53. Sampul Surat Untuk Kad Kahwin

Kad kahwin dah siap seminggu tapi sampul surat masih tak dapat cari. Gelabah juga aku, nak nak lagi bila ayah aku dah start bertanya kad kahwin mane, kad kahwin mane. Hahahaha. So, dengan penuh dedikasi nya aku mencari lah kedai mana yang aku boleh beli borong sampul surat. Sebabnya, kat kedai-kedai biasa dan supermarket, semua jual paket kecik-kecik 10 keping ke 20 keping. Aku nak beli banyak terus.

kad kahwin, diy kad, kad kahwin diy, printing

Dan aku adalah jumpe beberapa kedai-kedai secara borong dalam internet.

1. Doorstep – http://www.doorstep.com.my/ 

2. Officeboy2u – http://www.officeboy2u.com.my/

3. Pacificonline2u – http://eshop.pacificonline2u.com/index.php

4. Premio – http://www.premio.com.my/

Tapi, yang paling aku berkenan dan sure-sure akan recommend dekat korang ialah Becon.

Becon – http://becon.my/

Aku beli sampul surat putih tak dak tingkap saiz 4.25 inchi x 6.25 inchi, muat-muat elok untuk kad kahwin kiteorang yang bersaiz A6. Aku beli 3 kotak. Sekotak ade 500 keping sampul surat. RM19.50 sekotak X 3 = RM58.50. Aku ada usha tempat lain, dieorang bagi quotation RM50 sekotak. Huiyo, manyak tipu ma. Bila aku cakap kedai lain boleh dapat RM35, terus dia turunkan harga. And of course aku jumpe tempat yang lagi murah dan beli dekat Becon.

sampul surat murah, sampul surat kad kahwin, sampul surat putih,

So, sape-sape yang nak beli sampul surat untuk kad diy korang, boleh tengok-tengok dekat link yang aku dah bagi kat atas tapi aku sangat recommend Becon. Becon banyak cawangan, don’t worry. Kat KL belambak and kt JB pun ada. Go check them out~

Advertisements