41. Hantaran Toiletries Perempuan – Body Shop

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh semua. Macam mana dengan persediaan perkahwinan korang? Aku macam ni la. Duk terkedek-kedek lagi. Anyway, kali ni aku nak cerita pasal hantaran tunang aku nak bagi pada aku. Senarai hantaran yang tunang bagi pada aku:

  • Telekung dan sejadah – Yang ni kiteorang ambil yang dekat rumah Mak je. Sebab kat rumah banyak sangat telekung Mak dapat. Cantik-cantik pulak tu. Rugi je kalau tak pakai. So, ambil je la. Sejadah pulak, ambil sejadah yang Mak beli masa Mak pergi Mekah hari tu. Jimat dah.🙂
  • Tafsir – Tunang ada cakap hari tu, benda wajib kena ada dekat rumah nanti Al-Quran sebab nak mengaji sama-sama. Sebab aku dah kata nak bagi Al-Quran, so tunang bagi lah tafsir. Tapi  tak beli lagi.
  • Kek – Beli dekat-dekat majlis nanti.
  • Cincin – Ibu sponsor🙂
  • Mas kahwin – RM22.50 dan dinar emas
  • Tepak sirih – Family tunang macam kuat adat sikit. Hee.
  • Toiletries – Yang ni dah beli . Body Shop Strawberry.

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shop

Tadaa~ Inilah hantaran toiletries untuk aku. Asalnya aku konon-konon nak pakai SKII. Tengok mahal la sangat tak jadi terus. So, masuk kedai Body Shop dekat Sogo. Tak confirm lagi nak beli. Keluar jalan-jalan lepas tu tak masuk-masuk dah Body Shop situ. Wahahaha. Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, masuk Body Shop balik. Akak tu promote-promote dan kiteorang pilih-pilih barang. Woah, dapat lagi murah daripada Body Shop dekat Sogo tu. Untung lah beli dekat Paradigm Mall.😀

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shopIngat tak aku penah cerita pasal Ayah tunang kata tak boleh pakai Body shop ni buat hantaran sebab perfurm dia ada alkohol? Hehehe. Nasib baik Ibu komplot sekali kata tak da perfurm dalam basket ni. Wakakaka. Saya sayang Ibu. Tak sabar jadi menantu. Kekeke. :p So, hopefully boleh proceed guna Body Shop ni jadi hantaran.

Oh, aku ada baca London Weight Management nak bagi London Slim and Trim & Home Kit bernilai RM468 secara percuma. Kalau nak buat jadi hantaran pun tak da masalah. Free kot. Sapa-sapa berkenan boleh try usha London Weight London Slim and Trim & Home Kit.

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s