80. Sticker Doorgift – Kad Kahwin Rodong

Tunang aku punya doorgift nak pakai sticker. Aku beria mencari mana tempat nak tempah sticker murah. Nak buat sendiri, sticker bulat tak jumpe. So, kene jugak lah nak tempah. Plus tunang aku tak setuju nak buat sendiri sebab membazir ink printer. =___=

Cari punya cari, dapat lah dari facebook. Kad Kahwin Rodong. Harga standard je la. 15 sen sekeping. Aku rase ok lah tu kot. Ke ade tempat lain yang korang jumpa lagi murah? Kalau ade, tolong komen kat bawah. At least those yang tengah mencari lagi, boleh guna. πŸ™‚ Sharing is caring bebeh.

sticker, desgin sticker, tempah sticker, rodong, kad kahwin rodong

Β 

Design sticker bulat untuk doorgfit tunang aku.Β 

Kalau korang berminat nak tempah dekat Kad Kahwin Rodong, korang boleh usha dieorang dekat Facebook. Oh anyway, Kad Kahwin Rodong ni based dekat Kuantan.Β :)Β Tapi dieorang kadang-kadang turun Putrajaya on weekends. Boleh COD je area sane. Oh and, dieorang sangat senang nak bawak bincang dan buat keje lajuuuuuu. Aku sangat-sangat rekemen dieorang. Go go usha dieorang. πŸ˜‰

Facebook: Kad Kahwin Rodong

Β 

Advertisements

75. Baju Tema Family

Tema warna untuk family aku waktu majlis bersanding nanti ialah warna silver-ish grey. Time cari baju ni, macam ape je. Susah gile kot. Kakak aku punya idea lah nak silver-ish silver-ish grey ni. Lebam je nak cari. Sabar je la.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Tu dia baju-baju untuk family aku. 6 helai baju melayu dan baju kurung. Warna ikut tema silver-ish grey. Well, mostly grey. Susah nak cari baju warna silver yang tak berkilat. Berkilat karang mak tak suka pakai. Tapi last-last beli jugak dekat mak baju yang berkilat. Hahahaha. Kesian mak.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Baju melayu dua pasang. Satu untuk ayah satu lagi untuk abang. Yang ni beli kat Jalan TAR. Tak ingat dah nama kedai. Harga RM130 sepasang. Hari tu aku ada jumpa baju melayu yang boleh tahan jugak kualiti dia. Harga pun murah. RM79 sepasang. Sayang sungguh saiz ayah dan abang aku tak ada. Geram betul.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Ni pulak baju kurung biasa. Range harga antara RM79 sampai RM120. Tapi yang RM120 tu aku dapat less sampai RM80. Padahal aku tak start tawar menawar lagi. Baru nak tanya confirmkan harga berapa. Tiba-tiba akak tu kata bagi RM80. Hahahha. Untung lah boleh jimat sikit. Dan baju ni nanti, akan jadi baju raya kiteorang tahun depan. Hohohoho~ Penjimatan berganda. πŸ˜€

74. Dress Jubah Majlis Bertandang – Butik Umairah

Baju untuk majlis bersanding aku dah siap. Ambil sekali dengan baju melayu tunang dengan baju kurung moden untuk majlis bersanding. Untuk majlis bertandang tu, aku buat dress jubah. Sopan lah sikit. Hikhikhik.

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Dress ni aku buat simple je. Tak terfikir pulak nak buat princess cut. Waktu tengah cari baju untuk family aku hari tu, nampak pulak satu kedai ni buat dress princess cut. Cantik sangat cutting die. Aish, rugi-rugi. Rugi sangat bila jadi buta fesyen. Huuuu~ Tapi tunang aku suka kate, jangan fikir benda yang dah lepas. Redha je. =____= Alahai senang betul die meredha kan semua benda. Harap-harap nanti dia redha lah dapat aku ni. Nak masuk syurga πŸ™‚

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Harga untuk dress ni RM150 je termasuk lining. Ok lah kot tu. Nanti tinggal nak tambah lace je kat baju ni. InsyaAllah doakan cantik-cantik je. πŸ™‚

73. Baju Bersanding Perempuan – Butik Umairah

Baju kahwin aku dah lama dah siap jahit. Lambat update je. Hehehe. Aku tempah dekat Butik Umairah dalam Medan MARA. Murah je tempah dengan dia. Aku tempah baju kurung moden, dress jubah dan baju melayu jenis yang keras untuk tunang aku dekat Butik Umairah ni. Dia buat tak dek lah lama sangat. Dalam 3 minggu macam tu dah siap. Tapi, kene extend lama sikit sebab kene alter sikit lepas fitting.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Ni dia baju kurung moden aku. Belah luar kain satin charmeuse. Abaikan segala kedutan tu. Baju ni lepas aku keromot letak dalam beg. Hehehe. Lining belah dalam pakai chiffon biasa je.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Total tempah baju ni RM160 temasuk lining. Mahal sikit tak? Sebab dia tahu kite nak buat baju pengantin kot. Cas lah mahal sikit. Kalau cakap nak buat baju biasa, maybe boleh dapat murah sikit. Hehehe. Tapi bagi aku, ni dah kira mampu milik lah harga nya.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

 

so, sapa-sapa yang berkenan, boleh pergi dekat Butik Umairah. Lokasi Medan MARA sebelah Pertama Kompleks. First floor. Naik eskeletor (macam mana nak eja) pusing kiri sikit, straight je sampai hujung. Lepas tu pusing kiri lagi. Nanti jumpe la kedai die. Tersorok sikit dekat dalam-dalam. Hehehe. Good luck!

72. Lingerie Murah

Aku ada join group Bride-to-Be ni dekat Facebook. Sapa-sapa yang nak kawen, boleh lah join group ni untuk dapatkan info pasal wedding preparation. Tapi warning ya, hanya untuk Bride saja. yang lelaki jangan gatai-gatai pulak nak join. Lepuk karang. Kalau korang nak join, boleh request untuk join dekat sini:

Facebook: Bride to Be (Malaysia)Β 

Dalam group ni macam-macam kiteorang discuss. Memang sesuai sangat untuk b2b dapatkan info pasal wedding preparation. Dan salah satu nya isu pemakaian baju shekshi untuk suami lepas kawen nanti. Ramai yang masih segan-segan untuk beli baju-baju shekshi untuk ditayang depan suami nanti. Hohoho. Gila ape. Kalau aku pun segan. So, beli secara online adalah jalan yang terbaik. πŸ˜€

Aku ada usha few Facebook page dan website yang jual lingerie ni. Kat sini aku listkan sikit.

1. Sexy Escape

2. SecretNite

3. AsiaVenus

4. Sally Fashion

Dalam banyak-banyak ni, aku pernah beli dekat Sexy Escape je. Dan Alhamdullilah, dieorang buat kerja bagus dan boleh dipercayai. Aku order dua kali kot dengan dieorang. First time beli memang takut-takut sikit sebab tak percaya sangat. Naasib baik lah page ni betul-betul peniaga yang bagus. Bukan macam certain peniaga yang gempak je cakap ok ok waktu nak ambil order. Lepas ambil order, senyap terus menghilang. Sabar je la.

Oh oh Sexy Escape ni semua ready stock. Tapi cepat habis stock. Dieorang akan hantar order kite lepas 2 hari kita bayar. Besoknya kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dah sampai. Waktu aku beli tu, memang terus dapat next day nya.

So, Sexy Escape. Sangat-sangat recommended! πŸ™‚ Good luck.

71. Kain Chiffon Murah Untuk Bunga 3D – Nagoya Textile

Baju kahwin korang macam mana eh? Lacey, fully beaded ke jarang-jarang? Aku punya baju kahwin untuk bersanding aku tempah dekat Butik Umairah. Aku buat baju kurung modern plain je. Lepas tu beading dan lace aku tambah sendiri je. Dan dan dan aku planning nak letak bunga 3D atas baju. Nampak sweet sikit.

Β 3D, bunga DIY, diy, bunga chiffon, bunga manik, bunga chiffon hitam

So, aku beli kain chiffon hitam (sebab tema kahwin aku hitam putih) untuk buat bunga chiffon tu. Murah je kain ni. Aku beli dekat Nagoya Textile. Harga kain ni RM2.50 semeter. Aku beli semeter je. Tak pakai banyak pun untuk buat bunga 3D ni.

3D, bunga DIY, diy, bunga chiffon, bunga manik, bunga chiffon hitam

Banyak tutorial aku cari untuk buat DIY 3D bunga ni. Dalam banyak-banyak tutorial aku paling suka tutorial dari Bunga & Langit. Kemas je die buat. Dan die memang buat untuk jual pun. Bagus dia ni, tak kedekut ilmu even dia sendiri buat dan jual.

3D, bunga DIY, diy, bunga chiffon, bunga manik, bunga chiffon hitam

Ni contoh bunga 3D yang Bunga & Langit buat. Dia ada jual jugak. Kalau korang rasa malas nak diy sendiri dan tak ada masa, korang boleh usha Facebook dia – Kawaii Shop. Ataupun kalau nak tengok tutorial die buat bunga chiffon 3D ni, boleh tengok dekat sini -> Tutorial: Chiffon Pearl Flower.

70. Net Murah Untuk Doorgift – Syarikat Bunga Reben

Sebelum ni aku ade cerita pasal net untuk veil. Net untuk veil tu lembut sikit kan. Kali ni pulak nak share net keras sikit. Net ni aku beli untuk buat doorgift. Net hitam ni, korang boleh pergi kat Jalan TAR kalau korang nak cari. Kalau korang nak beli sikit-sikit – 2 3 meter, aku suggest korang pergi beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd. Kat situ semeter net keras ni RM2.40.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

Tapi kalau korang nak beli net dalam kuantiti yang banyak, aku suggest korang pergi dekat Syarikat Bunga Reben. Bila aku mentioned kuantiti yang banyak, means betul-betul banyak. Satu gulung terus. Harga net keras kat sini RM2.50 semeter. Tapi kalau korang beli satu gulung, harga total satu gulung jadi RM80. Nett price. Wohooo! Untung gila kot. Satu gulung ni ada 50 yards. Lebih kurang 45 meter.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

So, yeah. Sapa-sapa yang nak beli net secara bundle. Aku sangat-sangat rekemen beli dekat syarikat Bunga Reben. Net murah murah murah punya!

69. Crepe Paper Murah – Syarikat Bunga Reben

Sekarang ni ramai gila yang suka pakai crepe paper buat deko kan? Senang dapat pulak tu. Belambak dekat online dan kedai. Tapi kadang-kadang tu harga macam melampau sikit tak? So, kat sini aku nak rekemen kedai mana nak dapatkan crepe paper dengan harga ketar lutut tak percaya. Hahahaha.

crepe paper, crepe paper murah, syarikat bunga reben, kertas tissue, crepe paper putih

Asal-asal sekali, mak aku order crepe paper brand ni online. Tapi aku dah tak ingat nama die sebab susah gila pelik-pelik nama. So, korang kalau korang nak bukak bisnes nanti, jangan lah letak name-name yang susah nak ingat. Rugi tahu. Dekat online tu mak beli RM50 untuk 100 keping crepe paper dan beberapa crepe paper yang keras sikit.

crepe paper

Waktu tengah buat bunga guna crepe paper ni, tiba-tiba crepe paper dah habis. So, aku kena lah mencari pulak kat mana nak beli crepe paper lagi. Mak nak order tempat yang sama online tapi aku rasa mahal sangat tu. 150 keping RM93.80. So, waktu jalan-jalan dekat Jalan TAR, aku tanya dekat Syarikat Bunga Reben dieorang ada ke tak crepe paper brand yang aku nak tu. Waktu aku round-round dalam kedai dia, tak nampak pulak. Rupa-rupanya ada. Alhamdullilah. Beli banyak-banyak dapat murah. 1 bundle 50 keping dapat RM17.50. Kira sekeping dalam 35 sen. Untung ke tak tu? Untung kan. Kalau tempat lain, paling murah pun 40 sen je dapat. Ade jugak yang jual sampai RM1.00. Mak aih.

harga crepe paper

So, yeah. Pergi lah Syarikat Bunga Reben kalau korang nak cari barang-barang deko or barang-barang art. Setakat ni, tempat ni lah paling murah barang-barang dia aku tengok. So, good luck! πŸ™‚

68. Biskut Chippy Chip – Fantasy Jungle Food

Doorgift untuk VIP. VIP lagi. Bosan betul. Bila nak cerita pasal doorgift biasa pulak kan. :p Untuk doorgift VIP, aku planning nak bagi bekas kaca bulat and letak biskut chippy chip ni. Botol kaca bulat tu aku dah order tapi entah bila lah boleh nak dapat. Ade problem sikit dengan vendor tu buat aku hangin je.

biskut chippy chip

Satu tin harga RM46. RM36 (biskut) + RM10 (tin). Kalau pulang balik tin, dieorang akan bayar semula RM10 untuk tin tu. Kira RM10 tu untuk deposit tin lah. Tapi tak semue biskut dieorang kene ada deposit tin. Ada biskut lain yang tak payah deposit pun. Kira tak payah pulang tin semula.

biskut doorgigt vip

So, biskut chippy chips ni aku beli dari Fantasy Jungle Food dekat Wangsa Maju. Satu tin berat 4kg. insyaAllah cukup untuk 100 botol kaca. Kalau tak cukup, planning nya nak beli chipsmore mini. Tambah kan je. Hehehehe.

Tunang pun beli biskut manis dulu-dulu time kecik selalu makan dekat Fantasy Jungle Food ni. Yang ada krim warna warni dekat atas tu. Contoh macam kat bawah.

biskut bunga, biskut manis, doorgift

 

Fantasy Jungle Food ni aku dah try google. Tak dek website and tak dek Facebook. Kalau korang nak pergi usha dieorang, korang boleh cari dekat Wangsa Maju. Sebelah NSK Wangsa Maju. NSK tu banyak cawangan tawu. So, google NSK Wangsa Maju. Good luck! πŸ˜‰

67. Veil Untuk Majlis Bersanding – Syarikat Bunga Reben

Hari semalam dah cerita aku beli net off white untuk nikah dengan majlis bertandang kan. Ha, untuk majlis bersanding pulak aku beli net lembut warna hitam sebab tema hitam putih la konon-konon nya.

veil, net. net untuk veil, veil hitam, hitam, sanding, net untuk veil sandin, hitam, net hitam, syarikat bunga reben

Net hitam ni aku beli tempat yang sama aku beli net off white semalam. Harga net hitam ni murah sikit sebab lebih keras dari net off white semalam. Net yang semalam tu dah tak ada warna hitam. Stock dah habis. Net hitam ni harga dia RM5.50 semeter. Aku beli satu meter jugak. Bila ukur pun sampai bawah punggung.
veil, net. net untuk veil, veil hitam, hitam, sanding, net untuk veil sandin, hitam, net hitam, syarikat bunga reben

So kalau korang nak beli net murah, boleh cari dekat Syarikat Bunga Reben. Memang berbaloi. πŸ™‚ Recommended.