74. Dress Jubah Majlis Bertandang – Butik Umairah

Baju untuk majlis bersanding aku dah siap. Ambil sekali dengan baju melayu tunang dengan baju kurung moden untuk majlis bersanding. Untuk majlis bertandang tu, aku buat dress jubah. Sopan lah sikit. Hikhikhik.

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Dress ni aku buat simple je. Tak terfikir pulak nak buat princess cut. Waktu tengah cari baju untuk family aku hari tu, nampak pulak satu kedai ni buat dress princess cut. Cantik sangat cutting die. Aish, rugi-rugi. Rugi sangat bila jadi buta fesyen. Huuuu~ Tapi tunang aku suka kate, jangan fikir benda yang dah lepas. Redha je. =____= Alahai senang betul die meredha kan semua benda. Harap-harap nanti dia redha lah dapat aku ni. Nak masuk syurga 🙂

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Harga untuk dress ni RM150 je termasuk lining. Ok lah kot tu. Nanti tinggal nak tambah lace je kat baju ni. InsyaAllah doakan cantik-cantik je. 🙂

57. Design Baju Untuk Majlis Bertandang

Baju nikah dah setel. Baju majlis bersanding dah setel design. So, kali ni aku nak cerita pasal design untuk majlis bertandang yang akan diadakan di Rembau. Sejak budak-budak aku tahu majlis belah lelaki buat dekat Rembau, everyone is like “Yo, Rembau most wanted yaw!”. Ok ok ok, aku faham. Aku faham. =___=

So yep, bagi korang yang baca post aku sebelum ni, aku ada cakap yang aku ni jenis tak berkenan sangat nak pakai baju kurung, kebaya etc. Tapi demi hari bahagia ku, nak lah melawa sikit kan. Orang kata, perempuan ni nampak lagi ayu kalau pakai baju-baju yang bersopan santun ni. Ihik. So, I present to you, my design for majlis bertandang nanti.

baju untuk bertandang, majlis bertandang

Ini kira apa ya? Jubah ke dress? Entah lah aku pun tak tahu. Yang aku tahu nak design macam ni je. Tema belah bertandang ialah off white dengan biru muda. Oh, and aku dah hantar tempah dress ni dekat tempat yang sama aku hantar baju kurung moden untuk majlis bersanding tu -> Butik Umairah. Macam baju kurung moden tu jugak, aku tempah plain dress warna off white je. Lace dan manik nanti aku akan jahit sendiri. Hee.

Nanti baju dah siap jahit dekat Butik Umairah, aku upload gambar kat sini dan buat review sama ada berbaloi ke tak buat dekat Butik Umairah tu. Stay tuned.