahahha. Aku tahu ada videographer dia nama Hanis dan aku bajet la die perempuan, konon-konon senang sikit bila nak ambil video waktu bersolek. Takde lah segan sangat. Sekali, Hanis ni lelaki. Layan kan je la.

Memandangkan aku dengan tunang ni sangat lah pemalu nya, awal-awal jumpa dengan Hanis, kiteorang blur nak cakap apa. Tapi, nasib baik Hanis ni pun senang nak mesra so takdak la kekok sangat. Lama-lama makin banyak pulak aku dengan tunang tanya itu tanya ini. Sebelum tu, korang usha video dulu kejap.

So, kiteorang pun bincang lah pasal pakej – Aku ambil Pakej Pearl, murah sikit – RM1800 dengan 2 videographer untuk satu event. Boleh tahan lah harga dia. Tahap aku masih mampu. Sikit. Kiteorang bincang sekali konsep video yang macam mana kiteorang nak. Aku pun ceyh, hak pengguna lah kate kan. Terus cakap nak macam ni, tak mau macam tu, make sure ada ni. Semangat tak semangat tak? :p Aku siap kata “Nak macam PelangiPutih!” Hmmm, agak-agak dieorang kecik hati tak. Sorry Hanis~ kekekeke.

So, bila aku dengan tunang dah confident dieorang boleh deliver dengan baik, kiteorang pun ok lah, set! Confirm ambil die. Setel pasal cinematography. Hopefully dapat hasil yang cantik dan menyayat jiwa raga ku. Tunggu dapat hasil nanti baru aku review sama ada Bonk Production worth to be recommended ke tak. So, tunggu aku kahwin bulan 10 and review hasil bulan 11 atau 12. Tapi, kalau rasa tak leh nak tunggu, pergi je usha Facebook dan Vimeo dieorang.

Facebook: Bonk Production

Vimeo: Bonk Production

45. Set Sampin dan Tengkolok – Busana Pengantin

Ok ok cukup lah cerita pasal hantaran. Hari ni nak cerita pasal set sampin dan tengkolok untuk tunang aku. Sekali lagi, kiteorang decide nak beli set sampin, tengkolok dengan bengkung dengan Busana Pengantin. Kali ni warna hitam. Kalau ada warna biru muda cantik, dah lama kiteorang beli jugak tapi takda. Sedih.
sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkung

Macam biasa, harga dia memang murah. Aku dengan tunang memang suka barang-barang murah tapi berkualiti. Hahahahah. Harga set sampin dan tengkolok ni murah je. RM70 total termasuk sampin, bengkung dan tengkolok. Untung tak untung? Cantik dia memang lah tak cantik sangat tapi memang berbaloi lah harga RM70 untuk pakai tak sampai sehari pun. ๐Ÿ™‚

sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkung

Aku memang rekemen Busana Pengantin sebab harga murah dan banyak pilihan. Korang-korang yang tak da set sampin pengantin boleh usha-usha dieorang.

sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkungCorak kaki dan badan kain sampin. Asalnya kiteorang tak nak beli yang ni sebab silver dia lagi banyak daripada hitam. Tapi, lepas survey tempat lain (yang lagi mahal) kebanyakkan sampin hitam memang macam ni, silver lebih banyak dari hitam. So, alang-alang set ni dah murah, rembat aje le.

Kalau korang berminat nak tengok, boleh usha page Busana Pengantin ni:

Facebook: Busana Pengantin

Website: Hannah Bridal n Studio

44. Hantaran Belt dan Wallet – Camel Active

Hantaran lagi aku nak cerita hari ni. Hantaran-hantaran aku semua nya macam cliche habis. Barang-barang yang orang biasa bagi untuk hantaran. Antara barang-barang yang aku akan bagi dekat tunang aku nanti:

  • Kek – beli masa nak dekat-dekat majlis nanti
  • Sweets dan chocolate – pun nak beli masa dekat-dekat majlis nanti.
  • Al-Quran – Ambil dari rumah je. Mak ada beli waktu pergi Mekah hari tu.
  • Sirih junjung – Beli sirih dan hias masa nak dekat-dekat majlis.
  • Buah – Sama jugak. Beli waktu nak dekat-dekat majlis.
  • Nexus 4 – Nanti dalam bulan depan atau bulan September baru nak beli phone ni. Tiba-tiba minggu lepas tunang kata macam minat telefon Nokia Lumia 1020 pulak. >.< Lepuk kang budak ni.
  • Toiletries – Yang ni dah beli. Pakai Follow Me murah-murah saje.
  • Baju – Ini dah setel. Beli kemeja G2000.
  • Wallet dan belt – Dah beli Camel Active punya.

hantaran, hantaran nikah, hantaran kahwin, belt and wallet, dompet, tali pinggang, camel active

Wallet dan belt ni kiteorang beli dekat Parkson Sogo. Masa tu ada sale gila-gila kot. Tu yang berani beli. Hahahaha. Memang cukup-cukup bawah budget untuk wallet and belt ni. Tapi, macam biasa lah. Masa nak mencari wallet ngan belt ni, aku tahan penat je ngekor tunang aku usha barang. Penat penat penat. Banyak lagi yang murah kiteorang jumpa tapi tunang tak berkenan. Huh~

hantaran, hantaran nikah, hantaran kahwin, belt and wallet, dompet, tali pinggang, camel activeSo. korang-korang yang tengah mencari hantaran, better korang beli waktu sekarang. Time sale tengah gila-gila. Gi usha barang-barang semua. Tiba-tiba aku rasa gambar yang atas ni seni gila. Ada mana-mana korang nak ambil aku jadi Official Photographer ke? Bahahahhaa. :p

Oh, start hari ni, cukup-cukup 3 bulan lagi sebelum majlis. >.< Wah wah wah~

43. Hantaran Kemeja Lelaki

Hari ni cerita pasal hantaran lagi. Kali ni hantaran untuk belah lelaki lagi. Baru je hujung minggu lepas aku pergi beli baju kemeja untuk buat hantaran untuk tunang aku. Sebenarnya dah cari baju hantaran ni dah lama dah. Tapi tu lah, tunang aku ni susah sikit. Satu sebab dia kecik, so susah nak cari saiz baju yang sesuai untuk dia. Lagi satu, tunang aku ni, high taste sangat. Selagi tak jumpa yang dia gila-gila suka dan sedap pakai, jangan harap dia nak beli. Aku yang naik penat jalan cari barang dengan dia. >.<
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000, Antara brand pakaian yang sesuai dengan tunang aku – G2000, Uniqlo, H&M. Baju untuk hantaran ni beli dekat G2000. Mula-mula tunang aku nak kemeja lain warna ungu cerah. Tapi aku kata warna ungu pekat ni lagi cantik. So, aku suruh cuba dua-dua baju. Bila dah cuba, dia kata yang ungu gelap ni sedap pakai. Yang cerah sikit tu kain tak sedap. Mestilah, sapa yang pilih kan. Hehehe, kalau perempuan pilih mesti berkualiti punyalah. :p

Masa tunang aku test kemeja tu, dia keluar dari fitting room nak tunjuk dekat aku, dia nampak sangat hot dan tegap.

Slurp slurp slurp. Meleleh air liur. Hahahahaha. Gatal nih!!

Bila dia dah berkenan kemeja ungu pekat ni, kiteorang pun cari lah baju yang berlipat. Tak mau ambil yang orang duk cuba-cuba. Tengok-tengok saiz paling kecik tinggal satu je. Nasib baik. Hehehe. Oh, tak caya tunang aku betul-betul kecik? Cuba tengok saiz baju apa yang kiteorang beli kat bawah.
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000,

14 1/2 okay. 14 1/2. Hahahaha. Adoi. Kecik kan? Sebenarnya tujuan utama kiteorang pergi G2000 tu nak beli baju kemeja je. Tiba-tiba gatal mata gatal tangan jugak tunang aku ni pergi test seluar. Seluar tu pulak kena gila dengan dia. Aku sabar je bukak wallet tengok duit. Memang harapan lah aku nak beli untuk dia kan. Duit takda. Hahahaahha. Kalau ada, memang dah lama aku beli kan untuk dia. Sayang punya pasal kan. Kalau aku beli kan yang ni untuk dia, lain kali aku paw die bawak aku pergi travel pulak. Hikhikhik.

42. Hantaran Toiletries Lelaki

Hantaran daripada aku untuk tunang aku

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Ni barang-barang toiletries yang tunang aku pilih sendiri. Korang boleh teka tak brand apa yang dia pilih? Hitam bergaya kot. Ada Shower foam, ada deodorant, styling gel, pencuci muka dengan bedak talkum. Dan brand yang dipilih oleh bakal laki aku yang bertuah sangat ni adalah…

……..

.

.

.

.

.

.

.

.

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Follow Me.

>.<

Sabar je la aku. Aku puas cakap dekat tunang ambil lah brand yang elok sikit. At least Nivea ke Dashing (padahal Dashing pun koman jugak) ke. Dia nak jugak ambil Follow Me. Kata nya “Classy classy”. Sabar je la. Waktu pilih barang-barang toiletries untuk hantaran ni, aku dah rekemen macam-macam – Adidas, Gatsby, Nivea, Dashing tapi semua tak cukup barang. Adidas ada perfurm je, Gatsby ada styling gel je, Nivea ada pencuci muka je.

Lepas tu tunang terpandang Follow Me. Mengundang memori kot brand tu. Very the ’90’s. Hahahaha. Tunang aku dah sakan nak ambil Follow Me. Aku tak mau sebab nanti aku jugak yang kene menjawab dengan sedara mara apesal bagi Follow Me je. Tapi, tunang degil jugak nak. Last-last aku cakap, tunang kumpul semua barang (pencuci muka, shower foam, deodorant, etc) dari brand Follow Me dan aku pulak cari barang-barang dari Dashing, then tengok mana satu barang lagi banyak yang tu kiteorang pilih.

Semangat lah aku mencari barang-barang Dashing – deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka. Tunang aku pulak dapat barang-barang Follow me – shower foam, deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka dan styling gel. Disebabkan barang Follow Me lagi banyak, so terpaksa lah aku tanpa rela ambil jugak toiletries Follow Me buat hantaran.

.

.

.

.

Dan terpaksa jugak lah aku menjawab dengan kakak aku kenapa aku beli Follow Me untuk hantaran…. >.< Asalnya lepas kene bebel dengan kakak, aku cakap balik dekat tunang. Last-last tunang kata pergi lah beli lain. Nanti dia bayar balik barang yang dah beli dan pakai sekarang. Mulanya aku ok tapi lepas bengkek-bengkek sikit dengan tunang pasal nak beli brand apa, aku malas nak layan. So, aku cakap pakai je Follow me, nanti cover brand guna reben. Hahahaha. Padan muke tunang aku.

41. Hantaran Toiletries Perempuan – Body Shop

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh semua. Macam mana dengan persediaan perkahwinan korang? Aku macam ni la. Duk terkedek-kedek lagi. Anyway, kali ni aku nak cerita pasal hantaran tunang aku nak bagi pada aku. Senarai hantaran yang tunang bagi pada aku:

  • Telekung dan sejadah – Yang ni kiteorang ambil yang dekat rumah Mak je. Sebab kat rumah banyak sangat telekung Mak dapat. Cantik-cantik pulak tu. Rugi je kalau tak pakai. So, ambil je la. Sejadah pulak, ambil sejadah yang Mak beli masa Mak pergi Mekah hari tu. Jimat dah. ๐Ÿ™‚
  • Tafsir – Tunang ada cakap hari tu, benda wajib kena ada dekat rumah nanti Al-Quran sebab nak mengaji sama-sama. Sebab aku dah kata nak bagi Al-Quran, so tunang bagi lah tafsir. Tapi ย tak beli lagi.
  • Kek – Beli dekat-dekat majlis nanti.
  • Cincin – Ibu sponsor ๐Ÿ™‚
  • Mas kahwin – RM22.50 dan dinar emas
  • Tepak sirih – Family tunang macam kuat adat sikit. Hee.
  • Toiletries – Yang ni dah beli . Body Shop Strawberry.

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shop

Tadaa~ Inilah hantaran toiletries untuk aku. Asalnya aku konon-konon nak pakai SKII. Tengok mahal la sangat tak jadi terus. So, masuk kedai Body Shop dekat Sogo. Tak confirm lagi nak beli. Keluar jalan-jalan lepas tu tak masuk-masuk dah Body Shop situ. Wahahaha. Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, masuk Body Shop balik. Akak tu promote-promote dan kiteorang pilih-pilih barang. Woah, dapat lagi murah daripada Body Shop dekat Sogo tu. Untung lah beli dekat Paradigm Mall. ๐Ÿ˜€

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shopIngat tak aku penah cerita pasal Ayah tunang kata tak boleh pakai Body shop ni buat hantaran sebab perfurm dia ada alkohol? Hehehe. Nasib baik Ibu komplot sekali kata tak da perfurm dalam basket ni. Wakakaka. Saya sayang Ibu. Tak sabar jadi menantu. Kekeke. :p So, hopefully boleh proceed guna Body Shop ni jadi hantaran.

Oh, aku ada baca London Weight Management nak bagi London Slim and Trim & Home Kit bernilai RM468 secara percuma. Kalau nak buat jadi hantaran pun tak da masalah. Free kot. Sapa-sapa berkenan boleh try usha London Weightย London Slim and Trim & Home Kit.