11. Air Botol Doorgift – R O WATER SDN. BHD.

Antara dua jenis air minuman kat gambar bawah ni, mane satu yang korang berkenan? Belah kiri SeaMaster tu ke belah kanan Spritzer tu? Aku sure ramai yang minat botol SeaMaster tu kan sebab die kiut-miut. Even saiz kedua-dua botol ni same 230ml, tapi botol SeaMaster ni lagi comel kalau nak banding dengan air jenis cup.

 doorgift air botol, air botol 230ml, air botol comelair cup, doorgift air cup

Aku berkenan gile kot dengan botol air kiut ni so aku pun semangat mencari mane yang ade jual botol ni. Aku masuk Giant, aku masuk Jusco, aku masuk Tesco, semue tak ade. Lepas tu, mak aku ade bagi satu link nak cari botol ni. Link kilang R O Water terus mak aku bagi. Hahahaha.

So, aku call la kilang ni, dapat lah sales person die. Sales person die ni chinese laki. Rude jugak la orang nye. Macam nak letak phone cepat-cepat je orang tu. Aku naik geram pun ada. Tapi, aku sempat lah tanya ape-ape yang patut.

Ni nombor phone company R O Water ni: 03-9076 8966 – Sales Department

Korang kalau call-call, dapat salesman yang rude tu, bersabar la ye. Aku tengok dekat Facebook dieorang, ade jugak orang yang komen pasal salesman yang biadap sikit tu. Tapi, macam tak dek pape tindakan je.

botol air 230ml

Aku dapat quotation sekotak berharga RM8.00. Sekotak ada 35 botol. Means sebotol boleh dapat 23sen. Murah! Suke! Tapi itu kalau datang ambik terus dekat kilang die. Kalau pos, lain harga. Disebabkan aku nak pos terus ke Pahang, aku tak tanya la pulak harga kalau pos dalam KL. Buat rugi je kalau aku suruh die pos ke rumah KL. Membazir duit pos, lepas tu nak ngangkut balik Pahang pulak. Membazir membazir. Aku kan penjimat. 😀 Tapi, kalau nak angkut 45 kotak dari KL ke Pahang, mau hancur jugak kete. Tambah pulak company ni tak buat pos ke Pahang. Maybe sebab mahal gile kot pos keluar KL. Argh geram! Pening nak fikir.

Anyway, sementara aku solve kan problem aku ni, kalau korang berminat nak beli botol-botol air ni dengan harga yang murah, check them out~

Website: R O Water Sdn Bhd

Facebook: SeaMaster

Advertisements

9. Lyssa Eshoppe – Doorgift

Door gift. Door gift. Door gift. Arghh!

*Konon-konon buat pening kepala*

Setakat ni aku tak pening kepala lagi buat preparation untuk kawen. Aku rasa macam main-main pun ade. Tak serius langsung. Preparation pun terkedek-kedek lagi. Hari ni baru nak tengok potential door gift untuk tetamu dan rombongan lelaki.

Aku dengan mak dah set in mind, tak mau bagi mende-mende mengarut macam pengetip kuku lah, bekas seramik lah, key chain muke pengantin (wtf??). Kau ingat orang nak simpan keychain muke kau? Bahahhahaha. Aku gelak je sorang-sorang. Mungkin yang nak simpan tu, nak mandrem korang kot. Opsss.

Lyssa Eshoppe, doorgift

Lyssa Eshoppe

Kali ni, aku nak share doorgift unik dari Lyssa Eshoppe. Dieorang punye trademark doorgift – Cakar ayam sarang burung. Kalau korang tak tahu, cakar ayam ni sejenis kuih. Buat daripada keledek. Bile dah siap, kuih die keras-keras sikit dan manis. Al kisah nye, Lyssa Eshoppe ni ade je buat doorgift lain tapi mata aku duk berkenan dengan sarang burung ni. Cool kan?

doorgift kahwin, doorgift sarang burung

Pakej cakar ayam sarang burung + telur masin + riben + tag + plastik = RM2.50

Not bad la kan? Tapi kalau korang rasa nak cakar ayam sarang burung saje pun boleh. Harga sarang burung ni dah up RM0.10. Dulu Rm1.00 seketul. Sekarang naik RM1.10 seketul.

 

doorgift kahwin, doorgift sarang burung

Pakej cakar ayam sarang burung + bebola coklat + riben + tag + plastik = RM1.90

Or kalau tak nak guna telur, boleh je nak pakai chocolate balls. Pakej untuk bebola coklat ni harga die for sure lain dan murah sikit.

 

doorgift kahwin, doorgift telur puyuh

Pakej cakar ayam sarang burung + telur puyuh 2 biji + riben + tag + plastik = RM1.80

Ataupun ada satu pilihan lagi. Pakai telur puyuh. Ceyh, macam aku pulak yang berjual mende ni. Semangat aku pergi promote pakej-pakej die. Aku dari dulu planning nak bagi sarang burung ni untuk doorgift. Tapi, mak dengan bapak kate telur susah nak handle, takut rosak pecah busuk semua. Tak jadi la nak buat. Or maybe boleh buat jadi doorgift untuk rombongan lelaki?

Anyway, selain daripada cakar ayam sarang burung ni, Lyssa Eshoppe ade buat pakej-pakej lain jugak macam custom made kotak doorgift, cakar ayam biasa, button badge,  kerepek, kek kukus, bahulu dan erm.. ermm.. Set cadar bilik pengantin. Sungguh tak masuk korum cadar pengantin tu.  -____-”

 

Kalau korang berminat jugak dengan Lyssa Eshoppe, go check them out~

Facebook: Lyssa Eshoppe