83. Baju Bersanding DIY

Poyo sikit tunjuk baju. Aku nak cakap baju ni aku dengan mak yang jahit manik dan lace. Selaku amatur tak bertauliah – samada dalam bidang lace dan memanik, mahupun jahit menjahit, aku memang sengaja cari nahas hias baju sendiri. Aku tak reti langsung menjahit lace dan manik. Tapi dengan jiwa kental dan bimbingan daripada mak kesayangan, Alhamdullilah. Selamat lah baju ni dijahit oleh aku dan mak.

baju bersanding, bersanding, baju kahwin, baju kahwin diy

Lace nak manik yang simple saje. Baju pun baju kurung moden. Nampak tak? Nampak tak ironinya. Boleh lah aku pakai lepas kahwin nanti ke kenduri orang lain tanpa pengantin perempuan rase tergugat dengan baju aku. Jom kite tengok samada baju pengapit aku nanti lagi the vazz dari baju aku. Kate nye nak pakai baju warna cream macam pengantin? =_____=

Advertisements

73. Baju Bersanding Perempuan – Butik Umairah

Baju kahwin aku dah lama dah siap jahit. Lambat update je. Hehehe. Aku tempah dekat Butik Umairah dalam Medan MARA. Murah je tempah dengan dia. Aku tempah baju kurung moden, dress jubah dan baju melayu jenis yang keras untuk tunang aku dekat Butik Umairah ni. Dia buat tak dek lah lama sangat. Dalam 3 minggu macam tu dah siap. Tapi, kene extend lama sikit sebab kene alter sikit lepas fitting.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Ni dia baju kurung moden aku. Belah luar kain satin charmeuse. Abaikan segala kedutan tu. Baju ni lepas aku keromot letak dalam beg. Hehehe. Lining belah dalam pakai chiffon biasa je.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Total tempah baju ni RM160 temasuk lining. Mahal sikit tak? Sebab dia tahu kite nak buat baju pengantin kot. Cas lah mahal sikit. Kalau cakap nak buat baju biasa, maybe boleh dapat murah sikit. Hehehe. Tapi bagi aku, ni dah kira mampu milik lah harga nya.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

 

so, sapa-sapa yang berkenan, boleh pergi dekat Butik Umairah. Lokasi Medan MARA sebelah Pertama Kompleks. First floor. Naik eskeletor (macam mana nak eja) pusing kiri sikit, straight je sampai hujung. Lepas tu pusing kiri lagi. Nanti jumpe la kedai die. Tersorok sikit dekat dalam-dalam. Hehehe. Good luck!

56. Design Baju Untuk Bersanding

Walaupun aku tak buat bersanding bertepung tawar, tapi aku nak prepare jugak baju bersanding untuk majlis kenduri sehari selepas akad nikah tu. Disebabkan aku ni bukan lah perempuan yang gila fesyen dan tak berapa suka pakai baju kurung, baju kebaya dan baju seumpamanya, aku buat lah design baju yang sesimple mungkin.

baju kurung bersanding, baju sanding

 

Kehkehkeh~ simple gile tak baju aku? Baju kurung moden + lace sikit + manik sikit + bunga chiffon sikit. Malas nak buat gempak-gempak takut nanti lepas kahwin, tak dapat pakai baju ni lagi. Buat simple-simple, next time tak dek lah segan sangat nak pakai. Kalau tak pakai nanti, rugi je. Baju ni tema warnanya off white dan hitam.

 

Aku dah hantar tempah dekat Butik Umairah di Medan Mara. Buat baju kurung moden plain saje. nanti beading jahit sendiri je. Grr~ Seram jugak nak jahit baju sendiri. Hopefully ok lah. So, stay tuned for the outcomes. 🙂