42. Hantaran Toiletries Lelaki

Hantaran daripada aku untuk tunang aku

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Ni barang-barang toiletries yang tunang aku pilih sendiri. Korang boleh teka tak brand apa yang dia pilih? Hitam bergaya kot. Ada Shower foam, ada deodorant, styling gel, pencuci muka dengan bedak talkum. Dan brand yang dipilih oleh bakal laki aku yang bertuah sangat ni adalah…

……..

.

.

.

.

.

.

.

.

hantaran lelaki, hantaran toiletries, toiletries, hantaran, hantaran kahwin

Follow Me.

>.<

Sabar je la aku. Aku puas cakap dekat tunang ambil lah brand yang elok sikit. At least Nivea ke Dashing (padahal Dashing pun koman jugak) ke. Dia nak jugak ambil Follow Me. Kata nya “Classy classy”. Sabar je la. Waktu pilih barang-barang toiletries untuk hantaran ni, aku dah rekemen macam-macam – Adidas, Gatsby, Nivea, Dashing tapi semua tak cukup barang. Adidas ada perfurm je, Gatsby ada styling gel je, Nivea ada pencuci muka je.

Lepas tu tunang terpandang Follow Me. Mengundang memori kot brand tu. Very the ’90’s. Hahahaha. Tunang aku dah sakan nak ambil Follow Me. Aku tak mau sebab nanti aku jugak yang kene menjawab dengan sedara mara apesal bagi Follow Me je. Tapi, tunang degil jugak nak. Last-last aku cakap, tunang kumpul semua barang (pencuci muka, shower foam, deodorant, etc) dari brand Follow Me dan aku pulak cari barang-barang dari Dashing, then tengok mana satu barang lagi banyak yang tu kiteorang pilih.

Semangat lah aku mencari barang-barang Dashing – deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka. Tunang aku pulak dapat barang-barang Follow me – shower foam, deodorant, perfurm, bedak, pencuci muka dan styling gel. Disebabkan barang Follow Me lagi banyak, so terpaksa lah aku tanpa rela ambil jugak toiletries Follow Me buat hantaran.

.

.

.

.

Dan terpaksa jugak lah aku menjawab dengan kakak aku kenapa aku beli Follow Me untuk hantaran…. >.< Asalnya lepas kene bebel dengan kakak, aku cakap balik dekat tunang. Last-last tunang kata pergi lah beli lain. Nanti dia bayar balik barang yang dah beli dan pakai sekarang. Mulanya aku ok tapi lepas bengkek-bengkek sikit dengan tunang pasal nak beli brand apa, aku malas nak layan. So, aku cakap pakai je Follow me, nanti cover brand guna reben. Hahahaha. Padan muke tunang aku.

Advertisements

41. Hantaran Toiletries Perempuan – Body Shop

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh semua. Macam mana dengan persediaan perkahwinan korang? Aku macam ni la. Duk terkedek-kedek lagi. Anyway, kali ni aku nak cerita pasal hantaran tunang aku nak bagi pada aku. Senarai hantaran yang tunang bagi pada aku:

  • Telekung dan sejadah – Yang ni kiteorang ambil yang dekat rumah Mak je. Sebab kat rumah banyak sangat telekung Mak dapat. Cantik-cantik pulak tu. Rugi je kalau tak pakai. So, ambil je la. Sejadah pulak, ambil sejadah yang Mak beli masa Mak pergi Mekah hari tu. Jimat dah. 🙂
  • Tafsir – Tunang ada cakap hari tu, benda wajib kena ada dekat rumah nanti Al-Quran sebab nak mengaji sama-sama. Sebab aku dah kata nak bagi Al-Quran, so tunang bagi lah tafsir. Tapi  tak beli lagi.
  • Kek – Beli dekat-dekat majlis nanti.
  • Cincin – Ibu sponsor 🙂
  • Mas kahwin – RM22.50 dan dinar emas
  • Tepak sirih – Family tunang macam kuat adat sikit. Hee.
  • Toiletries – Yang ni dah beli . Body Shop Strawberry.

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shop

Tadaa~ Inilah hantaran toiletries untuk aku. Asalnya aku konon-konon nak pakai SKII. Tengok mahal la sangat tak jadi terus. So, masuk kedai Body Shop dekat Sogo. Tak confirm lagi nak beli. Keluar jalan-jalan lepas tu tak masuk-masuk dah Body Shop situ. Wahahaha. Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, masuk Body Shop balik. Akak tu promote-promote dan kiteorang pilih-pilih barang. Woah, dapat lagi murah daripada Body Shop dekat Sogo tu. Untung lah beli dekat Paradigm Mall. 😀

hantaran, hantaran toiletries, hantaran perkahwinan, hantaran body shop, body shopIngat tak aku penah cerita pasal Ayah tunang kata tak boleh pakai Body shop ni buat hantaran sebab perfurm dia ada alkohol? Hehehe. Nasib baik Ibu komplot sekali kata tak da perfurm dalam basket ni. Wakakaka. Saya sayang Ibu. Tak sabar jadi menantu. Kekeke. :p So, hopefully boleh proceed guna Body Shop ni jadi hantaran.

Oh, aku ada baca London Weight Management nak bagi London Slim and Trim & Home Kit bernilai RM468 secara percuma. Kalau nak buat jadi hantaran pun tak da masalah. Free kot. Sapa-sapa berkenan boleh try usha London Weight London Slim and Trim & Home Kit.