83. Baju Bersanding DIY

Poyo sikit tunjuk baju. Aku nak cakap baju ni aku dengan mak yang jahit manik dan lace. Selaku amatur tak bertauliah – samada dalam bidang lace dan memanik, mahupun jahit menjahit, aku memang sengaja cari nahas hias baju sendiri. Aku tak reti langsung menjahit lace dan manik. Tapi dengan jiwa kental dan bimbingan daripada mak kesayangan, Alhamdullilah. Selamat lah┬ábaju ni dijahit oleh aku dan mak.

baju bersanding, bersanding, baju kahwin, baju kahwin diy

Lace nak manik yang simple saje. Baju pun baju kurung moden. Nampak tak? Nampak tak ironinya. Boleh lah aku pakai lepas kahwin nanti ke kenduri orang lain tanpa pengantin perempuan rase tergugat dengan baju aku. Jom kite tengok samada baju pengapit aku nanti lagi the vazz dari baju aku. Kate nye nak pakai baju warna cream macam pengantin? =_____=