53. Sampul Surat Untuk Kad Kahwin

Kad kahwin dah siap seminggu tapi sampul surat masih tak dapat cari. Gelabah juga aku, nak nak lagi bila ayah aku dah start bertanya kad kahwin mane, kad kahwin mane. Hahahaha. So, dengan penuh dedikasi nya aku mencari lah kedai mana yang aku boleh beli borong sampul surat. Sebabnya, kat kedai-kedai biasa dan supermarket, semua jual paket kecik-kecik 10 keping ke 20 keping. Aku nak beli banyak terus.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Dan aku adalah jumpe beberapa kedai-kedai secara borong dalam internet.

1. Doorstep – http://www.doorstep.com.my/ 

2. Officeboy2u – http://www.officeboy2u.com.my/

3. Pacificonline2u – http://eshop.pacificonline2u.com/index.php

4. Premio – http://www.premio.com.my/

Tapi, yang paling aku berkenan dan sure-sure akan recommend dekat korang ialah Becon.

Becon – http://becon.my/

Aku beli sampul surat putih tak dak tingkap saiz 4.25 inchi x 6.25 inchi, muat-muat elok untuk kad kahwin kiteorang yang bersaiz A6. Aku beli 3 kotak. Sekotak ade 500 keping sampul surat. RM19.50 sekotak X 3 = RM58.50. Aku ada usha tempat lain, dieorang bagi quotation RM50 sekotak. Huiyo, manyak tipu ma. Bila aku cakap kedai lain boleh dapat RM35, terus dia turunkan harga. And of course aku jumpe tempat yang lagi murah dan beli dekat Becon.

sampul surat murah, sampul surat kad kahwin, sampul surat putih,

So, sape-sape yang nak beli sampul surat untuk kad diy korang, boleh tengok-tengok dekat link yang aku dah bagi kat atas tapi aku sangat recommend Becon. Becon banyak cawangan, don’t worry. Kat KL belambak and kt JB pun ada. Go check them out~

Advertisements

10. Printmore Sdn Bhd – Printing

Selamat pagi semua. Bangun-bangun hari ni, aku ingat nak buat entry pasal kad kahwin. Kad kahwin aku, aku design sendiri je. Tak siap lagi. Baru siap muke depan dan belakang je. Isi kat dalam plus peta tak siap lagi. Nanti bile dah siap, aku nak hantar printing dekat kedai je.

printing, kad kahwin, diy kad kahwin

Printmore Sdn Bhd

Ni ha dia, kedai printing yang dicadangkan oleh Anis dari group Facebook Bride to be (Malaysia). Printmore Sdn Bhd. Kalau korang nak print kad lebih 1000 keping, aku memang rekemen kat kedai ni. Memang murah untuk 1000 keping ke atas. Kalau bawah 1000 keping, mungkin harga dieorang standard je. Macam-macam service printing dieorang boleh buat termasuk print business/name card, kad, poster, booklet, note book and macam-macam lagi lah.

print kad kahein, kad kahwin diyprint kad kahwin, printmore, kad kahwin diy

*Nak jelas sikit, klik kat gambar.

Untuk kad tu, dua size, A4 dan A3. Ade pakej harga yang boleh print sebelah sahaja dan ade jugak pakej harga yang boleh print due-due bahagian sekali. Material kad yang digunakan pulak adalah ArtCard 260gsm dengan 310gsm. Kalau nak murah, ambil yang 260gsm je. Bagi aku memang berbaloi kalau hantar print kat Printmore Sdn Bhd kalau kad korang banyak.

lokasi printmore sdn bhd

*Klik gambar untuk lebih jelas.

Korang boleh jumpe Printmore Sdn Bhd dekat 3 tempat – cawangan Kuala Lumpur (Head Office), Petaling Jaya dan Serdang. Untuk alamat penuh dan nombor telefon, korang boleh pergi ke website dieorang – Printmore Sdn Bhd Contact Us.

Aku dah check Facebook, Printmore Sdn Bhd tak dek akaun Facebook. Dieorang just ada website je. Ape kate, korang check the out~

Website: Printmore Sdn Bhd

*Nanti kad kahwin aku dah siap design, aku update kat next next next entry. ;p