44. Hantaran Belt dan Wallet – Camel Active

Hantaran lagi aku nak cerita hari ni. Hantaran-hantaran aku semua nya macam cliche habis. Barang-barang yang orang biasa bagi untuk hantaran. Antara barang-barang yang aku akan bagi dekat tunang aku nanti:

  • Kek – beli masa nak dekat-dekat majlis nanti
  • Sweets dan chocolate – pun nak beli masa dekat-dekat majlis nanti.
  • Al-Quran – Ambil dari rumah je. Mak ada beli waktu pergi Mekah hari tu.
  • Sirih junjung – Beli sirih dan hias masa nak dekat-dekat majlis.
  • Buah – Sama jugak. Beli waktu nak dekat-dekat majlis.
  • Nexus 4 – Nanti dalam bulan depan atau bulan September baru nak beli phone ni. Tiba-tiba minggu lepas tunang kata macam minat telefon Nokia Lumia 1020 pulak. >.< Lepuk kang budak ni.
  • Toiletries – Yang ni dah beli. Pakai Follow Me murah-murah saje.
  • Baju – Ini dah setel. Beli kemeja G2000.
  • Wallet dan belt – Dah beli Camel Active punya.

hantaran, hantaran nikah, hantaran kahwin, belt and wallet, dompet, tali pinggang, camel active

Wallet dan belt ni kiteorang beli dekat Parkson Sogo. Masa tu ada sale gila-gila kot. Tu yang berani beli. Hahahaha. Memang cukup-cukup bawah budget untuk wallet and belt ni. Tapi, macam biasa lah. Masa nak mencari wallet ngan belt ni, aku tahan penat je ngekor tunang aku usha barang. Penat penat penat. Banyak lagi yang murah kiteorang jumpa tapi tunang tak berkenan. Huh~

hantaran, hantaran nikah, hantaran kahwin, belt and wallet, dompet, tali pinggang, camel activeSo. korang-korang yang tengah mencari hantaran, better korang beli waktu sekarang. Time sale tengah gila-gila. Gi usha barang-barang semua. Tiba-tiba aku rasa gambar yang atas ni seni gila. Ada mana-mana korang nak ambil aku jadi Official Photographer ke? Bahahahhaa. :p

Oh, start hari ni, cukup-cukup 3 bulan lagi sebelum majlis. >.< Wah wah wah~

43. Hantaran Kemeja Lelaki

Hari ni cerita pasal hantaran lagi. Kali ni hantaran untuk belah lelaki lagi. Baru je hujung minggu lepas aku pergi beli baju kemeja untuk buat hantaran untuk tunang aku. Sebenarnya dah cari baju hantaran ni dah lama dah. Tapi tu lah, tunang aku ni susah sikit. Satu sebab dia kecik, so susah nak cari saiz baju yang sesuai untuk dia. Lagi satu, tunang aku ni, high taste sangat. Selagi tak jumpa yang dia gila-gila suka dan sedap pakai, jangan harap dia nak beli. Aku yang naik penat jalan cari barang dengan dia. >.<
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000, Antara brand pakaian yang sesuai dengan tunang aku – G2000, Uniqlo, H&M. Baju untuk hantaran ni beli dekat G2000. Mula-mula tunang aku nak kemeja lain warna ungu cerah. Tapi aku kata warna ungu pekat ni lagi cantik. So, aku suruh cuba dua-dua baju. Bila dah cuba, dia kata yang ungu gelap ni sedap pakai. Yang cerah sikit tu kain tak sedap. Mestilah, sapa yang pilih kan. Hehehe, kalau perempuan pilih mesti berkualiti punyalah. :p

Masa tunang aku test kemeja tu, dia keluar dari fitting room nak tunjuk dekat aku, dia nampak sangat hot dan tegap.

Slurp slurp slurp. Meleleh air liur. Hahahahaha. Gatal nih!!

Bila dia dah berkenan kemeja ungu pekat ni, kiteorang pun cari lah baju yang berlipat. Tak mau ambil yang orang duk cuba-cuba. Tengok-tengok saiz paling kecik tinggal satu je. Nasib baik. Hehehe. Oh, tak caya tunang aku betul-betul kecik? Cuba tengok saiz baju apa yang kiteorang beli kat bawah.
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000,

14 1/2 okay. 14 1/2. Hahahaha. Adoi. Kecik kan? Sebenarnya tujuan utama kiteorang pergi G2000 tu nak beli baju kemeja je. Tiba-tiba gatal mata gatal tangan jugak tunang aku ni pergi test seluar. Seluar tu pulak kena gila dengan dia. Aku sabar je bukak wallet tengok duit. Memang harapan lah aku nak beli untuk dia kan. Duit takda. Hahahaahha. Kalau ada, memang dah lama aku beli kan untuk dia. Sayang punya pasal kan. Kalau aku beli kan yang ni untuk dia, lain kali aku paw die bawak aku pergi travel pulak. Hikhikhik.

42. Hantaran Toiletries Lelaki

Hantaran daripada aku untuk tunang aku

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Ni barang-barang toiletries yang tunang aku pilih sendiri. Korang boleh teka tak brand apa yang dia pilih? Hitam bergaya kot. Ada Shower foam, ada deodorant, styling gel, pencuci muka dengan bedak talkum. Dan brand yang dipilih oleh bakal laki aku yang bertuah sangat ni adalah…

……..

.

.

.

.

.

.

.

.

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Follow Me.

>.<

Sabar je la aku. Aku puas cakap dekat tunang ambil lah brand yang elok sikit. At least Nivea ke Dashing (padahal Dashing pun koman jugak) ke. Dia nak jugak ambil Follow Me. Kata nya “Classy classy”. Sabar je la. Waktu pilih barang-barang toiletries untuk hantaran ni, aku dah rekemen macam-macam – Adidas, Gatsby, Nivea, Dashing tapi semua tak cukup barang. Adidas ada perfurm je, Gatsby ada styling gel je, Nivea ada pencuci muka je.

Lepas tu tunang terpandang Follow Me. Mengundang memori kot brand tu. Very the ’90’s. Hahahaha. Tunang aku dah sakan nak ambil Follow Me. Aku tak mau sebab nanti aku jugak yang kene menjawab dengan sedara mara apesal bagi Follow Me je. Tapi, tunang degil jugak nak. Last-last aku cakap, tunang kumpul semua barang (pencuci muka, shower foam, deodorant, etc) dari brand Follow Me dan aku pulak cari barang-barang dari Dashing, then tengok mana satu barang lagi banyak yang tu kiteorang pilih.

Semangat lah aku mencari barang-barang Dashing – deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka. Tunang aku pulak dapat barang-barang Follow me – shower foam, deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka dan styling gel. Disebabkan barang Follow Me lagi banyak, so terpaksa lah aku tanpa rela ambil jugak toiletries Follow Me buat hantaran.

.

.

.

.

Dan terpaksa jugak lah aku menjawab dengan kakak aku kenapa aku beli Follow Me untuk hantaran…. >.< Asalnya lepas kene bebel dengan kakak, aku cakap balik dekat tunang. Last-last tunang kata pergi lah beli lain. Nanti dia bayar balik barang yang dah beli dan pakai sekarang. Mulanya aku ok tapi lepas bengkek-bengkek sikit dengan tunang pasal nak beli brand apa, aku malas nak layan. So, aku cakap pakai je Follow me, nanti cover brand guna reben. Hahahaha. Padan muke tunang aku.

41. Hantaran Toiletries Perempuan – Body Shop

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh semua. Macam mana dengan persediaan perkahwinan korang? Aku macam ni la. Duk terkedek-kedek lagi. Anyway, kali ni aku nak cerita pasal hantaran tunang aku nak bagi pada aku. Senarai hantaran yang tunang bagi pada aku:

  • Telekung dan sejadah – Yang ni kiteorang ambil yang dekat rumah Mak je. Sebab kat rumah banyak sangat telekung Mak dapat. Cantik-cantik pulak tu. Rugi je kalau tak pakai. So, ambil je la. Sejadah pulak, ambil sejadah yang Mak beli masa Mak pergi Mekah hari tu. Jimat dah. 🙂
  • Tafsir – Tunang ada cakap hari tu, benda wajib kena ada dekat rumah nanti Al-Quran sebab nak mengaji sama-sama. Sebab aku dah kata nak bagi Al-Quran, so tunang bagi lah tafsir. Tapi  tak beli lagi.
  • Kek – Beli dekat-dekat majlis nanti.
  • Cincin – Ibu sponsor 🙂
  • Mas kahwin – RM22.50 dan dinar emas
  • Tepak sirih – Family tunang macam kuat adat sikit. Hee.
  • Toiletries – Yang ni dah beli . Body Shop Strawberry.

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shop

Tadaa~ Inilah hantaran toiletries untuk aku. Asalnya aku konon-konon nak pakai SKII. Tengok mahal la sangat tak jadi terus. So, masuk kedai Body Shop dekat Sogo. Tak confirm lagi nak beli. Keluar jalan-jalan lepas tu tak masuk-masuk dah Body Shop situ. Wahahaha. Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, masuk Body Shop balik. Akak tu promote-promote dan kiteorang pilih-pilih barang. Woah, dapat lagi murah daripada Body Shop dekat Sogo tu. Untung lah beli dekat Paradigm Mall. 😀

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shopIngat tak aku penah cerita pasal Ayah tunang kata tak boleh pakai Body shop ni buat hantaran sebab perfurm dia ada alkohol? Hehehe. Nasib baik Ibu komplot sekali kata tak da perfurm dalam basket ni. Wakakaka. Saya sayang Ibu. Tak sabar jadi menantu. Kekeke. :p So, hopefully boleh proceed guna Body Shop ni jadi hantaran.

Oh, aku ada baca London Weight Management nak bagi London Slim and Trim & Home Kit bernilai RM468 secara percuma. Kalau nak buat jadi hantaran pun tak da masalah. Free kot. Sapa-sapa berkenan boleh try usha London Weight London Slim and Trim & Home Kit.