70. Net Murah Untuk Doorgift – Syarikat Bunga Reben

Sebelum ni aku ade cerita pasal net untuk veil. Net untuk veil tu lembut sikit kan. Kali ni pulak nak share net keras sikit. Net ni aku beli untuk buat doorgift. Net hitam ni, korang boleh pergi kat Jalan TAR kalau korang nak cari. Kalau korang nak beli sikit-sikit – 2 3 meter, aku suggest korang pergi beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd. Kat situ semeter net keras ni RM2.40.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

Tapi kalau korang nak beli net dalam kuantiti yang banyak, aku suggest korang pergi dekat Syarikat Bunga Reben. Bila aku mentioned kuantiti yang banyak, means betul-betul banyak. Satu gulung terus. Harga net keras kat sini RM2.50 semeter. Tapi kalau korang beli satu gulung, harga total satu gulung jadi RM80. Nett price. Wohooo! Untung gila kot. Satu gulung ni ada 50 yards. Lebih kurang 45 meter.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

So, yeah. Sapa-sapa yang nak beli net secara bundle. Aku sangat-sangat rekemen beli dekat syarikat Bunga Reben. Net murah murah murah punya!

Advertisements

69. Crepe Paper Murah – Syarikat Bunga Reben

Sekarang ni ramai gila yang suka pakai crepe paper buat deko kan? Senang dapat pulak tu. Belambak dekat online dan kedai. Tapi kadang-kadang tu harga macam melampau sikit tak? So, kat sini aku nak rekemen kedai mana nak dapatkan crepe paper dengan harga ketar lutut tak percaya. Hahahaha.

crepe paper, crepe paper murah, syarikat bunga reben, kertas tissue, crepe paper putih

Asal-asal sekali, mak aku order crepe paper brand ni online. Tapi aku dah tak ingat nama die sebab susah gila pelik-pelik nama. So, korang kalau korang nak bukak bisnes nanti, jangan lah letak name-name yang susah nak ingat. Rugi tahu. Dekat online tu mak beli RM50 untuk 100 keping crepe paper dan beberapa crepe paper yang keras sikit.

crepe paper

Waktu tengah buat bunga guna crepe paper ni, tiba-tiba crepe paper dah habis. So, aku kena lah mencari pulak kat mana nak beli crepe paper lagi. Mak nak order tempat yang sama online tapi aku rasa mahal sangat tu. 150 keping RM93.80. So, waktu jalan-jalan dekat Jalan TAR, aku tanya dekat Syarikat Bunga Reben dieorang ada ke tak crepe paper brand yang aku nak tu. Waktu aku round-round dalam kedai dia, tak nampak pulak. Rupa-rupanya ada. Alhamdullilah. Beli banyak-banyak dapat murah. 1 bundle 50 keping dapat RM17.50. Kira sekeping dalam 35 sen. Untung ke tak tu? Untung kan. Kalau tempat lain, paling murah pun 40 sen je dapat. Ade jugak yang jual sampai RM1.00. Mak aih.

harga crepe paper

So, yeah. Pergi lah Syarikat Bunga Reben kalau korang nak cari barang-barang deko or barang-barang art. Setakat ni, tempat ni lah paling murah barang-barang dia aku tengok. So, good luck! 🙂