61. Shawl Untuk Majlis Bertandang

Aku duk usha kawan-kawan B2B punya blog, ramai yang kelam kabut pasal tudung nak pakai ape. Nak pakai bawal biasa ke nak pakai shawl ke. And tudung jugak lah yang menjadi item last sekali most B2B setelkan. Hahahha. Ini bahaye! So, langkah drastik tak berapa drastik sangat la bagi aku, aku pun decide untuk pakai shawl halfmoon labuh untuk majlis bertandang nanti. Warna nya off course lah biru.

shawl labuh

Memang labuh shawl ni. Saiz  2mx0.7m. Tutup semua dada dan belakang. Kalau lilit 2 kali memang tak nampak jarang dah. And senang sangat nak bentuk. Lilit lilit lilit kejap, eh dah siap pun. Tak payah pakai inner muncung pun tak pe. Dah terletak cantik.

Kalau sape-sape yang berkenan jugak nak shawl macam ni, boleh tengok kat Faceboook Misi Kahwin. Ni shawl dari Sha Zaha Shawl. Jangan risau, harga sama je macam dieorang. Sekarang ni ade promosi Bulan September. Ade 4 jenis shawl yang cantik-cantik dan labuh boleh pilih. Cepat-cepat tahu kalau nak beli. Sekarang tengah promosi. Promosi last 30 September ni.

Facebook Misi Kahwin

shawl labuh, shawl for sale, shawl halfmoon, shawl,

Promosi September

CODE SNA: BUY 1 SHAWL FREE POSTAGE

CDE SNB: BUY 3 SHAWL FREE 1 SHAWL ( EXCLUDE POSTAGE)

CODE SNC: BUY 2 SHAWL AT RM50 ONLY ( EXCLUDE POSTAGE)

CODE SND: BUY 2 SHAWL AT RM50 ONLY ( EXCLUDE POSTAGE)

Untuk pilihan warna dan availability boleh tengok dalam album MISI KAHWIN -> Album Shawl

Advertisements

58. Design-design Lain Untuk Baju Kahwin

Sebelum aku finalize design untuk baju bersanding dan baju bertandang tu, haruslah banyak gila design yang aku cuba reka. Dan mostly design poyo gila bajet-bajet rasa macam ayu gila la kalau pakai. Bila tengok semula, memang rasa nak tendang-tendang punggung sendiri sebab buat design macam tu.

Tanpa buang masa lagi, jom lah tengok half of design-design yang aku conteng sebelum ni.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ni sketch poyo-poyo je. Semua nak bajet dress macam princess. Pui. Geli. Eh? Ngate diri sendiri tak boleh blah. >.<

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Hamik kau. Detail mak aih tak leh blah. Siap dengan manik ape nak pakai, lace ape warna ape, veil siap. >.< tapi design ni nampak poyo reben pew pew melebeh dekat tepi. So, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ni pulak aku tengok design ni dekat internet. Orang putih punye gaun pendek. Cantik. Dia pakai labuci. Ya Rabbi memang cantik. Bila aku try convertkan dalam sketch aku, MAJOR FAIL. Hahahha. And susah kalau nak jahit labuci banyak-banyak macam ni. So, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ini macam lebih kurang dengan design baju bertandang sekarang ni. Cuma line lace tu tak berkenan sangat. so, improvise and jadi lah design baju bertandang sekarang. This one, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Yang ni bila aku tengok semula, memang rase nak lempang bertubi-tubi diri sendiri. Sungguh geli. Bukan style aku sangat-sangat ni. Tapi tak tahu nape gedik nak design macam ni dulu. So, reject.

Dah puas gelak-gelak? Ok, dah habis. Setel. Bye.

57. Design Baju Untuk Majlis Bertandang

Baju nikah dah setel. Baju majlis bersanding dah setel design. So, kali ni aku nak cerita pasal design untuk majlis bertandang yang akan diadakan di Rembau. Sejak budak-budak aku tahu majlis belah lelaki buat dekat Rembau, everyone is like “Yo, Rembau most wanted yaw!”. Ok ok ok, aku faham. Aku faham. =___=

So yep, bagi korang yang baca post aku sebelum ni, aku ada cakap yang aku ni jenis tak berkenan sangat nak pakai baju kurung, kebaya etc. Tapi demi hari bahagia ku, nak lah melawa sikit kan. Orang kata, perempuan ni nampak lagi ayu kalau pakai baju-baju yang bersopan santun ni. Ihik. So, I present to you, my design for majlis bertandang nanti.

baju untuk bertandang, majlis bertandang

Ini kira apa ya? Jubah ke dress? Entah lah aku pun tak tahu. Yang aku tahu nak design macam ni je. Tema belah bertandang ialah off white dengan biru muda. Oh, and aku dah hantar tempah dress ni dekat tempat yang sama aku hantar baju kurung moden untuk majlis bersanding tu -> Butik Umairah. Macam baju kurung moden tu jugak, aku tempah plain dress warna off white je. Lace dan manik nanti aku akan jahit sendiri. Hee.

Nanti baju dah siap jahit dekat Butik Umairah, aku upload gambar kat sini dan buat review sama ada berbaloi ke tak buat dekat Butik Umairah tu. Stay tuned.

56. Design Baju Untuk Bersanding

Walaupun aku tak buat bersanding bertepung tawar, tapi aku nak prepare jugak baju bersanding untuk majlis kenduri sehari selepas akad nikah tu. Disebabkan aku ni bukan lah perempuan yang gila fesyen dan tak berapa suka pakai baju kurung, baju kebaya dan baju seumpamanya, aku buat lah design baju yang sesimple mungkin.

baju kurung bersanding, baju sanding

 

Kehkehkeh~ simple gile tak baju aku? Baju kurung moden + lace sikit + manik sikit + bunga chiffon sikit. Malas nak buat gempak-gempak takut nanti lepas kahwin, tak dapat pakai baju ni lagi. Buat simple-simple, next time tak dek lah segan sangat nak pakai. Kalau tak pakai nanti, rugi je. Baju ni tema warnanya off white dan hitam.

 

Aku dah hantar tempah dekat Butik Umairah di Medan Mara. Buat baju kurung moden plain saje. nanti beading jahit sendiri je. Grr~ Seram jugak nak jahit baju sendiri. Hopefully ok lah. So, stay tuned for the outcomes. 🙂