82. Baju Nikah DIY

Besok aku dah nak kahwin dan aku nak tunjuk sikit baju nikah aku. Hahahha. Baju nikah ni aku beli dah siap dekat Twilight Violet Boutique. Aku ade cerite dekat sini –> Guna Duit BRIM Beli Baju Nikah. Tapi sebab terbeli saz besar, mak tolong alter kan dan tambah manik. Sweet gila mak aku ni. Nak nangis rase. :’)

So, ni lah baju nya. Tidak lah seberapa tapi aku sangat suka. Nanti lepas kahwin, boleh pakai balik. Tak dek lah blink-blink sangat sampai rasa segan nak pakai. Hohohoho. Sebenarnya aku tak suka pakai baju kurung. =____=

baju nikah, baju nikah off white, baju nikah diy

Itu je lah kot. Good luck encik tunang melafazkan akad nikah besok. I love you. Wahahhaa.

Advertisements

29. Baju Melayu Nikah Dah Ada!! – Gallery First Impression Textile

Hello semua. Dah lama tak mem’blog’. Hahaha. Bila Mak datang KL, inilah jadinya. Blog tak bersentuh duduk melayan Mak je. So, sekarang Mak dah balik, teruskan MISI KAHWIN kite! Yeah! Untuk entry kali ni aku nak bagitahu korang, kiteorang dah beli baju melayu akad nikah untuk Encik Handsome saya. Nah, jamulah gambar-gambar dekat bawah ni.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju melayu untuk akad nikah.

Gambar konon nak ambil style photog selalu shoot tu.

Bahahaha. Berangan

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Warna baju melayu ni off white dan berkilat-kilat sikit. Jenis kain licin.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju ni kiteorang beli dekat kedai Gallery First Impression Textile dekat Jalan TAR.

Harga RM150 setelah tawar menawar.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Ni yang aku nak tunjuk sangat ni. Cuba tengok saiz baju ni. Tolong tengokkk. Tolong. Saiz “S” okay, saiz “S”. Sekian, terima kasih. Sekarang korang dah dapat hint tunang aku badan kecik. Kecik. Kurus. Rendah. >.< Over pulak hintnya. 😀

 

 

Oh oh oh oh oh oh korangggggg! IKEA tengah buat SALE!!! IKEA tengah buat SALE!! IKEA tengah buat SALE!! Nampak tak excitednya aku bila tahu IKEA nak buat sale? Jom pergi serbu IKEA dari 4 Julai sampay 24 Julai ni! Beli barang-barang untuk kahwin. Hikhikhik.

25. Baju Kurung Nikah Dah Ada!! – Twilight Violet Boutique

Tadaaaaa. Aku dah dapat balik baju nikah yang aku beli online lepas drama dari pihak POS LAJU hari tu setel. Kalau korang tak tahu pasal drama baju nikah aku ni, boleh bace entri pasal drama tu dekat sini. Pihak Pos Laju dah ambil balik parcel aku dari office mane entah dieorang hantar then pass pade aku pada hari Selasa lepas. Alhamdullilah. Pihak Pos Laju Malaysia pun dah mintak maaf so aku maafkan lah. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Eceyh eceyh.

baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli baju nikah besar, baju nikah putih, baju nikah beli

Baju nikah

Aku censor bahagian tetek sebab aku rase shekshi gila.

Ni dia baju nikah yang aku beli dari Twilight Violet Boutique. Nampak tak dekat gambar nombor tiga tu muka aku masam je? Hahahah. Rupa-rupanya, drama baju nikah aku ni, bukan setakat Pos Laju salah hantar tempat. Lagi satu drama tentang baju ni, lepas aku cuba pakai baru aku sedar saiz M besar bagi aku. Ni lah pepatah orang Melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Tapi, aku salah ukur. Kat bawah ni ukuran yang dah dibagi oleh Twilight Violet Boutique:

SAIZ 34 (XS) BAHU 14″ DADA 34″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 24-26″ PUNGGUNG 35″

SAIZ 36 (S) BAHU 14.5″ DADA 36″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 26″ PUNGGUNG 37″

SAIZ 38 (M) BAHU 15″ DADA 38″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 28″ PUNGGUNG 39″

SAIZ 40 (L) BAHU 15.5″ DADA 40″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 30″ PUNGGUNG 41″

SAIZ 42 (L) BAHU 16″ DADA 42″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 32″ PUNGGUNG 43″

SAIZ 44 (XL) BAHU 16.5″ DADA 44″ TANGAN 23″ LABUH 38″ PINGGANG 34″ PUNGGUNG 45″

Bila aku tengok saiz yang dia bagi, aku gelabah tang bahu. Saiz badan aku (shhh, rahsia kita-kita je ni)  32.5-26.5-35.5 so sepatutnya aku boleh ambil saiz XS tapi sebab bahu aku 15.5, aku jadi risau bahu ketat. Aku ada experience bahu baju kemeja aku ketat even kemeja tu saiz S, so that’s why la aku pilih saiz M. Hahahha, nampak tak beza nya? Memang besar gila-gila lah. Memang tak cantik dekat badan aku. So, akhirnya terpaksa lah mak yang alter kan baju tu, kecil kan bahagian yang patut dikecilkan.

So yeah. This is my solemnization attire. Simple je tapi nanti-nanti lepas kahwin, still boleh pakai semula baju ni. Tak de lah rasa macam membazir sangat. 🙂 Cuma satu nasihat aku waktu beli baju kurung chiffon online, jangan kisah pasal bahu. Kisah pasal ukuran badan saja ok? Nanti jadi macam aku pulak. Heheheh.

*Baju nikah ni akan di’alter’ supaya muat-muat cantik dengan badan aku.

**Baju nikah ni akan ditambah dan di’alter’ manik-maniknya supaya nampak naik seri sikit daripada yang sekarang ni.

***Aku planning nak pakai tudung labuh depan sampai bawah tetek sepaya suami aku tak de lah akad nikah je, terus tanggung dosa aku. Same goes to tudung waktu bersanding. 🙂

17. Guna Duit BR1M Beli Baju Nikah – Twilight Violet Boutique


BR1M, baju nikah, duit BR1M

Tu dia voucher BR1M yang aku baru pergi claim hari ni lepas balik kerja. Mmmmiahahahha. Semangat aku. So, nanti kene pergi sama ada Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Public Bank atau pun Maybank untuk cashkan voucher ni. Off course la aku akan pergi CIMB sebab CIMB Bank ade kat bawah belakang ofis aku je. Time lunch hour besok boleh lah claim then masuk dalam akaun terus. Tak mau aku pegang duit banyak-banyak. Nanti terjoli.

Anyway aku nak cerita yang aku baru je beli baju nikah aku secara online. =___= Wow tak. Bahahaha. Orang lain semue rilek beli kain dan tempah, aku pulak beli online je. Kain yang aku beli dulu tu aku nak buat baju untuk majlis kenduri belah aku dan belah tunang aku. Tapi aku nak cerita la pasal vendor yang aku beli baju nikah ni.

twilight violet vendor, baju peplum, baju nikah

Twilight Violet Boutique

Ni name kedai online yang aku beli baju tu. Tengok Facebook dieorang, fan gile ramai around 60 100 fans. Gile tak. Hehehe. Then aku tengok lah feed back customer die. Dah ade ramai jugak yang beli dengan dieorang ni dan dah dapat pun baju nye. Tapi, dieorang ni macam tak mesra alam sangat kot.

Aku PM tanye baju yang aku berkenan tu available lagi ke tak on Sunday. Die reply ok around setengah jam ke sejam macam tu. So, malam semalam aku bayar lah harga baju tu, isi borang and everything, lepas tu PM Facebook die. Kan kite boleh tahu orang bace ke tak PM kite. Sampai hari ni, die tak bace-bace. So, aku naik risau la. Nak nak pulak gile aku dah kene tipu time beli kain dulu. So, aku SMS number phone die. Die reply, that’s good. Aku quote SMS die:

Salam sis… harap sisi isi form order .. kalau dh isi.  Abaikan msg ni. Tq

Lepas tu aku reply balik, cakap dah isi form semue. Then die senyap. Ai, ai, ai, at least reply la. Paranoid aku jadinye dengan vendor-vendor yang suke senyap lepas dapat duit. Hahahah. Heeee, geram pun ada jugak tapi aku cube berfikiran positif. Die busy kot. Banyak order lagi nak handle ni. So, I’ll just wait seminggu ni, dapat ke tak tracking number dan baju nye. Kalau tak dapat, report ke KPDNKK je la jawabnye. Mak aih, paranoid nye aku niiii. Bahahahha.

Now now aku nak tunjuk baju yang mane aku nak buat untuk akad nikah nanti.

baju nikah, peplum putih, baju akad nikah peplum, peplum putih

Putih bersih suci la konon. Peplum putih kata kau. Ha, amik. Dulu aku tak suke baju kurung peplum sebab baju die pendek nampak buntot. Kalau orang yang tak dek buntot tu tahan lagi la aku nengok nye pakai. Kalau dah tang badan macam tong drum, pakai peplum, kain ketat mak aih, baju pendek. Tak payah tunggu orang laki meleleh air liur, aku dulu meleleh darah dari mate. Aku tak pasti mane kecantikan pakai kain ketat tunjuk buntot gebu gebas dekat laki.

Yang buat aku berkenan dengan baju kurung peplum putih ni mesti lah sebab die 1) Warna putih. Baju nikah bese orang buat warna putih konon-konon nak nampak suci permulaan nye. Eceh. 2) Baju peplum ni labuh tutup punggung. Kan sweet bertutup semue. Tak dek show off buntot dekat laki lain. Kalau nak tunjuk sangat buntot tu dekat laki, malam akad nikah tu, masuk bilik, selak kain, tunjuk buntot kau dekat laki kau yang sah. Awwww, sweet~

Anyway, mesti korang cakap kosong sangat kan baju ni. Worry not, nanti aku nak tambah beading dekat lengan dengan mane-mane yang patut. Nampak menyerlah sikit dalam gambar nanti. Hihiihi. Ok lah, kalau korang berkenan nak tengok baju-baju macam kat atas ni, korang pergi je dekat Facebook Twilight Violet Boutique ni. Banyak lagi baju-baju kurung yang cantik yang aku rase nak beli tapi rilek dulu lah. Beli ape yang penting je dulu. Jom check it out~

Facebook: Twilight Violet Boutique

Nak tahu ape kaitan BR1M dengan baju nikah aku? Baju nikah aku ni berharga RM230 free delivery. Aku dapat BR1M RM250. 😀 Walaupun aku dah beli dulu baju ni gune duit sendiri, aku nak assume aku beli baju ni gune duit BR1M tu. Hehehehe. Kalau korang jumpe any online shop yang jual baju kurung cantik dan murah, feel free to comment the links kat ruangan komen. At least boleh tolong B2B lain yang belum beli baju lagi.

*Semoga cepat-cepat dapat baju dan tak kene tipu. Amiiiinnn~