50. Shawl Oversized Halfmoon Raya – Harga Promosi!!

Ha, meh sini korang-korang yang tengah mencari tudung raya. Kalau rasa tak sempat nak pergi beli dekat Jalan TAR tu, boleh usha dekat sini untuk tengok shawl-shawl labuh -> Exclusive Oversized Halfmoon Double Layer. Design ni takda pun dekat tempat lain. Kalau korang nak pakai tudung macam ni raya nanti, aku suggest sangat korang order sekarang – boleh order dekat aku. Sebabnya sekarang ni supplier tengah buat promosi RM48 sehelai untuk semua warna. Harga original dia RM53. So, lepas harga promosi ni habis, harga akan jadi RM53 balik. >.< Sorry guys, bukan aku yang buat rules ni.

Antara design warna yang ada.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

NORMAL PRICE : RM53/1PCS
PROMOTION PRICE : RM48/1PCS – Psstt, SMS/PM/email aku untuk lebih lanjut.

Oh harga RM48 tu belum termasuk pos tawu. Harga pos untuk shawl 2 layers ni macam kat bawah:

POSTAGE
-RM7/1PCS (SEMENANJUNG)
-RM9/1PCS (SABAH)
-RM10/1PCS (SARAWAK)
-RM### (OTHERS COUNTRY, DO PM US)

Setiap tambahan sehelai shawl, harga postage tambah lagi RM2. Sorry lagi sekali. Bukan aku yang buat rule ni. >.<

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Kat bawah ni one is my favourite combination. Cantik gile.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Disebabkan untuk waktu promosi ni hanya ada 1/3 helai setiap warna, hanya serius buyers je yang akan dilayan. Booking hanya boleh 24 jam. Lepas 24 jam tiada pembayaran dilakukan, aku akan release kan booking korang tu ok. Untuk order, korang boleh sertakan maklumat-maklumat kat bawah ni sama ada SMS ke 013 2380 980 atau email ke misikahwin@gmail.com atau PM dekat facebook aku – Misi Kahwin

1) NAMA :
2) ALAMAT :
3) NO TELEFON :
4) EMAIL :
5) DOB :
6) KOD ITEM :
7) ALTERNATIF KOD : Takut-takut kod shawl yang korang nak tu dah habis, akan ganti dengan warna kod alternatif ni. Kalau tak nak letak pun tak pe. Kalau habis, korang boleh pilih sama ada nak refund atau nak tunggu next restock tapi kene tambah lagi RM5 sebab harga normal dia dah jadi RM53 semula.

OVERSIZED HALFMOON DOUBLE LAYER, shawl, halfmoon, sale, promotion

Untuk lebih banyak pilihan dan warna, korang boleh usha Facebook aku – Promosi Shawl Oversized Halfmoon. Check it out~

Advertisements

45. Set Sampin dan Tengkolok – Busana Pengantin

Ok ok cukup lah cerita pasal hantaran. Hari ni nak cerita pasal set sampin dan tengkolok untuk tunang aku. Sekali lagi, kiteorang decide nak beli set sampin, tengkolok dengan bengkung dengan Busana Pengantin. Kali ni warna hitam. Kalau ada warna biru muda cantik, dah lama kiteorang beli jugak tapi takda. Sedih.
sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkung

Macam biasa, harga dia memang murah. Aku dengan tunang memang suka barang-barang murah tapi berkualiti. Hahahahah. Harga set sampin dan tengkolok ni murah je. RM70 total termasuk sampin, bengkung dan tengkolok. Untung tak untung? Cantik dia memang lah tak cantik sangat tapi memang berbaloi lah harga RM70 untuk pakai tak sampai sehari pun. 🙂

sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkung

Aku memang rekemen Busana Pengantin sebab harga murah dan banyak pilihan. Korang-korang yang tak da set sampin pengantin boleh usha-usha dieorang.

sampin sanding, sanding, kahwin, sampin hitam, set tengkolok, set sampin, bengkungCorak kaki dan badan kain sampin. Asalnya kiteorang tak nak beli yang ni sebab silver dia lagi banyak daripada hitam. Tapi, lepas survey tempat lain (yang lagi mahal) kebanyakkan sampin hitam memang macam ni, silver lebih banyak dari hitam. So, alang-alang set ni dah murah, rembat aje le.

Kalau korang berminat nak tengok, boleh usha page Busana Pengantin ni:

Facebook: Busana Pengantin

Website: Hannah Bridal n Studio

29. Baju Melayu Nikah Dah Ada!! – Gallery First Impression Textile

Hello semua. Dah lama tak mem’blog’. Hahaha. Bila Mak datang KL, inilah jadinya. Blog tak bersentuh duduk melayan Mak je. So, sekarang Mak dah balik, teruskan MISI KAHWIN kite! Yeah! Untuk entry kali ni aku nak bagitahu korang, kiteorang dah beli baju melayu akad nikah untuk Encik Handsome saya. Nah, jamulah gambar-gambar dekat bawah ni.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju melayu untuk akad nikah.

Gambar konon nak ambil style photog selalu shoot tu.

Bahahaha. Berangan

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Warna baju melayu ni off white dan berkilat-kilat sikit. Jenis kain licin.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju ni kiteorang beli dekat kedai Gallery First Impression Textile dekat Jalan TAR.

Harga RM150 setelah tawar menawar.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Ni yang aku nak tunjuk sangat ni. Cuba tengok saiz baju ni. Tolong tengokkk. Tolong. Saiz “S” okay, saiz “S”. Sekian, terima kasih. Sekarang korang dah dapat hint tunang aku badan kecik. Kecik. Kurus. Rendah. >.< Over pulak hintnya. 😀

 

 

Oh oh oh oh oh oh korangggggg! IKEA tengah buat SALE!!! IKEA tengah buat SALE!! IKEA tengah buat SALE!! Nampak tak excitednya aku bila tahu IKEA nak buat sale? Jom pergi serbu IKEA dari 4 Julai sampay 24 Julai ni! Beli barang-barang untuk kahwin. Hikhikhik.

26. Sampin Nikah Dah Ada!! – Busana Pengantin

Ingat tak aku ada cerita pasal kain sampin nikah murah? Kalau lupe, meh baca dekat sini dulu pasal kain sampin nikah murah tu. Aku dah lama dah booking sampin ni dengan vendor Busana Pengantin, tapi baru hari Sabtu minggu lepas sempat nak pergi ambil dekat Cheras alang-alang aku dan tunang nak survey makanan ringan untuk buat doorgift dekat NSK.

So, ni la design sampin putih silver yang aku dan tunang beli untuk akad nikah nanti. Harga serius murah RM70 sahaja. Semalam aku, mak dan tunang pergi Jalan TAR tengok-tengok dan beli apa yang patut. Sekali kiteorang nampak design sampin sebijik macam design kain sampin yang kiteorang beli ni. Harga die –> RM180. Sekian, terima kasih. Hehehe.

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design kaki sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design bunga sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Full design sampin

Sebenarnya, Busana Pengantin ni diaorang jual barang-barang second hand. Barang-barang yang orang lain dah pernah pakai. So, that’s why lah kiteorang beli sampin tu boleh dapat murah gila-gila. So, korang tunggu apa lagi. Kalau nak set sampin, tanjak dan bengkong murah, pergi serbu Facebook atau blog Busana Pengantin ni.

25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

Tadaaaaa. Aku dah dapat balik baju nikah yang aku beli online lepas drama dari pihak POS LAJU hari tu setel. Kalau korang tak tahu pasal drama baju nikah aku ni, boleh bace entri pasal drama tu dekat sini. Pihak Pos Laju dah ambil balik parcel aku dari office mane entah dieorang hantar then pass pade aku pada hari Selasa lepas. Alhamdullilah. Pihak Pos Laju Malaysia pun dah mintak maaf so aku maafkan lah. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Eceyh eceyh.

baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli

Baju nikah

Aku censor bahagian tetek sebab aku rase shekshi gila.

Ni dia baju nikah yang aku beli dari Twilight Violet Boutique. Nampak tak dekat gambar nombor tiga tu muka aku masam je? Hahahah. Rupa-rupanya, drama baju nikah aku ni, bukan setakat Pos Laju salah hantar tempat. Lagi satu drama tentang baju ni, lepas aku cuba pakai baru aku sedar saiz M besar bagi aku. Ni lah pepatah orang Melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Tapi, aku salah ukur. Kat bawah ni ukuran yang dah dibagi oleh Twilight Violet Boutique:

SAIZ 34 (XS) BAHU 14″ DADA 34″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 24-26″ PUNGGUNG 35″

SAIZ 36 (S) BAHU 14.5″ DADA 36″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 26″ PUNGGUNG 37″

SAIZ 38 (M) BAHU 15″ DADA 38″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 28″ PUNGGUNG 39″

SAIZ 40 (L) BAHU 15.5″ DADA 40″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 30″ PUNGGUNG 41″

SAIZ 42 (L) BAHU 16″ DADA 42″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 32″ PUNGGUNG 43″

SAIZ 44 (XL) BAHU 16.5″ DADA 44″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 34″ PUNGGUNG 45″

Bila aku tengok saiz yang dia bagi, aku gelabah tang bahu. Saiz badan aku (shhh, rahsia kita-kita je ni)  32.5-26.5-35.5 so sepatutnya aku boleh ambil saiz XS tapi sebab bahu aku 15.5, aku jadi risau bahu ketat. Aku ada experience bahu baju kemeja aku ketat even kemeja tu saiz S, so that’s why la aku pilih saiz M. Hahahha, nampak tak beza nya? Memang besar gila-gila lah. Memang tak cantik dekat badan aku. So, akhirnya terpaksa lah mak yang alter kan baju tu, kecil kan bahagian yang patut dikecilkan.

So yeah. This is my solemnization attire. Simple je tapi nanti-nanti lepas kahwin, still boleh pakai semula baju ni. Tak de lah rasa macam membazir sangat. 🙂 Cuma satu nasihat aku waktu beli baju kurung chiffon online, jangan kisah pasal bahu. Kisah pasal ukuran badan saja ok? Nanti jadi macam aku pulak. Heheheh.

*Baju nikah ni akan di’alter’ supaya muat-muat cantik dengan badan aku.

**Baju nikah ni akan ditambah dan di’alter’ manik-maniknya supaya nampak naik seri sikit daripada yang sekarang ni.

***Aku planning nak pakai tudung labuh depan sampai bawah tetek sepaya suami aku tak de lah akad nikah je, terus tanggung dosa aku. Same goes to tudung waktu bersanding. 🙂

18. Kain Sampin Nikah Murah – Busana Pengantin

Semalam aku semangat cerita pasal beli baju nikah perempuan guna duit BR1M kan. Hari ni aku nak cerita aku dan tunang beli kain sampin murah untuk akad nikah nanti. Aku dan tunang planning pakai baju putih untuk akad nikah. Oh, akad nikah aku belah malam. Jumaat malam Sabtu. Malam tu boleh la terus………………………. Weh, korang fikir ape? Aku nak cakap terus ambil gambar ye. Bahahahha. Kotor betul otak korang ni. Hihihihi.

Ok, ok. Meh aku belanje korang gambar sampin putih untuk akad nikah aku nanti. Warna putih silver sebab style orang akad nikah sekarang kan suke pakai sampin putih corak-corak gitu.

sampin nikah. sampin putih, akad nikah, sampin nikah murah

Tu dia. Asalnye nak beli sampin lain. Jenis sampin songket Pakistan. Warna putih silver jugak. Murah pun murah. RM36 sekali dengan postage. Tapi time tu konon-konon aku nak pergi terus dekat kedai die dekat Cheras sebab nak pilih set sampin warna hitam dan turquoise sekali so aku cakap kat akak tu, nanti pergi sane baru bayar. Die kate ok. Tibe-tibe pulak pagi yang aku nak pergi kedai die tu, akak tu message kate kedai tutup, tak boleh datang. Sebab nye? Sebab die nak beranak dah. Wah, dapat anak gitu. So, aku pun ok la.

Silap aku satu je kat situ, aku just booking angin. Tak de booking pakai duit. So, next week nye tunang aku tanye Kak Siti, owner kedai ni pasal sampin tu. Die kate dah sold out. Aduh, keciwa kiteorang. Dah la cantik, murah pulak tu. Melepas.

So, bile aku nampak kedai ni upload sampin baru warna putih silver, aku cepat-cepat kejut tunang aku bangun tidur. Time tu hari Sabtu, pagi-pagi buta aku kejut die. Dah la die habis keje semalam nye pukul 12 malam. Kesian die. Tengok-tengok tunang aku minat jugak dengan sampin tu. Terus aku book dengan bayar duit. Hahhaha. Takut melepas lagi. Kali ni kain sampin yang jenis elok sikit. Harga pun naik sikit. RM70. InsyaAllah hari Ahad ni aku dengan tunang nak gi Cheras ambil kain sampin dan survey set sampin dan tengkolok untuk majlis kenduri nanti. Oh, harga set sampin die sekali dengan tengkolok cuma RM70. 😀

Nak tahu kedai ni jual ape lagi? Meh aku belanje gambar sikit lagi.

  pelamin kahwin, busanan pengantin

Pelamin untuk tempahan

veil kahwin, kahwin, baju kahwin

Veil panjang pendek semue ade

baju melayu, baju melayu kahwin

Baju melayu lelaki

kebaya kahwin, baju kahwin

Kebaya panjang. Ini. Buat. Air. Liur. Aku. Meleleh. Nasib baik jarang dan mahal.

Kalau tak dah lame aku beli. Hohoho.

kasut kahwin, wedding shoes, kahwin

Kasut kahwin.

Gambar-gambar yang aku share ni baru sikit. Banyak lagi yang die jual. Ada set baju pengantin lelaki dan perempuan, ade accessories macam rantai, brooch untuk kebaya, tiara gold, keris, payung, lace glove, sejadah, flowergirl dress, fabric, lace arghhh banyak lagi lah. Dan yang menarik nye, barang-barang yang die jual boleh tahan murahnye sebab ade yang second hand punye barang. So, korang ape lagi? Jom check it out~

Facebook: Busana Pengantin

Blog: Hannah Bridal

*Kebaya jarang tu masih membuat air liur serta air hidung ku meleleh dengan lebih kencang. -___-“

17. Guna Duit BR1M Beli Baju Nikah – Twilight Violet Boutique


BR1M, baju nikah, duit BR1M

Tu dia voucher BR1M yang aku baru pergi claim hari ni lepas balik kerja. Mmmmiahahahha. Semangat aku. So, nanti kene pergi sama ada Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Public Bank atau pun Maybank untuk cashkan voucher ni. Off course la aku akan pergi CIMB sebab CIMB Bank ade kat bawah belakang ofis aku je. Time lunch hour besok boleh lah claim then masuk dalam akaun terus. Tak mau aku pegang duit banyak-banyak. Nanti terjoli.

Anyway aku nak cerita yang aku baru je beli baju nikah aku secara online. =___= Wow tak. Bahahaha. Orang lain semue rilek beli kain dan tempah, aku pulak beli online je. Kain yang aku beli dulu tu aku nak buat baju untuk majlis kenduri belah aku dan belah tunang aku. Tapi aku nak cerita la pasal vendor yang aku beli baju nikah ni.

twilight violet vendor, baju peplum, baju nikah

Twilight Violet Boutique

Ni name kedai online yang aku beli baju tu. Tengok Facebook dieorang, fan gile ramai around 60 100 fans. Gile tak. Hehehe. Then aku tengok lah feed back customer die. Dah ade ramai jugak yang beli dengan dieorang ni dan dah dapat pun baju nye. Tapi, dieorang ni macam tak mesra alam sangat kot.

Aku PM tanye baju yang aku berkenan tu available lagi ke tak on Sunday. Die reply ok around setengah jam ke sejam macam tu. So, malam semalam aku bayar lah harga baju tu, isi borang and everything, lepas tu PM Facebook die. Kan kite boleh tahu orang bace ke tak PM kite. Sampai hari ni, die tak bace-bace. So, aku naik risau la. Nak nak pulak gile aku dah kene tipu time beli kain dulu. So, aku SMS number phone die. Die reply, that’s good. Aku quote SMS die:

Salam sis… harap sisi isi form order .. kalau dh isi.  Abaikan msg ni. Tq

Lepas tu aku reply balik, cakap dah isi form semue. Then die senyap. Ai, ai, ai, at least reply la. Paranoid aku jadinye dengan vendor-vendor yang suke senyap lepas dapat duit. Hahahah. Heeee, geram pun ada jugak tapi aku cube berfikiran positif. Die busy kot. Banyak order lagi nak handle ni. So, I’ll just wait seminggu ni, dapat ke tak tracking number dan baju nye. Kalau tak dapat, report ke KPDNKK je la jawabnye. Mak aih, paranoid nye aku niiii. Bahahahha.

Now now aku nak tunjuk baju yang mane aku nak buat untuk akad nikah nanti.

baju nikah, peplum putih, baju akad nikah peplum, peplum putih

Putih bersih suci la konon. Peplum putih kata kau. Ha, amik. Dulu aku tak suke baju kurung peplum sebab baju die pendek nampak buntot. Kalau orang yang tak dek buntot tu tahan lagi la aku nengok nye pakai. Kalau dah tang badan macam tong drum, pakai peplum, kain ketat mak aih, baju pendek. Tak payah tunggu orang laki meleleh air liur, aku dulu meleleh darah dari mate. Aku tak pasti mane kecantikan pakai kain ketat tunjuk buntot gebu gebas dekat laki.

Yang buat aku berkenan dengan baju kurung peplum putih ni mesti lah sebab die 1) Warna putih. Baju nikah bese orang buat warna putih konon-konon nak nampak suci permulaan nye. Eceh. 2) Baju peplum ni labuh tutup punggung. Kan sweet bertutup semue. Tak dek show off buntot dekat laki lain. Kalau nak tunjuk sangat buntot tu dekat laki, malam akad nikah tu, masuk bilik, selak kain, tunjuk buntot kau dekat laki kau yang sah. Awwww, sweet~

Anyway, mesti korang cakap kosong sangat kan baju ni. Worry not, nanti aku nak tambah beading dekat lengan dengan mane-mane yang patut. Nampak menyerlah sikit dalam gambar nanti. Hihiihi. Ok lah, kalau korang berkenan nak tengok baju-baju macam kat atas ni, korang pergi je dekat Facebook Twilight Violet Boutique ni. Banyak lagi baju-baju kurung yang cantik yang aku rase nak beli tapi rilek dulu lah. Beli ape yang penting je dulu. Jom check it out~

Facebook: Twilight Violet Boutique

Nak tahu ape kaitan BR1M dengan baju nikah aku? Baju nikah aku ni berharga RM230 free delivery. Aku dapat BR1M RM250. 😀 Walaupun aku dah beli dulu baju ni gune duit sendiri, aku nak assume aku beli baju ni gune duit BR1M tu. Hehehehe. Kalau korang jumpe any online shop yang jual baju kurung cantik dan murah, feel free to comment the links kat ruangan komen. At least boleh tolong B2B lain yang belum beli baju lagi.

*Semoga cepat-cepat dapat baju dan tak kene tipu. Amiiiinnn~