52. Kad Kahwin DIY Dah Siap.

Lepas kene bebel dengan ayah bila kad kahwin nak siap, akhirnya.. TADAAA!! Our wedding invitation card! Siap pun. Macam-macam nak setelkan kad ni. Tak confirm tempat kenduri lah, tak confirm masa kenduri lah, tak confirm design lah, tak confirm saiz kad lah. Last-last, aku dengan tunang ambil keputusan nak buat jugak saiz A5 (half A4).

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Muka depan kad kahwin kiteorang. N untuk initial nama aku dan Z untuk initial nama tunang. Bentuk love bajet-bajet poyo sikit. Hahahha.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Bahagian belakang kad dengan peta.

Aku ade cerita design kad dah siap dulu kan. Kat sini –> Design Kad Kahwin DIY Siap. So, lame perap design, hari Selasa lepas aku keluar time lunch hour dari Bangsar South laju pergi ke SS2 nak hantar design untuk printing dekat Printmore Sdn Bhd. Aku ade cerita jugak pasal Printmore Sdn Bhd ni dekat sini –> Printmore Sdn Bhd.

Owner die nama Angie. Peramah betul. Siap gelak-gelak lagi time ambil order printing tu. Oh, kalau korang nak tahu, Printmore Sdn Bhd ni bukan bangunan kedai. Dia bangunan rumah-rumah teres. Depan kedai Printmore ni ada Kedai Nasi Kandar Kayu. So, tu landmark dia. Or kalau nak pakai GPS, ni no koordinat dia. Aku set koordinat ni time pergi hantar print hari tu. 3.065999N, 101.370394E.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

So, semalam (Khamis) Angie call aku, cakap kad dah siap dan dah macam “Woah! Cepat gileeeeeee”. Tapi sebab dia call dah lepas lunch hour, tak sempat aku nak pergi ambil. So, hari ni (Jumaat) tunang pergi ambil sorang-sorang sebab aku ade meeting time lunch hour. Tak sempat nak ikut tunang ambil.

 kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Dan hasilnya, yes. Aku betul-betul puas hati. Kemas potongan dan lipatan dia. Alhamdullilah syukur nikmat. Dan definitely aku recommend gila-gila Printmore Sdn Bhd untuk any printing. Sebabnya:

 

  • Print cepat

Hantar print hari Selasa, hari Khamis dah siap

  • Murah

Serius murah. Aku dapat RM315 untuk 2000 keping kad. Bawah ni breakdown harga kad dan service lain

Print saiz A4 depan belakang = RM255 (Aku ambil 1000 keping A4, potong half dapat 2000 keping kad saiz A5)

Potong = RM20 (Potong untuk 1000 keping saiz A4)

Creasing line untuk 2000 = RM40 (Lipat untuk 2000 keping kad saiz A5)

  • Hasil memuaskan

Potong cantik, print ikut betu-betul design kita. Tak salah print.

  • Angie yang peramah

Hehehhe. Angie ni yang ambil order kiteorang hari tu. Serius peramah, siap gelak-gelak buat lawak gurau-gurau.

So yeah, sape-sape nak service printing, cuba usya Printmore Sdn Bhd. memang berbaloi-baloi. Lepas ni aku nak pergi print sticker untuk doorgift kenduri belah tunang pulak. Hari tu tak buat sekali dengan kad sebab kad nak cepat. Sticker boleh rilek-rilek lagi.🙂

10 thoughts on “52. Kad Kahwin DIY Dah Siap.

  1. assalamualaikum…oittt..berhabuk dah blog ko ni atie..hahahaha…xsangka blog walking psl kad kawin…blog ko yg aku jmpe dlu..hahhaa..agak2 ade lg x kedai printing ni?aku nk design sndiri,.tp nk print kt org lain – balqish

Hey babe, komen le.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s