36. Redhu Malek Photography

Bila bercakap tentang persiapan perkahwinan, nak nak lagi bagi pasangan yang memang jaga budget, budget tak banyak (macam aku dengan tunang), photographer mesti antara salah satu budget yang kite nak slashkan harga. Kalau boleh, nak dapatkan photographer yang semurah mungkin. Tapi, bila tengok semula, kebanyakan harga photog yang murah tu, hasilnya tak secantik yang kite nak, kan? Lepas tu, bila kite tengok balik gambar-gambar rasa rugi tak ambil yang mahal gambar cantik sebab nak murah punya pasal.

Jangan risau, hari ni aku nak kongsi dengan korang antara banyak-banyak photog kat Malaysia ni yang hasil dia ok lah dan harga pun memang berbaloi kalau tengok pda barang yang dia bagi. Nak tahu ke photog mane? Meh tengok logo dia.

redhu malek photography, wedding photography
Ni ha dia, Redhu Malek Photography. Time aku dengan tunang duk usha-usha photog dulu-dulu, waktu tak semangat beria sangat nak kawen lagi, tunang aku suka Redhu Malek ni. Tak tahu kenapa. Tengok-tengok kawan aku pun ada ambil Redhu Malek jadi Official Photog dieorang. Cantik jugak hasil gambarnya. Tapi, aku punya taste still pada… Hehehhe.. Andaq Photography. :p Tapi tu la, AndaQ mahal sikit so aku terpaksa dengan tak rela hati tolak Andaq jauh-jauh. Anyway, Redhu Malek pun ok jugak gambar dia. Jom usha pakej dia.

Untuk photography nikah dan sanding:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x Principal/Senior Photographer
1 x Exclusive Custom Album 10″ x 15″ – 20 pages
1 x DVD (All Digital Photos)
FREE 2 x 12RW
RM1600

Optional:
Additional Photographer : +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Pre-Wedding / Post Wedding / Outdoor Session : + RM200 per session
1 x Mockup Sticky Album 15″ x 10.5″ (inch) + 120 pcs 4R : + RM200
1 x Exclusive Custom Album 10” x 15” (inch) – 20 pages : + RM500

1 x Exclusive Custom Album 15” x 15” (inch) – 20 pages : + RM700

Oh lupa nak cakap, Redhu Malek pun ada buat Cinematography jugak kalau korang nak usha. Pakej dieorang offer macam kat bawah ni.

Untuk cinematography pula:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x DSLR Cinematographer
2 x Video Montage / Highlights (4 – 6 Minutes Duration)
DVD Movie + DVD Data
RM2000

Optional:
Additional Cinematographer: +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Additional Video Montage / Highlights : +RM400
Pre-Wedding / Post Wedding / Save The Date : + RM500 per session (Get 1 x Video Montage)
Same Day Editing (SDE) : +RM500

Ni pulak tambahan qoutation yang aku mintak. Untuk transportation dan accommodation.

Transportation fees:
KL to Pekan = 300KM x RM0.50 per KM x 2 (pergi dan balik) = RM300

Accomodation/hotel fees:
RM200 per night

redhu malek photography, wedding photographyNi aku belanja satu gambar dari Redhu Malek Photography. Nak banyak lagi gi usha sendiri dieorang dekat bawah ni. Have fun! 😀

Facebook: Redhu Malek Photography

Vimeo: Redhu Malek Photography

Website: Redhu Malek Photography

Advertisements

33. Andaq Photography – Photography

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

Nah, belanja korang gambar-gambar wedding cantik sat. Semua ni aku ambil dari Facebook wedding Photographer yang aku akan review hari ini – Andaq Photography. Sekali pandang, aku terus jatuh cinta. Pada hasil kerjanya bukan pada tuan pengambil gambarnya. Hohoho. Eh eh sempat menggatal. >.<

Andaq Photography ni kalau tak salah aku, solo photographer with superb skill. Shooting skill and Photoshop skill. Gambar-gambar yang die hasilkan memang melelehlah air liur kalau tengok. Tapi kebanyakan gambar yang Andaq Photography letak dalam Facebook dan website dia ialah gambar outdoor dan gambar sebelum dan selepas akad nikah.

Ye, memang aku tak boleh cakap gambar dia tak cantik sebab memang hampir semua cantik. Tapi, gambar outdoor dengan gambar waktu akad nikah ni totally lain. Waktu outdoor, kita boleh kawal, nak suruh berhenti sekejap ke, photographer suruh kita senyum ke, suruh posing macam mana ke. Tapi waktu akad nikah, semua spontan, semua laju. Photographer kene pandai cari moment-moment yang sesuai untuk diabadikan. Ewah bahasa. Kata anak cikgu Sastera. :p

Ok kat bawah ni ada quotation yang aku mintak daripada dieorang. Korang cuba tengok dan kalau rasa harga tu berbaloi untuk korang punya budget, usha pulak hasil kerja dia.

2 Events (Solemnization + Bride Reception)

Package RM2699

  • 1x Photobook saiz 11×15 inch 80 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

2 Events (Colemnization + Bride Reception)

Package RM2399

  • 1x Custom album size 10×12 inchi 20 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

Charge perjalanan RM250 from KL-Pekan.

Penginapan perlu disediakan oleh pihak pengantin yang berdekatan dengan tempat event.

Cam mana? Cam mana? Ok ke harga dieorang dengan budget korang? Kalau rasa okay, jom serbu hasil kerja dia.

Facebook: AndaQ Photography

Website: AndaQ Photography

32. MangoTouch – Photography

Hohohoh. Disebabkan aku dah cakap dekat entry semalam yang aku nak buat entries pasal Photography dan Cinematography je minggu ni, so akan aku tunaikan janji aku ni. Kali ni aku nak review pasal Wedding Photographer pulak. Dan Photographer yang bertuah pada kali ini ialah…

mangotouch photography, mangotouch, photography

MangoTouch Photography

Kenapa aku nak review MangoTouch? Hebat ke dieorang? Cantik ke dieorang punye hasil kerja. Ok, meh aku cerite. Aku PM Facebook MangoTouch ni pada hari Isnin untuk dpatkan quotation untuk wedding photography. And guess what? Ini vendor pertama yang aku mintak quotation tak direct bagi quotation, but still in a good way. MangoTouch cuba nak berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan aku dulu. Ecewah. Siap dieorang tahu pulak aku ade blog ni. >.<

So al kisahnya, aku sukalah jugak kalau vendor-vendor untuk wedding ambil masa di sebalik kesibukan dieorang untuk buat ice breaking dengan potential customer dieorang. Bukan apa, aku rasa macam dihargai sangat-sangat bila MangoTouch buat macam ni – berkenalan dengan customer. Potensi untuk customer pilih pun tinggi, ye dak? Disebabkan layanan yang best.

mangotouch photography, photography, diana danielle, farid kamil

Farid Kamil & Diana Danielle
Solemnization

So, now meh kite usha hasil kerja MangoTouch ni. MangoTouch pernah jadi photographer untuk perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle. Cantik jugak kan hasil kerja dieorang kan. Huhuhu. >.< Agak-agaknya, Farid Kamil & Diana Danielle ni di’sponsor’ ke photographynya? Seronok kan jadi artis? Semua orang nak sponsor. Jimat duit. Hewhewhew~

Tapi, jangan main-main dengan hasil kerja MangoTouch. Blog BeautifulNara pun penah review pasal dieorang punya hasil kerja okay. Kalau tak percaya, boleh baca dekat sini -> Beautiful Nara review MangoTouch Photography. Aku tak nafikan, bila aku tunjuk Faceboook MangoTouch dekat tunang, die kata “Not bad. Cantik-cantik jugak gambar dieorang”. See? Tunang aku tu sangat lah particular pasal everything. Kalau dia cakap cantik, for sure memang cantik. *Macam dia cakap aku cantik. EH? Bahahahahhaa*

*Krik krik krik krik*

Bunyi cengkerik

Ok ok, cukuplah syok sendiri. Ni ha berita baik untuk B2B yang tak ada photographer lagi. MangoTouch tengah buat promosi ni. Untuk 5 pasangan yang bertuah sahaja. Photography untuk nikah dan sanding. Harga RM2699 sahaja! Bagi aku, tak lah sahaja sangat. Aku still tak mampu nak hire photog dengan harga setinggi tu. Tapi, kalau korang ada budget lebih sikit, why not? Go grab this promo.

promosi, mangotouch, photography

Untuk lebih maklumat dan nak tengok hasil-hasil kerja dieorang yang lain, korang boleh usha page dieorang:

Facebook: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Twitter: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Website: MangoTouch – Sentuhan Inspirasi

Website dieorang maybe ada problem sikit kot. Aku try nak masuk tapi keluar error kata expired tapi tarikh expirenya lambat lagi. Pelik. So, have fun godek-godek gambar dieorang. 😉