70. Net Murah Untuk Doorgift – Syarikat Bunga Reben

Sebelum ni aku ade cerita pasal net untuk veil. Net untuk veil tu lembut sikit kan. Kali ni pulak nak share net keras sikit. Net ni aku beli untuk buat doorgift. Net hitam ni, korang boleh pergi kat Jalan TAR kalau korang nak cari. Kalau korang nak beli sikit-sikit – 2 3 meter, aku suggest korang pergi beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd. Kat situ semeter net keras ni RM2.40.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

Tapi kalau korang nak beli net dalam kuantiti yang banyak, aku suggest korang pergi dekat Syarikat Bunga Reben. Bila aku mentioned kuantiti yang banyak, means betul-betul banyak. Satu gulung terus. Harga net keras kat sini RM2.50 semeter. Tapi kalau korang beli satu gulung, harga total satu gulung jadi RM80. Nett price. Wohooo! Untung gila kot. Satu gulung ni ada 50 yards. Lebih kurang 45 meter.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

So, yeah. Sapa-sapa yang nak beli net secara bundle. Aku sangat-sangat rekemen beli dekat syarikat Bunga Reben. Net murah murah murah punya!

Advertisements

69. Crepe Paper Murah – Syarikat Bunga Reben

Sekarang ni ramai gila yang suka pakai crepe paper buat deko kan? Senang dapat pulak tu. Belambak dekat online dan kedai. Tapi kadang-kadang tu harga macam melampau sikit tak? So, kat sini aku nak rekemen kedai mana nak dapatkan crepe paper dengan harga ketar lutut tak percaya. Hahahaha.

crepe paper, crepe paper murah, syarikat bunga reben, kertas tissue, crepe paper putih

Asal-asal sekali, mak aku order crepe paper brand ni online. Tapi aku dah tak ingat nama die sebab susah gila pelik-pelik nama. So, korang kalau korang nak bukak bisnes nanti, jangan lah letak name-name yang susah nak ingat. Rugi tahu. Dekat online tu mak beli RM50 untuk 100 keping crepe paper dan beberapa crepe paper yang keras sikit.

crepe paper

Waktu tengah buat bunga guna crepe paper ni, tiba-tiba crepe paper dah habis. So, aku kena lah mencari pulak kat mana nak beli crepe paper lagi. Mak nak order tempat yang sama online tapi aku rasa mahal sangat tu. 150 keping RM93.80. So, waktu jalan-jalan dekat Jalan TAR, aku tanya dekat Syarikat Bunga Reben dieorang ada ke tak crepe paper brand yang aku nak tu. Waktu aku round-round dalam kedai dia, tak nampak pulak. Rupa-rupanya ada. Alhamdullilah. Beli banyak-banyak dapat murah. 1 bundle 50 keping dapat RM17.50. Kira sekeping dalam 35 sen. Untung ke tak tu? Untung kan. Kalau tempat lain, paling murah pun 40 sen je dapat. Ade jugak yang jual sampai RM1.00. Mak aih.

harga crepe paper

So, yeah. Pergi lah Syarikat Bunga Reben kalau korang nak cari barang-barang deko or barang-barang art. Setakat ni, tempat ni lah paling murah barang-barang dia aku tengok. So, good luck! 🙂

68. Biskut Chippy Chip – Fantasy Jungle Food

Doorgift untuk VIP. VIP lagi. Bosan betul. Bila nak cerita pasal doorgift biasa pulak kan. :p Untuk doorgift VIP, aku planning nak bagi bekas kaca bulat and letak biskut chippy chip ni. Botol kaca bulat tu aku dah order tapi entah bila lah boleh nak dapat. Ade problem sikit dengan vendor tu buat aku hangin je.

biskut chippy chip

Satu tin harga RM46. RM36 (biskut) + RM10 (tin). Kalau pulang balik tin, dieorang akan bayar semula RM10 untuk tin tu. Kira RM10 tu untuk deposit tin lah. Tapi tak semue biskut dieorang kene ada deposit tin. Ada biskut lain yang tak payah deposit pun. Kira tak payah pulang tin semula.

biskut doorgigt vip

So, biskut chippy chips ni aku beli dari Fantasy Jungle Food dekat Wangsa Maju. Satu tin berat 4kg. insyaAllah cukup untuk 100 botol kaca. Kalau tak cukup, planning nya nak beli chipsmore mini. Tambah kan je. Hehehehe.

Tunang pun beli biskut manis dulu-dulu time kecik selalu makan dekat Fantasy Jungle Food ni. Yang ada krim warna warni dekat atas tu. Contoh macam kat bawah.

biskut bunga, biskut manis, doorgift

 

Fantasy Jungle Food ni aku dah try google. Tak dek website and tak dek Facebook. Kalau korang nak pergi usha dieorang, korang boleh cari dekat Wangsa Maju. Sebelah NSK Wangsa Maju. NSK tu banyak cawangan tawu. So, google NSK Wangsa Maju. Good luck! 😉

64. Doorgift Bag – Sayang U Sdn Bhd

Doorgift untuk VIP! Aku budget untuk VIP, doorgift bag 80 sen sekeping. Tapi, Alhamdullilah, aku dapat cari yang aku berkenan dan harga pun okay. Cantik pun cantik. Untuk VIP punya doorgift, aku budget 100 orang. 60 orang untuk rombongan lelaki dan the rest untuk saudara-saudara dan kawan-kawan.

doorgift bag, sayang u sdn bhd, doorgift, bag doorgift

Ni dia rupa doorgift yang aku pilih untuk VIP. Ceyh, VIP sangat. =____= Aku beli warna lain-lain. Biru, merah, pink, hijau ape dah lagi warna tak ingat dah. Ada design lain yang aku berkenan tapi saiz dia kecik sangat. Tak muat nak letak 3 barang untuk VIP.

doorgift bag, sayang u sdn bhd, doorgift, bag doorgift

Harga pun murah. RM3.60 sepaket. 1 paket ada 10 keping doorgift bag. So total semua RM36. Still under my budget.

doorgift bag, sayang u sdn bhd, doorgift, bag doorgift

Kat mana aku beli? Aku beli ni dekat Sayang You Sdn Bhd. Memang special place untuk barang-barang kahwin je semua. Sayang You ni dekat Semua House. Korang naik lift, tekan level U5, nampak je gerbang, ha itu lah dia. Senang je nak cari.

 

Kalau nak tengok Facebook dieorang pun ada. Website pun ada tapi tak berfungsi pun. Hehehe. Have fun there!!

Facebook : Sayang You

Website : Sayang You

48. Official DoorGift Vendor – Lyssa Eshoppe

Amboi, semua nak official. Sampai supplier doorgift pun nak buat official jugak. Melampau ni melampau. Anyway, doorgift aku baru setel 10% which is aku baru order cakar sarang burung daripada Lyssa Eshoppe. Aku ade cerita pasal Lyssa Eshoppe ni dekat sini dulu -> Lyssa Eshoppe.

doorgift, telur doorgift, doorgift kahwin

Doorgift yang aku tempah dari Lyssa Eshoppe ni tak lain tak bukan cakar sarang burung – doorgift yang aku duk gembar gemburkan waktu review pasal Lyssa Eshoppe ni. Aku order tak banyak pun, ambil 100 biji sarang burung sahaja untuk doorgift pihak lelaki. Nak kahwin dengan anak dieorang kan, kene la bodek sikit doorgift gempak-gempak sikit. Nanti mak mentua puji la “Pandai menantu aku pilih doorgift” Hikhikhik. Berangan.

Oh, sarang burung ni insyaAllah dalam planning nya salah satu doorgift yang aku akan letak dalam doorgift pihak lelaki tu. Ada lah lain-lain barang jugak yang aku akan letak sekali. Nak tahu? Hehehe. Tunggu hari kahwin aku nanti. :p Ok sape-sape nak usha cakar sarang burung dari Lyssa Eshoppe ni boleh usha dekat sini:

Facebook: Lyssa Eshoppe

Website: Lyssa Eshoppe