79. Teaser Doorgift

Ini design doorgift yang aku nak bagi pada tetamu yang datang kenduri aku nanti. Tapi seperti biasa, ayah aku tak berkenan. Kali ni bukan sebab moden sangat, tapi sebab murah sangat. Hahahhaa. Geli hati aku dengan ayah ni. Mula-mula aku berkeras gila nak bagi doorgfit ni saje sebab murah. Aku siap cakap kat ayah, aku ade bajet ciput ni je untuk doorgift. Last-last, ayah sponsor doorgift.

Aku still geram nak buat doorgfit ni jugak. So, decision yang aku dengan ayah ambil, bagi dua-dua doorgift ni letak dalam paper bag. Nak tahu doorgift ape? Hehehehe. Lek lu~ Tunggu majlis minggu depan ye. Aku bagi hint design yang aku sketch dalam buku kahwin aku ni sikit. Lain-lain tunggu nanti. 😀

doorgift, diy doorgift, diy, doorgift murah

49. Bunga Telur DIY

Short entry je kali ni. Nak cakap yang bunga telur untuk letak dekat pelamin Mak dah lama siapkan. Mak memang power. Tapi disebabkan kamera takda, Mak pakai webcam laptop dia je hantar gambar dekat aku. Hohoho.
telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diy

telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diy

telur, bunga telur, bunga telur diy, wedding diy, diyTema majlis belah aku nanti hitam putih. Sebab tu la bunga pun nak hitam putih. Bahan-bahan yang aku beli untuk bunga telur ni tak banyak pun.

1. Kain Net

Beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd dekat-dekat area Jalan TAR. Harga kain net RM2.40 semeter. Aku beli warna hitam 4 meter dan putih 4 meter untuk tempat letak telur.

2. Riben organza

Kedai sama jugak. Beli 2 warna hitam dan putih untuk buat bunga. RM38 untuk 2 riben panjang 20 kaki. Cukup untuk buat 100 bunga telur yang ada 4 kelopak hitam dan 4 kelopak putih.

3. Kayu lidi

Untuk buat batang bunga. Ni tak sure Mak beli ke Mak pakai yang dah ada dekat rumah. 1 paket boleh dapat banyak jugak la.

4. Selotip putih

Not exactly selotip lah tapi orang biasa pakai mende ni buat balut batang untuk bunga yang warna hijau tu. Tapi, kiteorang ambil pakai yang warna putih.

Em tu je kot barang yang dibeli untuk buat bunga telur ni. Yang lain macam bunga hitam dekat tengah-tengah bunga telur tu dengan manik-manik jurai tu, tu semua Mak pakai barang-barang recycle. Hahahahha. Yang bunga hitam Mak pakai kain tudung warna hitam yang lama-lamaaaaaaaaaaaaaa dulu. Dah tak pakai. So, Mak ape lagi. Selambe buat bunga pakai kain tu. Gulung-gulung, jahit-jahit. Yang manik-manik jurai tu pulak Mak ambil manik-manik yang dah putus dari tudung lama-lamaaaaaaaa dulu. Kekeke. Mak memang kreatif.

*Tiba-tiba terpanjang pulak entry ni. =___=