28. Checklist Persediaan Perkahwinan

Hari ini aku malas nak tulis entry sebenarnya. Tapi, rasa macam tak lengkap pulak kalau tak berblog sehari, macam makan nasi tak dek lauk atau macam tak solat 5 kali sehari kalau tak period rasanya. Hahahaha. So, ini short entry daripada aku. Kat bawah ni ada Checklist Persediaan Perkahwinan daripada SyokKahwin.com dan ImpianPengantin.com. Korang boleh lah download untuk rujukan masing-masing. Klik saje gambar file dekat bawah untuk download. Ok dah, chow.

download, muatturun, muat turun

Psst, tolong klik sini sikit untuk tolong aku kumpul duit kahwin. Trimas! 😀

27. Tips Elak Dagu Berlapis

Dagu aku berlemak. Bila pakai tudung, nampak double chin nya. Wah wah wah, risau nya nak ambil gambar wedding (padahal tak dek photographer lagi). So, aku terjumpa video ni – How To Prevent Having A Double Chin in Your Wedding Photo.

Sape-sape yang ade lemak bawah dagu sampai nampak double chin, boleh cuba teknik ni hari perkahwinan korang. Tapi, kalau lenguh tengkok terkehil semua, jangan salahkan aku tahu? Hahahahaha. Ok ok, kat bawah ni antara tips-tips betul buang dagu berlapis dari Kevin Zahri. Aku ambil mana yang releven untuk diamalkan kalau hari perkahwinan dah dekat ya.

 

1.  Kunyah gula-gula getah

Kunyah gula-gula getah sugarfree berjam-jam sampai muka kebas (tak tipu, ini ayat Kevin Zahri). Tapi, tapi, tapi kaedah ini bukan membakar lemak tetapi membakar kalori. Kunyah gula-gula getah ni mengajar otot kita menjadi kuat untuk membakar kalori secara teratur.

2. Senaman muka

a. Duduk depan cermin dan sebut A-E-I-O-U secara perlahan-lahan dan cekangkan otot muka.

b. Cebik/masamkan muka beberapa saat lepas tu senyum lebar. Buat selang seli. *Hmm, orang lain tengok sekejap masam sekejap senyum, mesti takut*

Ulang kedua-dua aktiviti kat atas dalam 3 ke 5 kali tiap-tiap pagi.

3. Senyum dan ketawa selalu

Korang gelak-gelak, 15 otot di bahagian muka sedang bekerja. Hello hello! Tak payah susah-susah pergi gym nak bakar lemak. Sila gelak sekarang.

4. Tepuk bawah dagu

Start dari point ni, tips yang aku ambil dari Internet. Tepuk-tepuk bawah dagu guna belakang tapak tangan. Buat la banyak-banyak kali setiap pagi sampai sakit. Hihihi. Not sure menjadi ke tak, but why not? Cuba aje.

5. Duduk tegak

Aku ada baca, dagu berlapis boleh terjadi sebab postur badan kita yang tak betul. Lepas ni, kalau korang duduk ke berjalan ke, pasti kan badan korang tegak melangut macam tentera.

6. Urut bawah dagu

Lebih kurang macam point nombor 4 tapi kali ni kita urut dari bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke bawah sebab akan mempercepatkan kedutan di wajahmu. Ewah. Di samping mengetatkan otot-otot muka, teknik ni jugak boleh merangsang peredaran darah.

7. Angkat lidah hingga ke lelangit

Point ni memang menjadi. Aku kalau nak ambil gambar dan aku teringat pasal double chin aku ni, aku akan angkat lidah aku guna otot (korang boleh rasa tegang kalau guna otot) sampai ke lelangit. Waktu korang angkat lidah tu, lemak bawah dagu korang tak kan nampak sangat. Tapi pasti kan angkat lidah guna otot bukan angkat biasa.


Tak sempat dah nak praktis teknik-teknik ni? Tak pe, cube je teknik yang last tu waktu ambil gambar. InsyaAllah tak nampak sangat double chin korang.

15. Pengapit DOs & DON’Ts

Hey girls,

Last entry aku dah cakap pasal tugas-tugas seorang pengapit. Dan seperti yang aku janji kan, entry kali ni pasal the DOs and the DON’Ts bagi seorang pangapit. Kite start dengan the DON’Ts dulu okay?

pengapit do's and dont's

DON’T

1. Baju

Baju pengapit jangan duk mengelip lap lagi over dari pengantin. Sebaik-baiknye bincang dengan pengantin baju warna ape yang sesuai. Jangan pulak pengantin pakai baju putih, kau pun nak pakai baju putih. Kang orang kompius mane satu pengantin nye. Lebih-lebih lagi waktu akad nikah tu. Untuk selamat jangan lah pakai baju putih sebab sure-sure pengantin akan pakai baju putih untuk akad nikah.

2. Posing

Mak aih, pantang nampak kamera sikit, teruz zap posing macam Bobo Bubu ‘Sayang’ tu. Hah, bab posing pun korang kene jage, jangan over. Ini majlis orang, bukan majlis kite. Respect lah sikit hari bahagia pengantin. Dieorang penat-penat booking photographer mahal-mahal, tengok-tengok dalam gambar bukan pengantin lelaki dengan pengantin perempuan yang banyak posing. Gambar pengapit yang posing over. Alahai.

3. Make up

Make up korang pun jangan over macam nak pergi dinner grand-grand. Jangan, tolong jangan. Bukan sebab nanti orang tanye mane satu pengantin ke mane satu pengapit tapi sebab takut kene kutuk dek orang je kate make up mengalahkan mak ngah. Haru je. so, pengapit-pengapit sekalian, pada hari yang berkenaan, pakai light make up saje ye. Tak payah lah bibir merah saga, pipi merah, mate hitam lebam. Hikhikhik.

4. Perangai

Jage perangai, jage tingkah laku, jage pertuturan. Jangan semangat sangat bercakap kuat-kuat, gelak sampai nak gegar satu dunia. Oh no! Dan jangan asyik duduk tengok telefon dan touch make up sendiri. Yang perlu di touch up ialah sang pengantin. Kalau korang duk fikir pasal korang je, bile tang nye korang nak tengok pengantin elok ke tak rupenye? Isk isk isk. Yang penting jangan buat perangai macam-macam. Nanti pengantin yang kat sebelah pulak malu dengan perangai korang.

tugas pengapit

Nape aku pakai lagi gambar ni? =___=

Ok, now ape yang pengapit perlu buat pada hari kejadian.

DO’s

1. Bersiap awal

Korang akan menjadi antara orang penting dalam memastikan kelancaran majlis tu nanti. So, korang kene la bangun awal dan bersiap awal. Biasenye orang tunggu pengantin untuk mula kan akad nikah atau majlis. Ha, jangan sampai orang kene tunggu korang pulak untuk mula kan majlis. Haru haru.

2. Ambil sarapan

Hari kejadian korang akan jadi tersangat-sangat busy buat itu buat ini, temankan pengantin. Takut-takut korang terpakse lambat makan, pastikan korang ambil sarapan pagi sesempurna yang mungkin. Pastikan sarapan yang korang ambil tu mampu buat korang bertahan dari pukul 8 pagi sampai 2 – 3 petang supaya korang tak pepasal pengsan ke muntah ke pitam ke. Tak pasal-pasal pengantin pulk yang kene jage korang. Bahahhahaa.

3. Senyum

Even panas ketiak berlecak ke hujan ke banyak keje kene buat ke, pasti kan korang sentiasa tersenyum. Dan jangan lupe ingatkan pengantin untuk senyum sekali. Pengantin control ayu dah tak ingat dah semue tu. Bile korang rase terbeban jadi pengapit ni, just ingat je la, nanti turn korang kawen, ade orang yang akan berusaha menjadi pengapit terbaik korang nanti. 🙂

4. Tolong apa yang perlu

Jadi pengapit bukan satu token untuk tayang muke ye. Keje korang jauh lagi penting dari itu. Bile nampak pengantin macam terkial-kial blur, tanye kenape, nak ape. Bukan buat dek tak tahu je. Gelabah lah pulak si pengantin tu. Jadi proaktif sikit. Kadang-kadang pengantin  duk control ayu tambah nerves tambah blur, dieorang dah tak tahu nak baut ape. So, korang la pengapit, penyelamat keadaan! Wah gitu.

So, good luck to all pengapit. Semoga korang berjaya menjalan kan tugas dengan ikhlas dan sempurna. 😀

6. Tips Kumpul Duit untuk Kahwin

Untuk kawen ni zaman sekarang ni, aku rasa kalau tak cukup 10k, macam tak sah pulak. Banyak duit nak digunakan time kawen. Untuk baju lah, hantaran lah, pelamin lah, kenduri lah, macam-macam lagi lah. Yang senak perut tanggung semue nye sape lagi, bakal-bakal pengantin jugak. So, hari ni aku nak share sikit macam mana aku saving duit untuk kawen aku yang tak berape nak lame dah lagi ni.

1. Bawak bekal pergi ofis

Sumpah. Aku bawak bekal pergi ofis almost tiap-tiap hari. Kecuali la time aku dah tak larat gile-gile time balik keje waktu malam. Serius sangat jimat kalau bawak bekal sendiri dari makan luar, nak nak lagi area KL yang mahal belaka makanannye. Bayangkan kalau makan kat luar, sekali makanan dan air mau cecah minimum RM5.00 dan maksimum RM20. Korang darabkan dengan around 23 berkerja; RM20x23=RM460.

bento, bekal makanan, lunch, jimat, duit kahwin

Cuba kalau korang beli barang mentah dan masak sendiri. Meh aku listkan roughly.

Ayam untuk seminggu seekor = RM15 (maksimum) x 5 minggu = RM75

Santan sekotak = RM5.00 (maksimum) x 2 minggu (tak kan tiap-tiap minggu nak kuah lemak je kan. hahah) = RM10

Garam, gula, perencah, kunyit, bawang merah, bawang putih, lada kering = RM50 cukup untuk 3 bulan

Total semua untuk sebulan = RM135

Nampak takkkk? Nampak takkkkkkkkkkk? Nampak tak penjimatan nyeeee. Ha, semangat sungguh aku. 😀

2. Masak sendiri dekat rumah

Tadi aku cerita pasal masak dan bawak bekal ke ofis. Ni aku nak cerita pasal masak sendiri dekat rumah untuk lunch ke untuk dinner ke untuk breakfast ke. Tapi, aku rase sebab kite busy keje, mampu masak untuk dinner je la kot.

jimat, duit kahwin, masak sendiri

Aku habis keje sepatutnye pukul 4 petang. Tapi selalu je aku kene balik lambat. Aku seboleh-bolehnye nak balik awal dan tak nak stay back sebab tak dapat OT pun tapi biasa lah keje dengan company IT. Pffft~ Bila balik rumah, aku cepat-cepat keluarkan ayam atau ikan dari peti ais, prepare barang-barang nak masak then masak. Aku masak lauk-lauk simple je macam ayam masak merah, ayam kicap, ayam black pepper, ayam masak lemak cili api, sup ayam, ayam bakar, bubur. Nampak tak semue ayam? Hahahha. Sebab ayam lagi murah dari ikan kot. Anyway, time masak tu aku akan make sure masak lebih sikit untuk kakak aku dan bekal aku untuk lunch besok hari. Tak kuase aku nak bangun pagi masak lunch.

3. Pengangkutan ke ofis

Pasal ni aku tak boleh komen banyak sangat sebab ofis aku 6, 7 minit je dari rumah. So, aku naek scooter je pergi ofis. Minyak aku pakai around RM5 sebulan. Kat sini, aku suggest kan few other cara untuk penjimatan maksimum.

jimat, duit kahwin, car pool

  • Car pooling/share kereta dengan ofismate – Ramai yang tak suke cara ni tapi untuk sementara kumpul duit untuk kawen, OK lah kan. Bile share dengan ofis mate, at least jimat duit minyak. And kalau naik kereta orang, jimat duit servis kereta. Hikhikhik.
  • Jalan kaki – Boleh exercise body sekali. Hikhikhik.
  • Naik basikal – Jarang nampak tapi why not?
  • Naik motor – Bagi aku bahaye sikit kalau perempuan naik motor, tapi selagi pandai jage diri, tak dek hal lah.
  • Naik bas/LRT/Komuter – Better jangan naik teksi. Mahalllll. I know naik public transport kadang-kadang menyampahkan tapi bertahan lah sikit. Lepas kawen, kau suruh lah laki kau yang hantar. Hahaha.

4. Jangan selalu keluar weekends

Macam bosan je kan tak keluar weekend sebab weekdays dah penat keje, weekends lah nak lepak semue jumpe lepas rindu. Tapi, time keluar lepak ni lah duit banyak habis dekat macam-macam. Makan – breakfast, lunch, tea time, dinner. Berapa dah habis kat makanan je. Duit minyak – tambah jem lagi. Tengok wayang pulakkkk. Huiii~ Tengok barang cantik pulakkkk. Habis duit.

shopping, jimat, duit kahwin

Setakat yang aku tulis post ni, aku dah 3 minggu tak keluar dengan tunang. Last aku keluar dengan tunang pun dengan mak tunang sekali sebab nak booking tempah baju. Selalu nya aku dengan tunang keluar untuk setel barang-barang untuk kawen. Padahal banyak je lagi tak setel. :p

5. Fikir sebelum beli barang

Ni sangat penting. Kadang-kadang kite tengok iklan sikit terus “wuyohh aku nak beli la mende tu”. Terus cari dan beli. Lepas tu tak pakai sebab tak sesuai la, tak dek function lah. Contohnye kite tengok baju cantik tak dek lengan, padahal kite bertudung. Nak pakai baju tu pulak kene pakai inner la, cardigan lah. Kite jenis malas. So, terperap lah baju tu dalam almari tak pakai-pakai. Rugi kan?

Aku ni, Alhamdullilah jenis tak rajin sangat nak membeli pape. Aku suke tengok-tengok barang jual online tapi nak membeli tu, aku ade target berape ringgit je aku nak spend on something. Kalau aku rase tak berbaloi, memang sampai sudah aku tak beli. Kedekut aku ni. :p

6. Take note perbelanjaan tiap-tiap bulan korang.

Aku ada list aku buat dalam excel sheet berapa gaji aku dapat, how much aku spend untuk makan, air api, belanja itu ini. dengan cara tu, korang boleh tahu budget korang sebulan macam mana and korang boleh planning nak pakai duit berapa banyak untuk bulan ni, bulan depan dan seterusnye. InsyaAllah kalau korang ikut betul-betul, tak lari budget korang.

budget kahwin, jimat, kumpul duit kahwin

Oh ye, incase korang nak contoh budget yang aku buat macam gambar kat atas ni, do email me dekat misikahwin@gmail.com or leave your emails dekat ruang komen kat bawah.

Tu je la kot tips yang aku boleh fikir ari ni. Kalau ade lagi, aku update balik list. Sementara tu, make sure korang amalkan ape yang aku dah share ni. InsyaAllah, mampu. 🙂