83. Baju Bersanding DIY

Poyo sikit tunjuk baju. Aku nak cakap baju ni aku dengan mak yang jahit manik dan lace. Selaku amatur tak bertauliah – samada dalam bidang lace dan memanik, mahupun jahit menjahit, aku memang sengaja cari nahas hias baju sendiri. Aku tak reti langsung menjahit lace dan manik. Tapi dengan jiwa kental dan bimbingan daripada mak kesayangan, Alhamdullilah. Selamat lah baju ni dijahit oleh aku dan mak.

baju bersanding, bersanding, baju kahwin, baju kahwin diy

Lace nak manik yang simple saje. Baju pun baju kurung moden. Nampak tak? Nampak tak ironinya. Boleh lah aku pakai lepas kahwin nanti ke kenduri orang lain tanpa pengantin perempuan rase tergugat dengan baju aku. Jom kite tengok samada baju pengapit aku nanti lagi the vazz dari baju aku. Kate nye nak pakai baju warna cream macam pengantin? =_____=

60. Lace Biru Untuk Baju Majlis Bertandang

Biru biru biru. Lately aku makin jatuh cinta dengan warna biru. Nak nak lagi biru turqoise. Jatuh. Cinta. Habis. Dan dan pulak majlis bertandang tema dia warna biru. Ngehngehngeh~ So so so, ni lace yang aku akan pakai untuk tepek dekat dress belah majlis bertandang nanti.

lace putih, lace untuk baju kahwin, baju lace

 

Biru muda dengan putih, kombinasi warna yang cantik. Semua warna campur dengan putih cantik kan? Heh. 

lace putih, lace untuk baju kahwin, baju lace

 

Lace ni sama macam lace putih aku beli tu RM80 semeter. Sila jangan komplen pape pasal harga. Aku dah beli pun. Tunang dengan mak aku kata redha je. Yes, I am now. Hehehehe. Bukan nak kata duit aku banyak, cuma mungkin rezeki dieorang dah la tu. Lagipun aku beli lace ni dah lameeeeee dulu. Pemikiran masih tak matang. Hohohoho~

 

Doakan kan je lah rezeki aku berlimpah ruah lepas ni. Amiiiiinn~ Korang pun same, insyaAllah rezeki melimpah ruah. 🙂