55. Supplement Drinks Sebelum Nikah

Hari tu aku tengok Groupon ada buat discount untuk Innershine Pati Prune. Tapi yang lama punya lah, bukan yang baru punye. Dieorang buat discount untuk Innershine Pati Prune yang Maya Karin jadi duta, bukan yang si Izara Aisyah tu. Harga RM80 untuk 2 packs Innershine Pati Prune. 1 pack ade 12 botol. So, sebotol aku dapat harga RM3 lebih. Untung lah sikit. Sebenarnya diaorang nak habiskan stock kot. Expiry date bulan November. Hohoho. So, aku ada sebulan untuk habiskan 24 botol. :p

innershine pati prune

Tapi, atas dasar nak nampak berseri sikit pada hari nikah aku nanti *eceh eceh*, aku pun tergerak nak beli innershine sementara nak tunggu Groupon pos kan bulan Oktober nanti. Aku pun belilah sekotak Innershine yang baru tu. Harga RM49.90 ada 12 kotak 42ml. Testing lah sikit konon-kononnya.

innershine pati prune

 

First day aku test minum, excited lah kononnya. Sekali telan, Ya Rabbi. Gila kuat rasa prune dia. Hahaha. Aku memang tak berkenan pulak dengan rasa pekat pati prune dia. Annnndddd….. Aku ada total 11 botol plus 2 packs of 12 bottles each lagi dekat kampung untuk aku habiskan. >.< Haruuuuu~

innershine pati prune

 

Tapi, demi nak nampak berseri, aku gagahkan diri jugak untuk habiskan kesemua botol yang ada. Doa kan aku please. =____=

Advertisements

54. Perkara Asas Fardhu Ain (PDF) – Interview Pejabat Agama

Okay, ramai yang bertanya apa soalan bocor waktu di’interview’ ustaz-ustaz  atau ustazah-ustazah waktu hantar borang kahwin kan. Ni aku nak share sikit soalan-soalan yang mungkin ditanya. Aku tak kena tanya pun sebab ayah aku yang tolong hantarkan borang. Al-maklumlah, aku duduk KL, tak sempat nak balik hantar borang (eceh alasan). And tunang aku pun tak kena waktu hantar borang dia dekat Selangor.

 

Tapi, just be prepare je la. Aku tahu soalan-soalan yang ditanya tu soalan-soalan asas je yang wajib kita tahu. Tapi, kadang-kadang bila kena soal dek orang lain, cuak jugak kot. Mau tergagap-gagap tersekat. Macam ustazah tanya korang time PAFA, korang tercuak dan salah baca. Wahahahha. Kantoi lah aku punye pengalaman tu. :p

 

Ok ok so korang klik je icon download kat bawah ni dan baca. Good luck 🙂

download

 

53. Sampul Surat Untuk Kad Kahwin

Kad kahwin dah siap seminggu tapi sampul surat masih tak dapat cari. Gelabah juga aku, nak nak lagi bila ayah aku dah start bertanya kad kahwin mane, kad kahwin mane. Hahahaha. So, dengan penuh dedikasi nya aku mencari lah kedai mana yang aku boleh beli borong sampul surat. Sebabnya, kat kedai-kedai biasa dan supermarket, semua jual paket kecik-kecik 10 keping ke 20 keping. Aku nak beli banyak terus.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Dan aku adalah jumpe beberapa kedai-kedai secara borong dalam internet.

1. Doorstep – http://www.doorstep.com.my/ 

2. Officeboy2u – http://www.officeboy2u.com.my/

3. Pacificonline2u – http://eshop.pacificonline2u.com/index.php

4. Premio – http://www.premio.com.my/

Tapi, yang paling aku berkenan dan sure-sure akan recommend dekat korang ialah Becon.

Becon – http://becon.my/

Aku beli sampul surat putih tak dak tingkap saiz 4.25 inchi x 6.25 inchi, muat-muat elok untuk kad kahwin kiteorang yang bersaiz A6. Aku beli 3 kotak. Sekotak ade 500 keping sampul surat. RM19.50 sekotak X 3 = RM58.50. Aku ada usha tempat lain, dieorang bagi quotation RM50 sekotak. Huiyo, manyak tipu ma. Bila aku cakap kedai lain boleh dapat RM35, terus dia turunkan harga. And of course aku jumpe tempat yang lagi murah dan beli dekat Becon.

sampul surat murah, sampul surat kad kahwin, sampul surat putih,

So, sape-sape yang nak beli sampul surat untuk kad diy korang, boleh tengok-tengok dekat link yang aku dah bagi kat atas tapi aku sangat recommend Becon. Becon banyak cawangan, don’t worry. Kat KL belambak and kt JB pun ada. Go check them out~

52. Kad Kahwin DIY Dah Siap.

Lepas kene bebel dengan ayah bila kad kahwin nak siap, akhirnya.. TADAAA!! Our wedding invitation card! Siap pun. Macam-macam nak setelkan kad ni. Tak confirm tempat kenduri lah, tak confirm masa kenduri lah, tak confirm design lah, tak confirm saiz kad lah. Last-last, aku dengan tunang ambil keputusan nak buat jugak saiz A5 (half A4).

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Muka depan kad kahwin kiteorang. N untuk initial nama aku dan Z untuk initial nama tunang. Bentuk love bajet-bajet poyo sikit. Hahahha.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Bahagian belakang kad dengan peta.

Aku ade cerita design kad dah siap dulu kan. Kat sini –> Design Kad Kahwin DIY Siap. So, lame perap design, hari Selasa lepas aku keluar time lunch hour dari Bangsar South laju pergi ke SS2 nak hantar design untuk printing dekat Printmore Sdn Bhd. Aku ade cerita jugak pasal Printmore Sdn Bhd ni dekat sini –> Printmore Sdn Bhd.

Owner die nama Angie. Peramah betul. Siap gelak-gelak lagi time ambil order printing tu. Oh, kalau korang nak tahu, Printmore Sdn Bhd ni bukan bangunan kedai. Dia bangunan rumah-rumah teres. Depan kedai Printmore ni ada Kedai Nasi Kandar Kayu. So, tu landmark dia. Or kalau nak pakai GPS, ni no koordinat dia. Aku set koordinat ni time pergi hantar print hari tu. 3.065999N, 101.370394E.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

So, semalam (Khamis) Angie call aku, cakap kad dah siap dan dah macam “Woah! Cepat gileeeeeee”. Tapi sebab dia call dah lepas lunch hour, tak sempat aku nak pergi ambil. So, hari ni (Jumaat) tunang pergi ambil sorang-sorang sebab aku ade meeting time lunch hour. Tak sempat nak ikut tunang ambil.

 kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Dan hasilnya, yes. Aku betul-betul puas hati. Kemas potongan dan lipatan dia. Alhamdullilah syukur nikmat. Dan definitely aku recommend gila-gila Printmore Sdn Bhd untuk any printing. Sebabnya:

 

  • Print cepat

Hantar print hari Selasa, hari Khamis dah siap

  • Murah

Serius murah. Aku dapat RM315 untuk 2000 keping kad. Bawah ni breakdown harga kad dan service lain

Print saiz A4 depan belakang = RM255 (Aku ambil 1000 keping A4, potong half dapat 2000 keping kad saiz A5)

Potong = RM20 (Potong untuk 1000 keping saiz A4)

Creasing line untuk 2000 = RM40 (Lipat untuk 2000 keping kad saiz A5)

  • Hasil memuaskan

Potong cantik, print ikut betu-betul design kita. Tak salah print.

  • Angie yang peramah

Hehehhe. Angie ni yang ambil order kiteorang hari tu. Serius peramah, siap gelak-gelak buat lawak gurau-gurau.

So yeah, sape-sape nak service printing, cuba usya Printmore Sdn Bhd. memang berbaloi-baloi. Lepas ni aku nak pergi print sticker untuk doorgift kenduri belah tunang pulak. Hari tu tak buat sekali dengan kad sebab kad nak cepat. Sticker boleh rilek-rilek lagi. 🙂