75. Baju Tema Family

Tema warna untuk family aku waktu majlis bersanding nanti ialah warna silver-ish grey. Time cari baju ni, macam ape je. Susah gile kot. Kakak aku punya idea lah nak silver-ish silver-ish grey ni. Lebam je nak cari. Sabar je la.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Tu dia baju-baju untuk family aku. 6 helai baju melayu dan baju kurung. Warna ikut tema silver-ish grey. Well, mostly grey. Susah nak cari baju warna silver yang tak berkilat. Berkilat karang mak tak suka pakai. Tapi last-last beli jugak dekat mak baju yang berkilat. Hahahaha. Kesian mak.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Baju melayu dua pasang. Satu untuk ayah satu lagi untuk abang. Yang ni beli kat Jalan TAR. Tak ingat dah nama kedai. Harga RM130 sepasang. Hari tu aku ada jumpa baju melayu yang boleh tahan jugak kualiti dia. Harga pun murah. RM79 sepasang. Sayang sungguh saiz ayah dan abang aku tak ada. Geram betul.

baju family, baju tema, baju kahwin, grey, silver-ish grey

Ni pulak baju kurung biasa. Range harga antara RM79 sampai RM120. Tapi yang RM120 tu aku dapat less sampai RM80. Padahal aku tak start tawar menawar lagi. Baru nak tanya confirmkan harga berapa. Tiba-tiba akak tu kata bagi RM80. Hahahha. Untung lah boleh jimat sikit. Dan baju ni nanti, akan jadi baju raya kiteorang tahun depan. Hohohoho~ Penjimatan berganda. 😀