43. Hantaran Kemeja Lelaki

Hari ni cerita pasal hantaran lagi. Kali ni hantaran untuk belah lelaki lagi. Baru je hujung minggu lepas aku pergi beli baju kemeja untuk buat hantaran untuk tunang aku. Sebenarnya dah cari baju hantaran ni dah lama dah. Tapi tu lah, tunang aku ni susah sikit. Satu sebab dia kecik, so susah nak cari saiz baju yang sesuai untuk dia. Lagi satu, tunang aku ni, high taste sangat. Selagi tak jumpa yang dia gila-gila suka dan sedap pakai, jangan harap dia nak beli. Aku yang naik penat jalan cari barang dengan dia. >.<
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000, Antara brand pakaian yang sesuai dengan tunang aku – G2000, Uniqlo, H&M. Baju untuk hantaran ni beli dekat G2000. Mula-mula tunang aku nak kemeja lain warna ungu cerah. Tapi aku kata warna ungu pekat ni lagi cantik. So, aku suruh cuba dua-dua baju. Bila dah cuba, dia kata yang ungu gelap ni sedap pakai. Yang cerah sikit tu kain tak sedap. Mestilah, sapa yang pilih kan. Hehehe, kalau perempuan pilih mesti berkualiti punyalah. :p

Masa tunang aku test kemeja tu, dia keluar dari fitting room nak tunjuk dekat aku, dia nampak sangat hot dan tegap.

Slurp slurp slurp. Meleleh air liur. Hahahahaha. Gatal nih!!

Bila dia dah berkenan kemeja ungu pekat ni, kiteorang pun cari lah baju yang berlipat. Tak mau ambil yang orang duk cuba-cuba. Tengok-tengok saiz paling kecik tinggal satu je. Nasib baik. Hehehe. Oh, tak caya tunang aku betul-betul kecik? Cuba tengok saiz baju apa yang kiteorang beli kat bawah.
kemeja hantaran, hantaran, hantaran nikah, kemeja, G2000,

14 1/2 okay. 14 1/2. Hahahaha. Adoi. Kecik kan? Sebenarnya tujuan utama kiteorang pergi G2000 tu nak beli baju kemeja je. Tiba-tiba gatal mata gatal tangan jugak tunang aku ni pergi test seluar. Seluar tu pulak kena gila dengan dia. Aku sabar je bukak wallet tengok duit. Memang harapan lah aku nak beli untuk dia kan. Duit takda. Hahahaahha. Kalau ada, memang dah lama aku beli kan untuk dia. Sayang punya pasal kan. Kalau aku beli kan yang ni untuk dia, lain kali aku paw die bawak aku pergi travel pulak. Hikhikhik.

Advertisements

42. Hantaran Toiletries Lelaki

Hantaran daripada aku untuk tunang aku

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Ni barang-barang toiletries yang tunang aku pilih sendiri. Korang boleh teka tak brand apa yang dia pilih? Hitam bergaya kot. Ada Shower foam, ada deodorant, styling gel, pencuci muka dengan bedak talkum. Dan brand yang dipilih oleh bakal laki aku yang bertuah sangat ni adalah…

……..

.

.

.

.

.

.

.

.

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Follow Me.

>.<

Sabar je la aku. Aku puas cakap dekat tunang ambil lah brand yang elok sikit. At least Nivea ke Dashing (padahal Dashing pun koman jugak) ke. Dia nak jugak ambil Follow Me. Kata nya “Classy classy”. Sabar je la. Waktu pilih barang-barang toiletries untuk hantaran ni, aku dah rekemen macam-macam – Adidas, Gatsby, Nivea, Dashing tapi semua tak cukup barang. Adidas ada perfurm je, Gatsby ada styling gel je, Nivea ada pencuci muka je.

Lepas tu tunang terpandang Follow Me. Mengundang memori kot brand tu. Very the ’90’s. Hahahaha. Tunang aku dah sakan nak ambil Follow Me. Aku tak mau sebab nanti aku jugak yang kene menjawab dengan sedara mara apesal bagi Follow Me je. Tapi, tunang degil jugak nak. Last-last aku cakap, tunang kumpul semua barang (pencuci muka, shower foam, deodorant, etc) dari brand Follow Me dan aku pulak cari barang-barang dari Dashing, then tengok mana satu barang lagi banyak yang tu kiteorang pilih.

Semangat lah aku mencari barang-barang Dashing – deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka. Tunang aku pulak dapat barang-barang Follow me – shower foam, deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka dan styling gel. Disebabkan barang Follow Me lagi banyak, so terpaksa lah aku tanpa rela ambil jugak toiletries Follow Me buat hantaran.

.

.

.

.

Dan terpaksa jugak lah aku menjawab dengan kakak aku kenapa aku beli Follow Me untuk hantaran…. >.< Asalnya lepas kene bebel dengan kakak, aku cakap balik dekat tunang. Last-last tunang kata pergi lah beli lain. Nanti dia bayar balik barang yang dah beli dan pakai sekarang. Mulanya aku ok tapi lepas bengkek-bengkek sikit dengan tunang pasal nak beli brand apa, aku malas nak layan. So, aku cakap pakai je Follow me, nanti cover brand guna reben. Hahahaha. Padan muke tunang aku.