37. Bonk Production – Cinematography

Oi korang, puasa ke tidak tu? Hehehehe. Hari ni aku happy sikit sebab aku jumpa satu cinematographer yang boleh tahan cantiknya dan harga pun boleh tahan aku boleh terima. Sebelum tu, cuba usha jap video diaorang. Simple jek tapi cantik. Dah nak setanding dengan PelangiPutih dah. *Tak habis-habis dengan PelangiPutih*

Cantik kan? Kan? Kan? Baik korang cakap cantik. Penat aku merendahkan sikit taste aku ni tahu? Hahahha. Anyway kalau korang nak tahu pakej dieorang, boleh usha kat bawah.

BASIC PACKAGES

Ruby package (MYR 1000)
–          1 event cover (solemnization,reception,birthday party,family day,).

–          Cover by 1 videographer.

–          Covering hours: 5 hours.

–          1 highlight video (duration:3 – 5 minit).

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Pearl package(MYR 1800)
–          1 event cover (solemnization / reception ).

–          Cover by 2 videographers.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidscam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          Covering hours: 8 hours.

–          Including simpleoutdoor/indoor.

–          1 event highlight video (duration: 3 – 5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Emerald package(MYR 3000)
–          2  events cover (solemnization & reception for one side).

–          Cover by 2  or 3 videographers.

–          Covering hours: 8 hours/events.

–          Including simple outdoor/indoor.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidecam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          2 event highlights videos (duration:3-5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Ada je pakej lain dalam quotation yang dia bagi tapi aku tak letak lah kat sini sebab harga dia mahal sikit. Kalau korang nak tawu pakej-pakej yang lain tu, korang boleh mintak dekat dieorang terus or boleh je tinggalkan email korang dekat bawah. Nanti aku emailkan pada korang. Papehal pun, korang boleh usha dulu BONK Production:

Facebook: BONK Production

Vimeo: BONK Production

36. Redhu Malek Photography

Bila bercakap tentang persiapan perkahwinan, nak nak lagi bagi pasangan yang memang jaga budget, budget tak banyak (macam aku dengan tunang), photographer mesti antara salah satu budget yang kite nak slashkan harga. Kalau boleh, nak dapatkan photographer yang semurah mungkin. Tapi, bila tengok semula, kebanyakan harga photog yang murah tu, hasilnya tak secantik yang kite nak, kan? Lepas tu, bila kite tengok balik gambar-gambar rasa rugi tak ambil yang mahal gambar cantik sebab nak murah punya pasal.

Jangan risau, hari ni aku nak kongsi dengan korang antara banyak-banyak photog kat Malaysia ni yang hasil dia ok lah dan harga pun memang berbaloi kalau tengok pda barang yang dia bagi. Nak tahu ke photog mane? Meh tengok logo dia.

redhu malek photography, wedding photography
Ni ha dia, Redhu Malek Photography. Time aku dengan tunang duk usha-usha photog dulu-dulu, waktu tak semangat beria sangat nak kawen lagi, tunang aku suka Redhu Malek ni. Tak tahu kenapa. Tengok-tengok kawan aku pun ada ambil Redhu Malek jadi Official Photog dieorang. Cantik jugak hasil gambarnya. Tapi, aku punya taste still pada… Hehehhe.. Andaq Photography. :p Tapi tu la, AndaQ mahal sikit so aku terpaksa dengan tak rela hati tolak Andaq jauh-jauh. Anyway, Redhu Malek pun ok jugak gambar dia. Jom usha pakej dia.

Untuk photography nikah dan sanding:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x Principal/Senior Photographer
1 x Exclusive Custom Album 10″ x 15″ – 20 pages
1 x DVD (All Digital Photos)
FREE 2 x 12RW
RM1600

Optional:
Additional Photographer : +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Pre-Wedding / Post Wedding / Outdoor Session : + RM200 per session
1 x Mockup Sticky Album 15″ x 10.5″ (inch) + 120 pcs 4R : + RM200
1 x Exclusive Custom Album 10” x 15” (inch) – 20 pages : + RM500

1 x Exclusive Custom Album 15” x 15” (inch) – 20 pages : + RM700

Oh lupa nak cakap, Redhu Malek pun ada buat Cinematography jugak kalau korang nak usha. Pakej dieorang offer macam kat bawah ni.

Untuk cinematography pula:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x DSLR Cinematographer
2 x Video Montage / Highlights (4 – 6 Minutes Duration)
DVD Movie + DVD Data
RM2000

Optional:
Additional Cinematographer: +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Additional Video Montage / Highlights : +RM400
Pre-Wedding / Post Wedding / Save The Date : + RM500 per session (Get 1 x Video Montage)
Same Day Editing (SDE) : +RM500

Ni pulak tambahan qoutation yang aku mintak. Untuk transportation dan accommodation.

Transportation fees:
KL to Pekan = 300KM x RM0.50 per KM x 2 (pergi dan balik) = RM300

Accomodation/hotel fees:
RM200 per night

redhu malek photography, wedding photographyNi aku belanja satu gambar dari Redhu Malek Photography. Nak banyak lagi gi usha sendiri dieorang dekat bawah ni. Have fun! 😀

Facebook: Redhu Malek Photography

Vimeo: Redhu Malek Photography

Website: Redhu Malek Photography

34. iMoments Videography – Cinematography

Hello girls (and boys). Malam ni aku nak kongsi dengan korang sebuah lagi produksi untuk juruvideo perkahwinan yang lebih harga mampu milik. Tak semahal PelangiPutih. Tapi kualiti hasil kerja dieorang semakin cantik dari satu video ke video yang terbaru. Wedding Cinematographer yang aku maksudkan tu adalah iMoments Videography.

videography, videographer, wedding cinematography, imoments videographer

 

Kalau ikutkan tunang aku, dia kata selain daripada PelangiPutih, most cinematographer di Malaysia ni menggunakan template video yang sama. Mesti ada fokus baju, fokus cincin, fokus kasut lepas tu movement kalau tak kiri, ke kanan. Macam tu je. Video awal-awal iMoments Videography ni mostly macam tu tapi lately aku tengok banyak improvement pada hasil kerja dieorang danh yeah, aku suka tengok. Ape kate korang tengok video iMoments Videography dekat bawah ni dan komen, ok ke hasil kerja dieorang?

 

So, atas dasar nak tahu pakej dieorang, aku pun mintak lah quotation dan here’s what I get.

Full One Event Package: RM2500 (Single Event)
3-6 minutes highlight reel with music
3-5 minutes best wishes from family and friend
3-5 minutes interview with bride and groom
30 edited coverage footage
2 cinematographer
Professional colour grading
2 copies of compressed DVD video of all highlights (playable on DVD player)
2 copies of uncompressed DVD data of all highlights (playable on PC only)

Custom designed DVD cover and overlay

footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

On top of this, rm200 transportation charge from kl-pekan is applied.

Accommodation shall be provided by client.

Well, pakej dia kadar mampu milik tak agak-agak korang? 2 videographer for only RM2500 tu. Woah woah woah. Meleleh air liur. Kalau rasa kadar mampu milik dan korang berminat, go usha dieorang dekat sini:

Facebook: iMoments Videography

Vimeo: iMoments Videography

Website: iMoments Videography

Have fun godek-godek! 😀

 

 

30. PelangiPutih Film’s Promotion – Cinematography

Hello girls (and boys)!! It’s Saturday and korang buat apa tu? Aku? Konon-konon sibuk pergi cari barang hantaran. Konon je la. Dapatnya tak jugak. Hahahha. Ok ok, be hold, babeh. Sepanjang minggu ni, aku akan tulis entry pasal Cinematographer dan Photographer je memanjang. So, kalau korang still tak ada Cinematographer dan Photographer, go ahead and view vendor-vendor yang aku akan review nanti.

So now, ingat tak dulu aku penah cerita pasal PelangiPutih Films? Disebabkan aku ni die-hard-fan hasil kerja dieorang, aku nak share lagi PelangiPutih punye promosi! Berita baik untuk pengantin-pengantin di luar sana!!

 pelangiputih, videographer, cinematographer

Promosi dieorang ni bersempena First Year Anniversary dieorang. Woah! Baru setahun jagung tapi hasil kerja dieorang memang superb. Memang melelehlah air liur wa cakap sama lu. Alright, promosi dieorang kali ni ada 3 pakej:

RM1700
1 basic highlight
1 shooter
1 dvd copy
Raw videos

RM1900
1 wedding highlight
2 shooter
1 dvd copy
Raw videos

RM2500
1 Wedding film
3 senior shooter
1 dvd copy
1 hard disk
Raw videos

Mileage RM0.90/km
Outstation fees RM250

Aku? Kalau aku nak pilih Pakej RM1900 tapi ada wedding highlight je. Tak ada full event. Grrr. Susah betul jadi orang tak berape nak ada duit ni. Semua mende kene fikir 2 3 kali. Aku dah contact PelangiPutih Films dan tanya pasal promosi dieorang. Sekarang just tengah tunggu reply daripada dieorang bila nak boleh dapatkan tarikh appointment kot-kot boleh nego-nego untuk dapat murah lagi ke. >.< Hopefully.

Korang berminat jugak tak dengan PelangiPutih Films ni? Kalau korang still blur-blur dieorang ni siapa dan hasil kerja dieorang macam mane, jom gi usha dieorang dulu. And don’t forget to ask for quotation! 😉

Facebook: PelangiPutih Films

Vimeo: PelangiPutih Films

Youtube: PelangiPutih Films

Twitter: PelangiPutih Films

Semoga dapatlah aku ambil PelangiPutih Films untuk jadi official videographer untuk akad nikah nanti. Kalau tak dapat….. Hrmmm… Kalau tak dapat aku nak join contest dari King’s Grand ni, lepas tu menang, lepas tu dapat ais krim King’s Grand banyak, makan ais krim banyak-banyak, lepas tu obes. >.<

24. HoraHorey Filmmaker – Cinematography

Dah tengok wedding video kat atas? Kalau belum, cube tengok kejap. Kalau dah tengok, ape opinion korang pasal mutu video yang dieorang buat ni? Oh, by the way, yang buat video ni name nye HoraHorey Filmmaker. Menarik? Beremosi? Lagu dan video kene ke tak?

Ok lah, ni aku ak bagitawu aku punye opinion untuk kerja dieorang ni. Aku dah tengok separuh daripada video wedding yang dieorang buat. Dan kesemua separuh yang aku tengok tu adalah yang latest ones, bukan lama-lama punye video. Bagi aku, dieorang punye kualiti video:

  • Pemilihan lagu
    • Ada lagu-lagu yang dieorang pilih sedap dan ade jugak lagu-lagu yang tak best. Tang lagu aku tak sure sama ada dieorang HoraHorey yang pilih ataupun pilihan customer. Kalau ikutkan quotation, lagu atas pilihan customer.
  • Kesinambungan antara video dan lagu
    • Kebanyakan video dieorang aku tengok, lagu tak kena dengan video. So, nampak macam spoil gile.
  • Emosi
    • Aku tak dapat rasa emosi yang nak ditonjolkan pada hari perkahwinan tu. Feeling sedih, feeling happy, feeling terharu. Semue tu tak berape nak rase kalau tengok video dieorang.
  • Pemilihan moment
    • Ape yang aku observe dieorang punye video ni, kadang-kadang suke ambil moment yang tak penting. Moment-moment yang aku rase tak perlu dalam video kahwin customer pun ada. Orang lalu lalang menyemak, orang potong sayur?? Adoi.
  • Sound effect
    • Sedikit spoil jugak tang sound dalam video tu. Kadang-kadang ade scene dalam video tu, dieorang buat sound effect orang bercakap yang tak penting, yang tak dek special effect pun dalam penceritaan video.
  • Sound track
    • Dalam banyak-banyak video yang aku tengok, ade satu video tu awal-awal okay je, tapi bile dah hujung-hujung 3/4 daripada video, tibe-tibe volume naik then turun semule. And I was like, whaaaattt???? I don’t like it.
  • Repeated scene
    • Hah, kantoi dekat satu video (aku tak ingat dah video mane satu) dieorang gune scene yang same, ulang 2 kali. Why oh why. This is so wrong. Ini bukan filem hindustan nak flashback 2 3 kali. Duhhh~
  • Tak konsisten
    • Ade satu video, dieorang capture waktu sarung cincin. Sekejap fokus dekat tangan, sekejap fokus dekat muke lepas tu fokus balik dekat tangan. Why? Why? Serabut sangat.

HoraHorey Filmmaker

Itu lah serba sedikit pendapat aku pasal hasil kerja dieorang ni. Mungkin sebab aku dah awal-awal nampak hasil kerja PelangiPutih Film yang gile best tu, so standard yang aku letak sangat tinggi. Aku tak kate aku tak kan ambil HoraHorey Filmmaker untuk jadi videographer aku kalau dah sesak sangat, tapi I would leave them as the last choice. Aku ade mintak quotation daripada dieorang, so this is what I get.

Price: RM2500

– 1 Professional Videographer
– 2 days 2 Event
– If for Engagement/ Solemnization Shooting coverage – max 5 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor same day)
If for Reception Shooting Coverage – max 7 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor
same day)
– All Professional DSLR Video equipments
● Slider
● Monopod
● Tripod
● Audio recorder
– No video amendments/change of song in this package Output
● 2 edited highlights video
● Video duration – (3-5 minutes)
● Data file .mov
● How to get the highlight video and the raw file? – Come to our studio and copy the video using pen drive /hardisk /laptop/note book
FREE – All Raw Files/Video Source files
FREE – Song Selection(You MUST email us before your wedding day)
FREE – Transportation fee

Additional Charges
Add 1 professional videographer = RM800
Add 1 time video amendments/change song = RM700
Add 1 DVD Copy(DVD play format) = RM250
Add 2 DVD Copies = RM350
* If you want our standard wedding package please let us know. We will send it to you.

 

So, kalau korang maca berminat dengan HoraHorey Filmmaker, boleh mintak quotation dengan dieorang sebab dekat aku walaupun dieorang letak “FREE – Transportation fee” pada surat quotation, tapi dekat email aku dieorang ade tambah:

Extra charges for 1) transportation fee + toll  ( RM 344.00)

                                     2) 1 videographer (RM 800).

Oh, anyway, dieorang tengah ade promotion sekarang. 1 event untuk RM1299 (Solemnization/Reception/Engagement) dan RM1000 sahaja untuk Save The Date video. Jom check them out~

Facebook: HoraHorey Filmmaker

Vimeo: HoraHorey Filmmaker

YouTube: HoraHorey 

Website: HoraHorey Filmmaker

8. PelangiPutih Films – Videographer

Dulu before feeling-feeling nak kawen, aku planning nak buat majlis kecik-kecik je. Akad nikah dan makan sikit-sikit je. Sekali bapak aku excited nak buat meriah-meriah sebab aku first dalam family yang kawen, plus aku bongsu, plus aku ni lah buah hati bapak aku (perasan).

 

Mula-mula aku bergaduh jugak dengan bapak aku sebab aku nak buat majlis kecik-kecik, bapak aku nak buat majlis besar-besar. Sebab aku ni anak yang sweet lagi baik hati serta tak sampai hati nak sakit kan hati bapak aku (padahal banyak kali je aku sakit kan hati bapak), aku merelakan jugak majlis besar sederhana. So, aku kene lah survey pape yang patut kan.

 

Sekali tengok-tengok orang lain punye wedding plan, ade videographer. Aku pun teringin la jugak. Survey punye survey, aku paling suke PelangiPutih Films. Video cantik, seni, lagu pun matching dengan video. Aku start tergode dengan video dieorang time dieorang buat video pergi Bali. Seni nak mampus.

 

Biasanye aku mende-mende seni ni, aku cukup tertarik sekali. Aku pun like la FB PelangiPutih Film dan PM pakej yang dieorang ade, dengan harapan pakej dieorang tak mahal. Tapi, mende bagus, cantik, seni, indah, syahdu, menusuk haruslah mahal. Ni pakej yang dieorang bagi dekat aku.

RM 3500,

1x Events
1x Cinematic Highlight Video (4-6 minutes)
1x Full Event Video (20-30 minutes)
1x Song With License of copyrights
3x SENIOR Cinematographers
2x Copy DVD of Highlight Video
2x Copy DVD of Full Event Video
1x New Hard-Disk with all edited & unedited videos
RAW Videos for both events (Unedited)
Full-Event Coverage (Normally 5-6 Hours each event)

**Final products deliver within 2 Weeks (Working days)

Additional Charges,

1x Fast Edit (24 Hours Editing) : RM550
1x Same Day Edit (12 Hours Editing) : RM750
Mileage (Outside KL / Klang Valley : RM0.90/KM
Outstation Fees : RM250
Concept & Shots based on PelangiPutih Films signature

Menitis air mate aku tengok harga tu. Banyak mende yang die bagi. Memang berbaloi lah dengan kemahalan nye. So, aku cakap lah aku bajet kecik je. Aku tanye dieorang ade ke tak bajet yang lebih murah? Dieorang pun bagi pakej yang murah sikit.

RM 2500,

1x Events
1x Cinematic Highlight Video (4-6 minutes)
1x Full Event Video (20-30 minutes)
1x Song With License of copyrights
2x Cinematographers
2x Copy DVD of Highlight Video
2x Copy DVD of Full Event Video
1x New Hard-Disk with all edited & unedited videos
RAW Videos for both events (Unedited)
Full-Event Coverage (Normally 5-6 Hours each event)

**Final products deliver within 2 Weeks (Working days)

Additional Charges,

1x Fast Edit (24 Hours Editing) : RM550
1x Same Day Edit (12 Hours Editing) : RM750
Mileage (Outside KL / Klang Valley : RM0.90/KM
Outstation Fees : RM250
Concept & Shots based on PelangiPutih Films signature

Tapi still, RM2.5k bila ditambah mileage dengan outstation fee, aku still tak mampu. Pada korang-korang yang mampu, aku suggest ambil la PelangiPutih Films jadi korang punye Official Videographer. Cantik serius. Kalau aku ade duit, dah lame aku confirm ambik dieorang.

 

Kalau korang nak tawu lebih lagi pasal PelangiPutih Films, go check them out.

Facebook: PelangiPutih Films

Vimeo : PelangiPutih Films

Youtube: PelangiPutih Films

Twitter: PelangiPutih Films

Sementara tu, check this video by PelangiPutih Films. Style nak mampus. Hahahhaha.