85. Majlis Kenduri 19 Oktober 2013

Alhamdullilah, syukur. Semalam setel sudah akad nikah. Sah sah sah. Wahahhahhaa. Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih banyak-banyak. Puas memleleh air mate semalam. Tengok typo siap memleleh. Malas nak padam typo tu. Hahahah. Semoga tak buruk dalam gambar. Wahahhaha.

logo, initial monogram wedding

Siang tadi pulak setel jugak majlis makan-makan. Alhamdullilah. Kepada sesiapa yang hadir memeriahkan, terima kasih banyak-banyak. Yang tak berkesempatan datang, sila lah datang ke majlis bertandang di Rembau. Kepada tetamu yang datang tadi, terima kasih. Maafkan dan halalkan segala kekurangan dari pihak kami. Doakan kami berdua serta keluarga.

Sebenarnya banyak lagi yang aku tak sempat nak cerita kan pasal wedding preparation aku dekat korang. Tak pe tak pe. Lepas Honeymoon ni aku sambung bercerita ok. Hihihih. Oh oh, lusa aku nak pergi honeymoon. Shhhh~ Jangan kacau. :p

73. Baju Bersanding Perempuan – Butik Umairah

Baju kahwin aku dah lama dah siap jahit. Lambat update je. Hehehe. Aku tempah dekat Butik Umairah dalam Medan MARA. Murah je tempah dengan dia. Aku tempah baju kurung moden, dress jubah dan baju melayu jenis yang keras untuk tunang aku dekat Butik Umairah ni. Dia buat tak dek lah lama sangat. Dalam 3 minggu macam tu dah siap. Tapi, kene extend lama sikit sebab kene alter sikit lepas fitting.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Ni dia baju kurung moden aku. Belah luar kain satin charmeuse. Abaikan segala kedutan tu. Baju ni lepas aku keromot letak dalam beg. Hehehe. Lining belah dalam pakai chiffon biasa je.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

Total tempah baju ni RM160 temasuk lining. Mahal sikit tak? Sebab dia tahu kite nak buat baju pengantin kot. Cas lah mahal sikit. Kalau cakap nak buat baju biasa, maybe boleh dapat murah sikit. Hehehe. Tapi bagi aku, ni dah kira mampu milik lah harga nya.

baju sanding, baju bersanding, baju kahwin, off white, baju kurung modern

 

so, sapa-sapa yang berkenan, boleh pergi dekat Butik Umairah. Lokasi Medan MARA sebelah Pertama Kompleks. First floor. Naik eskeletor (macam mana nak eja) pusing kiri sikit, straight je sampai hujung. Lepas tu pusing kiri lagi. Nanti jumpe la kedai die. Tersorok sikit dekat dalam-dalam. Hehehe. Good luck!