40. Design Kad Kahwin DIY Siap!

Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan pada UNIFY kerana tadak line pada hari Khamis lepas. Dengan tadak nye line UNIFY dan aku tak boleh nak connect dengan internet, maka aku mampu menyiapkan peta lokasi rumah pengantin perempuan dan seterusnya semakin aktif membuat peta lokasi rumah pengantin lelaki dan design kad kahwin. Dan tadaa~ Kad kahwin DIY dah pun siap.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Perasan tak peta tu ada 2 jenis? Satu melintang, satu lagi menegak? Time ni tengah kompius nak guna design menegak ke nak guna design melintang. So, buat 2 design terus, lepas print baru nampak mana satu yang lagi bagus.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Dalam proses membuat kad kahwin menggunakan Adobe Illustrator CS3. Semakin aku pakai Illustrator ni, semakin aku suka dengan dia. 😀

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Dan inilah hasilnya. Ni muka depan dan belakang kad kahwin. Yang initial monogram kiteorang, huruf N dan Z  tu untuk muka depan kad. Peta pulak untuk bahagian belakang kad. Aku buat saiz half A4 untuk satu kad. So, dalam satu kertas saiz A4, dapat 2 kad. That’s why ade 2 duplicated design. Korang jangan kompius pulak.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation cardNi pulak hasil dalamnya. Aku buat simple-simple je sebab mengenangkan orang akan buang jugak kad ni nanti, nape kite nak susah payah sangat dak? Kalau artis ye la orang nak simpan. Kekekeke. Yang penting dalam kad tu ada nama parents kiteorang, nama kiteorang, alamat, tarikh, masa dan nombor telefon untuk dihubungi. Dah siap. Yippie yeay!!

Advertisements

39. Peta Lokasi Pihak Lelaki Untuk Kad Kahwin

Semalam aku ade cerita pelan lokasi belah perempuan dah siap kan? Ok, hari ni pulak, pelan lokasi untuk belah lelaki dah siap. Yeay! Minggu yang sungguh produktif. Tak tahu kenapa. Bulan puasa kot? Tak banyak keluar. Hahahha.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Pelan lokasi pengantin lelaki dalam Adobe Illustrator CS3.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Hasil lepas di’JPEG’kan.

Kau ingat senang ke nak buat peta untuk belah laki? Susah woo. Banyak komplen je bakal laki aku ni. Salah letak itu slah letak ini. Nasib baik last-last sekali tunang aku cakap ok. Hahaha. Peta dah siap. Time untuk kad kahwin pulak. Sebelum, makan ais krim King’s Grand kejap. Kantoi tak pose. >.<

38. Peta Lokasi Pihak Perempuan Untuk Kad Kahwin

Dah lama aku asyik bertangguh je nak buat kad kahwin ni, akhirnya malam semalam aku sangat produktif menghasilkan pelan lokasi ke rumah aku untuk nak letak dalam kad kahwin. Produktif pun sebab line internet tadak dekat rumah. TM buat hal lagi. Hahaha. Kalau tak memang online je keje aku, tak buat-buat peta nye. So tadaa~ Peta aku dah siap!! Aku guna Adobe Illustrator CS3 dengan Adobe Photoshop sikit.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Peta guna Adobe Illustrator. Enjoy gile aku buat ni.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Ni hasilnya lepas di’JPEG’kan.

Kad kahwin dah buat beberape draft. Tapi tak puas hati lagi. Aku bagi date line pade diri sendiri kene siap design kad semua akhir bulan ni. Bulan depan dah nak hantar printing. Bulan September dah nak pos dekat semua orang. So, good luck diri sendiri. 😀

Oh oh oh sebelum tu, aku nak tunjuk initial monogram yang kiteorang guna untuk wedding kiteorang nanti. :”>

logo, initial monogram wedding

Ok now, jom makan ais krim King’s Grand dulu 😀

37. Bonk Production – Cinematography

Oi korang, puasa ke tidak tu? Hehehehe. Hari ni aku happy sikit sebab aku jumpa satu cinematographer yang boleh tahan cantiknya dan harga pun boleh tahan aku boleh terima. Sebelum tu, cuba usha jap video diaorang. Simple jek tapi cantik. Dah nak setanding dengan PelangiPutih dah. *Tak habis-habis dengan PelangiPutih*

Cantik kan? Kan? Kan? Baik korang cakap cantik. Penat aku merendahkan sikit taste aku ni tahu? Hahahha. Anyway kalau korang nak tahu pakej dieorang, boleh usha kat bawah.

BASIC PACKAGES

Ruby package (MYR 1000)
–          1 event cover (solemnization,reception,birthday party,family day,).

–          Cover by 1 videographer.

–          Covering hours: 5 hours.

–          1 highlight video (duration:3 – 5 minit).

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Pearl package(MYR 1800)
–          1 event cover (solemnization / reception ).

–          Cover by 2 videographers.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidscam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          Covering hours: 8 hours.

–          Including simpleoutdoor/indoor.

–          1 event highlight video (duration: 3 – 5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Emerald package(MYR 3000)
–          2  events cover (solemnization & reception for one side).

–          Cover by 2  or 3 videographers.

–          Covering hours: 8 hours/events.

–          Including simple outdoor/indoor.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidecam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          2 event highlights videos (duration:3-5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Ada je pakej lain dalam quotation yang dia bagi tapi aku tak letak lah kat sini sebab harga dia mahal sikit. Kalau korang nak tawu pakej-pakej yang lain tu, korang boleh mintak dekat dieorang terus or boleh je tinggalkan email korang dekat bawah. Nanti aku emailkan pada korang. Papehal pun, korang boleh usha dulu BONK Production:

Facebook: BONK Production

Vimeo: BONK Production

36. Redhu Malek Photography

Bila bercakap tentang persiapan perkahwinan, nak nak lagi bagi pasangan yang memang jaga budget, budget tak banyak (macam aku dengan tunang), photographer mesti antara salah satu budget yang kite nak slashkan harga. Kalau boleh, nak dapatkan photographer yang semurah mungkin. Tapi, bila tengok semula, kebanyakan harga photog yang murah tu, hasilnya tak secantik yang kite nak, kan? Lepas tu, bila kite tengok balik gambar-gambar rasa rugi tak ambil yang mahal gambar cantik sebab nak murah punya pasal.

Jangan risau, hari ni aku nak kongsi dengan korang antara banyak-banyak photog kat Malaysia ni yang hasil dia ok lah dan harga pun memang berbaloi kalau tengok pda barang yang dia bagi. Nak tahu ke photog mane? Meh tengok logo dia.

redhu malek photography, wedding photography
Ni ha dia, Redhu Malek Photography. Time aku dengan tunang duk usha-usha photog dulu-dulu, waktu tak semangat beria sangat nak kawen lagi, tunang aku suka Redhu Malek ni. Tak tahu kenapa. Tengok-tengok kawan aku pun ada ambil Redhu Malek jadi Official Photog dieorang. Cantik jugak hasil gambarnya. Tapi, aku punya taste still pada… Hehehhe.. Andaq Photography. :p Tapi tu la, AndaQ mahal sikit so aku terpaksa dengan tak rela hati tolak Andaq jauh-jauh. Anyway, Redhu Malek pun ok jugak gambar dia. Jom usha pakej dia.

Untuk photography nikah dan sanding:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x Principal/Senior Photographer
1 x Exclusive Custom Album 10″ x 15″ – 20 pages
1 x DVD (All Digital Photos)
FREE 2 x 12RW
RM1600

Optional:
Additional Photographer : +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Pre-Wedding / Post Wedding / Outdoor Session : + RM200 per session
1 x Mockup Sticky Album 15″ x 10.5″ (inch) + 120 pcs 4R : + RM200
1 x Exclusive Custom Album 10” x 15” (inch) – 20 pages : + RM500

1 x Exclusive Custom Album 15” x 15” (inch) – 20 pages : + RM700

Oh lupa nak cakap, Redhu Malek pun ada buat Cinematography jugak kalau korang nak usha. Pakej dieorang offer macam kat bawah ni.

Untuk cinematography pula:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x DSLR Cinematographer
2 x Video Montage / Highlights (4 – 6 Minutes Duration)
DVD Movie + DVD Data
RM2000

Optional:
Additional Cinematographer: +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Additional Video Montage / Highlights : +RM400
Pre-Wedding / Post Wedding / Save The Date : + RM500 per session (Get 1 x Video Montage)
Same Day Editing (SDE) : +RM500

Ni pulak tambahan qoutation yang aku mintak. Untuk transportation dan accommodation.

Transportation fees:
KL to Pekan = 300KM x RM0.50 per KM x 2 (pergi dan balik) = RM300

Accomodation/hotel fees:
RM200 per night

redhu malek photography, wedding photographyNi aku belanja satu gambar dari Redhu Malek Photography. Nak banyak lagi gi usha sendiri dieorang dekat bawah ni. Have fun! 😀

Facebook: Redhu Malek Photography

Vimeo: Redhu Malek Photography

Website: Redhu Malek Photography

35. Tak Start Puasa Lagi Zizan Razak Dah Promote Barang Raya

Puasa baru je nak start besok tapi Zizan Razak dan Sony dah siap-siap promote barang elektrik untuk Hari Raya. Kekekke. Tapi yang aku kelakar gila tengok video promotion Zizan tu. Bongek gila. Korang dah tengok? Kalau belum tengok, boleh usha kat Zizan Promote Barang Sony. Tang paling kurang asam bila Zizan letak phone Sony Xperia Z dalam bekas air ikan tu. Jeles sangat!! Nak sony Xperia Z jugakkkkk.

zizan, sony, rayastyla

Huhuhu. Oh, sebenarnya Zizan dan Sony tengah promote barang-barang elektrik daripada Sony –  tablet Xperia Z, Bravia TV, sistem teater rumah, kamera NEX-5R dan handycam PJ380. Kalau korang berminat nak beli buat hantaran ke untuk hari raya nanti ke, time ni lah kot yang sesuai nak beli. Tengah-tengah promosi boleh dapat murah sikit. Oh ye, promosi ni berlangsung dari 26 Jun sampai 18 Ogos je. So, go check them out! 😉

34. iMoments Videography – Cinematography

Hello girls (and boys). Malam ni aku nak kongsi dengan korang sebuah lagi produksi untuk juruvideo perkahwinan yang lebih harga mampu milik. Tak semahal PelangiPutih. Tapi kualiti hasil kerja dieorang semakin cantik dari satu video ke video yang terbaru. Wedding Cinematographer yang aku maksudkan tu adalah iMoments Videography.

videography, videographer, wedding cinematography, imoments videographer

 

Kalau ikutkan tunang aku, dia kata selain daripada PelangiPutih, most cinematographer di Malaysia ni menggunakan template video yang sama. Mesti ada fokus baju, fokus cincin, fokus kasut lepas tu movement kalau tak kiri, ke kanan. Macam tu je. Video awal-awal iMoments Videography ni mostly macam tu tapi lately aku tengok banyak improvement pada hasil kerja dieorang danh yeah, aku suka tengok. Ape kate korang tengok video iMoments Videography dekat bawah ni dan komen, ok ke hasil kerja dieorang?

 

So, atas dasar nak tahu pakej dieorang, aku pun mintak lah quotation dan here’s what I get.

Full One Event Package: RM2500 (Single Event)
3-6 minutes highlight reel with music
3-5 minutes best wishes from family and friend
3-5 minutes interview with bride and groom
30 edited coverage footage
2 cinematographer
Professional colour grading
2 copies of compressed DVD video of all highlights (playable on DVD player)
2 copies of uncompressed DVD data of all highlights (playable on PC only)

Custom designed DVD cover and overlay

footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

On top of this, rm200 transportation charge from kl-pekan is applied.

Accommodation shall be provided by client.

Well, pakej dia kadar mampu milik tak agak-agak korang? 2 videographer for only RM2500 tu. Woah woah woah. Meleleh air liur. Kalau rasa kadar mampu milik dan korang berminat, go usha dieorang dekat sini:

Facebook: iMoments Videography

Vimeo: iMoments Videography

Website: iMoments Videography

Have fun godek-godek! 😀

 

 

33. Andaq Photography – Photography

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

Nah, belanja korang gambar-gambar wedding cantik sat. Semua ni aku ambil dari Facebook wedding Photographer yang aku akan review hari ini – Andaq Photography. Sekali pandang, aku terus jatuh cinta. Pada hasil kerjanya bukan pada tuan pengambil gambarnya. Hohoho. Eh eh sempat menggatal. >.<

Andaq Photography ni kalau tak salah aku, solo photographer with superb skill. Shooting skill and Photoshop skill. Gambar-gambar yang die hasilkan memang melelehlah air liur kalau tengok. Tapi kebanyakan gambar yang Andaq Photography letak dalam Facebook dan website dia ialah gambar outdoor dan gambar sebelum dan selepas akad nikah.

Ye, memang aku tak boleh cakap gambar dia tak cantik sebab memang hampir semua cantik. Tapi, gambar outdoor dengan gambar waktu akad nikah ni totally lain. Waktu outdoor, kita boleh kawal, nak suruh berhenti sekejap ke, photographer suruh kita senyum ke, suruh posing macam mana ke. Tapi waktu akad nikah, semua spontan, semua laju. Photographer kene pandai cari moment-moment yang sesuai untuk diabadikan. Ewah bahasa. Kata anak cikgu Sastera. :p

Ok kat bawah ni ada quotation yang aku mintak daripada dieorang. Korang cuba tengok dan kalau rasa harga tu berbaloi untuk korang punya budget, usha pulak hasil kerja dia.

2 Events (Solemnization + Bride Reception)

Package RM2699

  • 1x Photobook saiz 11×15 inch 80 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

2 Events (Colemnization + Bride Reception)

Package RM2399

  • 1x Custom album size 10×12 inchi 20 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

Charge perjalanan RM250 from KL-Pekan.

Penginapan perlu disediakan oleh pihak pengantin yang berdekatan dengan tempat event.

Cam mana? Cam mana? Ok ke harga dieorang dengan budget korang? Kalau rasa okay, jom serbu hasil kerja dia.

Facebook: AndaQ Photography

Website: AndaQ Photography

32. MangoTouch – Photography

Hohohoh. Disebabkan aku dah cakap dekat entry semalam yang aku nak buat entries pasal Photography dan Cinematography je minggu ni, so akan aku tunaikan janji aku ni. Kali ni aku nak review pasal Wedding Photographer pulak. Dan Photographer yang bertuah pada kali ini ialah…

mangotouch photography, mangotouch, photography

MangoTouch Photography

Kenapa aku nak review MangoTouch? Hebat ke dieorang? Cantik ke dieorang punye hasil kerja. Ok, meh aku cerite. Aku PM Facebook MangoTouch ni pada hari Isnin untuk dpatkan quotation untuk wedding photography. And guess what? Ini vendor pertama yang aku mintak quotation tak direct bagi quotation, but still in a good way. MangoTouch cuba nak berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan aku dulu. Ecewah. Siap dieorang tahu pulak aku ade blog ni. >.<

So al kisahnya, aku sukalah jugak kalau vendor-vendor untuk wedding ambil masa di sebalik kesibukan dieorang untuk buat ice breaking dengan potential customer dieorang. Bukan apa, aku rasa macam dihargai sangat-sangat bila MangoTouch buat macam ni – berkenalan dengan customer. Potensi untuk customer pilih pun tinggi, ye dak? Disebabkan layanan yang best.

mangotouch photography, photography, diana danielle, farid kamil

Farid Kamil & Diana Danielle
Solemnization

So, now meh kite usha hasil kerja MangoTouch ni. MangoTouch pernah jadi photographer untuk perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle. Cantik jugak kan hasil kerja dieorang kan. Huhuhu. >.< Agak-agaknya, Farid Kamil & Diana Danielle ni di’sponsor’ ke photographynya? Seronok kan jadi artis? Semua orang nak sponsor. Jimat duit. Hewhewhew~

Tapi, jangan main-main dengan hasil kerja MangoTouch. Blog BeautifulNara pun penah review pasal dieorang punya hasil kerja okay. Kalau tak percaya, boleh baca dekat sini -> Beautiful Nara review MangoTouch Photography. Aku tak nafikan, bila aku tunjuk Faceboook MangoTouch dekat tunang, die kata “Not bad. Cantik-cantik jugak gambar dieorang”. See? Tunang aku tu sangat lah particular pasal everything. Kalau dia cakap cantik, for sure memang cantik. *Macam dia cakap aku cantik. EH? Bahahahahhaa*

*Krik krik krik krik*

Bunyi cengkerik

Ok ok, cukuplah syok sendiri. Ni ha berita baik untuk B2B yang tak ada photographer lagi. MangoTouch tengah buat promosi ni. Untuk 5 pasangan yang bertuah sahaja. Photography untuk nikah dan sanding. Harga RM2699 sahaja! Bagi aku, tak lah sahaja sangat. Aku still tak mampu nak hire photog dengan harga setinggi tu. Tapi, kalau korang ada budget lebih sikit, why not? Go grab this promo.

promosi, mangotouch, photography

Untuk lebih maklumat dan nak tengok hasil-hasil kerja dieorang yang lain, korang boleh usha page dieorang:

Facebook: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Twitter: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Website: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Website dieorang maybe ada problem sikit kot. Aku try nak masuk tapi keluar error kata expired tapi tarikh expirenya lambat lagi. Pelik. So, have fun godek-godek gambar dieorang. 😉

 

 

31. King’s Grand – If I Had A Grand In Hand Contest

Tipu tipu tipu! Kata sepanjang minggu ni nak buat entry pasal Cinematography dan Photography je. Ni apehal ade Contest pulak? Tipu tipu tipu! Bahahahha. Sorry sorry sorry guys. Aku sangat tempted to share this contest with you all. Contest-contest yang senang dan tak payah keluar duit ni, memang aku suka nak share.

Untuk pengetahuan korang, King’s Grand ni adalah salah satu brand ais krim yang dijual dalam Malaysia. Skema bapak ah ayat. Hehehe. Macam-macam perisa dieorang ada termasuklah Tiramisu, Tin Roof Brownie dan Triple Chocolate!

ais krim, ais krim sedap, King's Grand

Tu dia pelbagai perisa ais krim dari King’s Grand!

Dan TAADAA~ The contest – If I Had A Grand In Hand 🙂

ais krim sedap, ais krim, contest, king's grand contestKing’s Grand Contest

Kekdahnya senang je. Ikut je langkah-langkah yang aku akan tulis nanti. Oh, sebelum tu mungkin korang nak sediakan gambar korang yang cun cun hot hot meletup punya untuk diupload ke website King’s Grand. Pssstt, nak bagi hint ni. Ambil gambar tu, buat-buatlah pose tengah makan product King’s Grand. Barulah tinggi peluang nak menang kan. Bodek sikit. Kekekkee. Alang-alang korang dah terbeli ais krim King’s Grand tak pun terjumpa bekas ais krim dalam tong sampah ke, korang ambik basuh then konon-konon bergaya tengah makan ais krim tu ok. Hehehehe. Ok, kat bawah ni step-step dia.

Klik gambar King’s Grand Contest di atas atau klik je link King’s Grand Contest ni.

anak panah

Tunggu habis loading

anak panah

Like Page Facebook King’s Grand (ikut arahan die cakap suruh “Like us to begin”)

anak panah

Cari button “Let’s Begin” dekat gambar dan klik button tu

anak panah

Now korang boleh upload gambar-gambar korang samaada dari Facebook atau dari Computer

anak panah

Lepas tu crop kan sikit gambar bagi hot lagi sikit dan klik “DONE”

anak panah

Klik “Next” button dan hiaslah gambar korang dengan menarik menggunakan tools yang disediakan

anak panah

Bila dah siap, klik “Next”

anak panah

Lepas tu klik “Confirm”

anak panah

Akhir sekali tunggu keputusannya di hujung minggu

Dah setel. Senang je kan? Sekarang meh kite tengok apa hadiah-hadiah dia.

Weekly Prize winner

 Week 1 – RM1,000 Cash
 Week 2 – RM1,000 Cash
 Week 3 – RM1,000 Cash
 Week 4 – RM1,000 Cash
 Week 5 – RM1,000 Cash
 Week 6 – RM1,000 Cash
 Week 7 – RM1,000 Cash
 Week 8 – RM1,000 Cash

People’s Choice Award Winner

 RM1,000 Cash

Free Ice Cream Winner (1000 peserta pertama yang memenuhi kriteria)

 Gift voucher to redeem two (2) units of King’s Grand 1L ice creams

Gila ke tak gila hadiah contest dia? RM1000 kot boleh dapat. Ape lagi korang? Cepat join! Contest ni berjalan bermula pada 1 Julai 2013 hingga 25 Ogos 2013 pukul 11:59:59 pagi sahaja. Go grab your ice cream now!