75. Baju Tema Family

Tema warna untuk family aku waktu majlis bersanding nanti ialah warna silver-ish grey. Time cari baju ni, macam ape je. Susah gile kot. Kakak aku punya idea lah nak silver-ish silver-ish grey ni. Lebam je nak cari. Sabar je la.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Tu dia baju-baju untuk family aku. 6 helai baju melayu dan baju kurung. Warna ikut tema silver-ish grey. Well, mostly grey. Susah nak cari baju warna silver yang tak berkilat. Berkilat karang mak tak suka pakai. Tapi last-last beli jugak dekat mak baju yang berkilat. Hahahaha. Kesian mak.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Baju melayu dua pasang. Satu untuk ayah satu lagi untuk abang. Yang ni beli kat Jalan TAR. Tak ingat dah nama kedai. Harga RM130 sepasang. Hari tu aku ada jumpa baju melayu yang boleh tahan jugak kualiti dia. Harga pun murah. RM79 sepasang. Sayang sungguh saiz ayah dan abang aku tak ada. Geram betul.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Ni pulak baju kurung biasa. Range harga antara RM79 sampai RM120. Tapi yang RM120 tu aku dapat less sampai RM80. Padahal aku tak start tawar menawar lagi. Baru nak tanya confirmkan harga berapa. Tiba-tiba akak tu kata bagi RM80. Hahahha. Untung lah boleh jimat sikit. Dan baju ni nanti, akan jadi baju raya kiteorang tahun depan. Hohohoho~ Penjimatan berganda. 😀

74. Dress Jubah Majlis Bertandang – Butik Umairah

Baju untuk majlis bersanding aku dah siap. Ambil sekali dengan baju melayu tunang dengan baju kurung moden untuk majlis bersanding. Untuk majlis bertandang tu, aku buat dress jubah. Sopan lah sikit. Hikhikhik.

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Dress ni aku buat simple je. Tak terfikir pulak nak buat princess cut. Waktu tengah cari baju untuk family aku hari tu, nampak pulak satu kedai ni buat dress princess cut. Cantik sangat cutting die. Aish, rugi-rugi. Rugi sangat bila jadi buta fesyen. Huuuu~ Tapi tunang aku suka kate, jangan fikir benda yang dah lepas. Redha je. =____= Alahai senang betul die meredha kan semua benda. Harap-harap nanti dia redha lah dapat aku ni. Nak masuk syurga 🙂

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Harga untuk dress ni RM150 je termasuk lining. Ok lah kot tu. Nanti tinggal nak tambah lace je kat baju ni. InsyaAllah doakan cantik-cantik je. 🙂

73. Baju Bersanding Perempuan – Butik Umairah

Baju kahwin aku dah lama dah siap jahit. Lambat update je. Hehehe. Aku tempah dekat Butik Umairah dalam Medan MARA. Murah je tempah dengan dia. Aku tempah baju kurung moden, dress jubah dan baju melayu jenis yang keras untuk tunang aku dekat Butik Umairah ni. Dia buat tak dek lah lama sangat. Dalam 3 minggu macam tu dah siap. Tapi, kene extend lama sikit sebab kene alter sikit lepas fitting.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Ni dia baju kurung moden aku. Belah luar kain satin charmeuse. Abaikan segala kedutan tu. Baju ni lepas aku keromot letak dalam beg. Hehehe. Lining belah dalam pakai chiffon biasa je.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Total tempah baju ni RM160 temasuk lining. Mahal sikit tak? Sebab dia tahu kite nak buat baju pengantin kot. Cas lah mahal sikit. Kalau cakap nak buat baju biasa, maybe boleh dapat murah sikit. Hehehe. Tapi bagi aku, ni dah kira mampu milik lah harga nya.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

 

so, sapa-sapa yang berkenan, boleh pergi dekat Butik Umairah. Lokasi Medan MARA sebelah Pertama Kompleks. First floor. Naik eskeletor (macam mana nak eja) pusing kiri sikit, straight je sampai hujung. Lepas tu pusing kiri lagi. Nanti jumpe la kedai die. Tersorok sikit dekat dalam-dalam. Hehehe. Good luck!

72. Lingerie Murah

Aku ada join group Bride-to-Be ni dekat Facebook. Sapa-sapa yang nak kawen, boleh lah join group ni untuk dapatkan info pasal wedding preparation. Tapi warning ya, hanya untuk Bride saja. yang lelaki jangan gatai-gatai pulak nak join. Lepuk karang. Kalau korang nak join, boleh request untuk join dekat sini:

Facebook: Bride to Be (Malaysia) 

Dalam group ni macam-macam kiteorang discuss. Memang sesuai sangat untuk b2b dapatkan info pasal wedding preparation. Dan salah satu nya isu pemakaian baju shekshi untuk suami lepas kawen nanti. Ramai yang masih segan-segan untuk beli baju-baju shekshi untuk ditayang depan suami nanti. Hohoho. Gila ape. Kalau aku pun segan. So, beli secara online adalah jalan yang terbaik. 😀

Aku ada usha few Facebook page dan website yang jual lingerie ni. Kat sini aku listkan sikit.

1. Sexy Escape

2. SecretNite

3. AsiaVenus

4. Sally Fashion

Dalam banyak-banyak ni, aku pernah beli dekat Sexy Escape je. Dan Alhamdullilah, dieorang buat kerja bagus dan boleh dipercayai. Aku order dua kali kot dengan dieorang. First time beli memang takut-takut sikit sebab tak percaya sangat. Naasib baik lah page ni betul-betul peniaga yang bagus. Bukan macam certain peniaga yang gempak je cakap ok ok waktu nak ambil order. Lepas ambil order, senyap terus menghilang. Sabar je la.

Oh oh Sexy Escape ni semua ready stock. Tapi cepat habis stock. Dieorang akan hantar order kite lepas 2 hari kita bayar. Besoknya kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dah sampai. Waktu aku beli tu, memang terus dapat next day nya.

So, Sexy Escape. Sangat-sangat recommended! 🙂 Good luck.

60. Lace Biru Untuk Baju Majlis Bertandang

Biru biru biru. Lately aku makin jatuh cinta dengan warna biru. Nak nak lagi biru turqoise. Jatuh. Cinta. Habis. Dan dan pulak majlis bertandang tema dia warna biru. Ngehngehngeh~ So so so, ni lace yang aku akan pakai untuk tepek dekat dress belah majlis bertandang nanti.

lace putih, lace untuk baju kahwin, baju lace

 

Biru muda dengan putih, kombinasi warna yang cantik. Semua warna campur dengan putih cantik kan? Heh. 

lace putih, lace untuk baju kahwin, baju lace

 

Lace ni sama macam lace putih aku beli tu RM80 semeter. Sila jangan komplen pape pasal harga. Aku dah beli pun. Tunang dengan mak aku kata redha je. Yes, I am now. Hehehehe. Bukan nak kata duit aku banyak, cuma mungkin rezeki dieorang dah la tu. Lagipun aku beli lace ni dah lameeeeee dulu. Pemikiran masih tak matang. Hohohoho~

 

Doakan kan je lah rezeki aku berlimpah ruah lepas ni. Amiiiiinn~ Korang pun same, insyaAllah rezeki melimpah ruah. 🙂

58. Design-design Lain Untuk Baju Kahwin

Sebelum aku finalize design untuk baju bersanding dan baju bertandang tu, haruslah banyak gila design yang aku cuba reka. Dan mostly design poyo gila bajet-bajet rasa macam ayu gila la kalau pakai. Bila tengok semula, memang rasa nak tendang-tendang punggung sendiri sebab buat design macam tu.

Tanpa buang masa lagi, jom lah tengok half of design-design yang aku conteng sebelum ni.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ni sketch poyo-poyo je. Semua nak bajet dress macam princess. Pui. Geli. Eh? Ngate diri sendiri tak boleh blah. >.<

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Hamik kau. Detail mak aih tak leh blah. Siap dengan manik ape nak pakai, lace ape warna ape, veil siap. >.< tapi design ni nampak poyo reben pew pew melebeh dekat tepi. So, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ni pulak aku tengok design ni dekat internet. Orang putih punye gaun pendek. Cantik. Dia pakai labuci. Ya Rabbi memang cantik. Bila aku try convertkan dalam sketch aku, MAJOR FAIL. Hahahha. And susah kalau nak jahit labuci banyak-banyak macam ni. So, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Ini macam lebih kurang dengan design baju bertandang sekarang ni. Cuma line lace tu tak berkenan sangat. so, improvise and jadi lah design baju bertandang sekarang. This one, reject.

design baju kahwin, design baju, baju kahwin

Yang ni bila aku tengok semula, memang rase nak lempang bertubi-tubi diri sendiri. Sungguh geli. Bukan style aku sangat-sangat ni. Tapi tak tahu nape gedik nak design macam ni dulu. So, reject.

Dah puas gelak-gelak? Ok, dah habis. Setel. Bye.

57. Design Baju Untuk Majlis Bertandang

Baju nikah dah setel. Baju majlis bersanding dah setel design. So, kali ni aku nak cerita pasal design untuk majlis bertandang yang akan diadakan di Rembau. Sejak budak-budak aku tahu majlis belah lelaki buat dekat Rembau, everyone is like “Yo, Rembau most wanted yaw!”. Ok ok ok, aku faham. Aku faham. =___=

So yep, bagi korang yang baca post aku sebelum ni, aku ada cakap yang aku ni jenis tak berkenan sangat nak pakai baju kurung, kebaya etc. Tapi demi hari bahagia ku, nak lah melawa sikit kan. Orang kata, perempuan ni nampak lagi ayu kalau pakai baju-baju yang bersopan santun ni. Ihik. So, I present to you, my design for majlis bertandang nanti.

baju untuk bertandang, majlis bertandang

Ini kira apa ya? Jubah ke dress? Entah lah aku pun tak tahu. Yang aku tahu nak design macam ni je. Tema belah bertandang ialah off white dengan biru muda. Oh, and aku dah hantar tempah dress ni dekat tempat yang sama aku hantar baju kurung moden untuk majlis bersanding tu -> Butik Umairah. Macam baju kurung moden tu jugak, aku tempah plain dress warna off white je. Lace dan manik nanti aku akan jahit sendiri. Hee.

Nanti baju dah siap jahit dekat Butik Umairah, aku upload gambar kat sini dan buat review sama ada berbaloi ke tak buat dekat Butik Umairah tu. Stay tuned.