42. Hantaran Toiletries Lelaki

Hantaran daripada aku untuk tunang aku

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Ni barang-barang toiletries yang tunang aku pilih sendiri. Korang boleh teka tak brand apa yang dia pilih? Hitam bergaya kot. Ada Shower foam, ada deodorant, styling gel, pencuci muka dengan bedak talkum. Dan brand yang dipilih oleh bakal laki aku yang bertuah sangat ni adalah…

……..

.

.

.

.

.

.

.

.

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Follow Me.

>.<

Sabar je la aku. Aku puas cakap dekat tunang ambil lah brand yang elok sikit. At least Nivea ke Dashing (padahal Dashing pun koman jugak) ke. Dia nak jugak ambil Follow Me. Kata nya “Classy classy”. Sabar je la. Waktu pilih barang-barang toiletries untuk hantaran ni, aku dah rekemen macam-macam – Adidas, Gatsby, Nivea, Dashing tapi semua tak cukup barang. Adidas ada perfurm je, Gatsby ada styling gel je, Nivea ada pencuci muka je.

Lepas tu tunang terpandang Follow Me. Mengundang memori kot brand tu. Very the ’90’s. Hahahaha. Tunang aku dah sakan nak ambil Follow Me. Aku tak mau sebab nanti aku jugak yang kene menjawab dengan sedara mara apesal bagi Follow Me je. Tapi, tunang degil jugak nak. Last-last aku cakap, tunang kumpul semua barang (pencuci muka, shower foam, deodorant, etc) dari brand Follow Me dan aku pulak cari barang-barang dari Dashing, then tengok mana satu barang lagi banyak yang tu kiteorang pilih.

Semangat lah aku mencari barang-barang Dashing – deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka. Tunang aku pulak dapat barang-barang Follow me – shower foam, deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka dan styling gel. Disebabkan barang Follow Me lagi banyak, so terpaksa lah aku tanpa rela ambil jugak toiletries Follow Me buat hantaran.

.

.

.

.

Dan terpaksa jugak lah aku menjawab dengan kakak aku kenapa aku beli Follow Me untuk hantaran…. >.< Asalnya lepas kene bebel dengan kakak, aku cakap balik dekat tunang. Last-last tunang kata pergi lah beli lain. Nanti dia bayar balik barang yang dah beli dan pakai sekarang. Mulanya aku ok tapi lepas bengkek-bengkek sikit dengan tunang pasal nak beli brand apa, aku malas nak layan. So, aku cakap pakai je Follow me, nanti cover brand guna reben. Hahahaha. Padan muke tunang aku.

4 thoughts on “42. Hantaran Toiletries Lelaki

    • kekekeke… nak diy letak dalam bekas kaca je… lepas tu letak bunge2… setel…😀 bekas kaca tak beli lagi…nanti setel, kite upload😉

  1. ya Rabbi bughok nye perangai z** tu wey!! aku tak sangke iklan “ting tong! follow me bedak badan wangiiii~” yg kau suka nyanyi tu jugak dia nak! kahkahkah!

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s