84. Hari Nikah 18 Oktober 2013

Kejap lagi InsyaAllah aku akan secara sahnya menjadi isteri kepada tunang ku. Ya Allah, permudahkan segala nya.  Permudahkan segala nya. Permudahkan segalanya.

logo, initial monogram wedding

Advertisements

29. Baju Melayu Nikah Dah Ada!! – Gallery First Impression Textile

Hello semua. Dah lama tak mem’blog’. Hahaha. Bila Mak datang KL, inilah jadinya. Blog tak bersentuh duduk melayan Mak je. So, sekarang Mak dah balik, teruskan MISI KAHWIN kite! Yeah! Untuk entry kali ni aku nak bagitahu korang, kiteorang dah beli baju melayu akad nikah untuk Encik Handsome saya. Nah, jamulah gambar-gambar dekat bawah ni.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju melayu untuk akad nikah.

Gambar konon nak ambil style photog selalu shoot tu.

Bahahaha. Berangan

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Warna baju melayu ni off white dan berkilat-kilat sikit. Jenis kain licin.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju ni kiteorang beli dekat kedai Gallery First Impression Textile dekat Jalan TAR.

Harga RM150 setelah tawar menawar.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Ni yang aku nak tunjuk sangat ni. Cuba tengok saiz baju ni. Tolong tengokkk. Tolong. Saiz “S” okay, saiz “S”. Sekian, terima kasih. Sekarang korang dah dapat hint tunang aku badan kecik. Kecik. Kurus. Rendah. >.< Over pulak hintnya. 😀

 

 

Oh oh oh oh oh oh korangggggg! IKEA tengah buat SALE!!! IKEA tengah buat SALE!! IKEA tengah buat SALE!! Nampak tak excitednya aku bila tahu IKEA nak buat sale? Jom pergi serbu IKEA dari 4 Julai sampay 24 Julai ni! Beli barang-barang untuk kahwin. Hikhikhik.

25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

Tadaaaaa. Aku dah dapat balik baju nikah yang aku beli online lepas drama dari pihak POS LAJU hari tu setel. Kalau korang tak tahu pasal drama baju nikah aku ni, boleh bace entri pasal drama tu dekat sini. Pihak Pos Laju dah ambil balik parcel aku dari office mane entah dieorang hantar then pass pade aku pada hari Selasa lepas. Alhamdullilah. Pihak Pos Laju Malaysia pun dah mintak maaf so aku maafkan lah. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Eceyh eceyh.

baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli

Baju nikah

Aku censor bahagian tetek sebab aku rase shekshi gila.

Ni dia baju nikah yang aku beli dari Twilight Violet Boutique. Nampak tak dekat gambar nombor tiga tu muka aku masam je? Hahahah. Rupa-rupanya, drama baju nikah aku ni, bukan setakat Pos Laju salah hantar tempat. Lagi satu drama tentang baju ni, lepas aku cuba pakai baru aku sedar saiz M besar bagi aku. Ni lah pepatah orang Melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Tapi, aku salah ukur. Kat bawah ni ukuran yang dah dibagi oleh Twilight Violet Boutique:

SAIZ 34 (XS) BAHU 14″ DADA 34″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 24-26″ PUNGGUNG 35″

SAIZ 36 (S) BAHU 14.5″ DADA 36″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 26″ PUNGGUNG 37″

SAIZ 38 (M) BAHU 15″ DADA 38″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 28″ PUNGGUNG 39″

SAIZ 40 (L) BAHU 15.5″ DADA 40″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 30″ PUNGGUNG 41″

SAIZ 42 (L) BAHU 16″ DADA 42″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 32″ PUNGGUNG 43″

SAIZ 44 (XL) BAHU 16.5″ DADA 44″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 34″ PUNGGUNG 45″

Bila aku tengok saiz yang dia bagi, aku gelabah tang bahu. Saiz badan aku (shhh, rahsia kita-kita je ni)  32.5-26.5-35.5 so sepatutnya aku boleh ambil saiz XS tapi sebab bahu aku 15.5, aku jadi risau bahu ketat. Aku ada experience bahu baju kemeja aku ketat even kemeja tu saiz S, so that’s why la aku pilih saiz M. Hahahha, nampak tak beza nya? Memang besar gila-gila lah. Memang tak cantik dekat badan aku. So, akhirnya terpaksa lah mak yang alter kan baju tu, kecil kan bahagian yang patut dikecilkan.

So yeah. This is my solemnization attire. Simple je tapi nanti-nanti lepas kahwin, still boleh pakai semula baju ni. Tak de lah rasa macam membazir sangat. 🙂 Cuma satu nasihat aku waktu beli baju kurung chiffon online, jangan kisah pasal bahu. Kisah pasal ukuran badan saja ok? Nanti jadi macam aku pulak. Heheheh.

*Baju nikah ni akan di’alter’ supaya muat-muat cantik dengan badan aku.

**Baju nikah ni akan ditambah dan di’alter’ manik-maniknya supaya nampak naik seri sikit daripada yang sekarang ni.

***Aku planning nak pakai tudung labuh depan sampai bawah tetek sepaya suami aku tak de lah akad nikah je, terus tanggung dosa aku. Same goes to tudung waktu bersanding. 🙂