40. Design Kad Kahwin DIY Siap!

Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan pada UNIFY kerana tadak line pada hari Khamis lepas. Dengan tadak nye line UNIFY dan aku tak boleh nak connect dengan internet, maka aku mampu menyiapkan peta lokasi rumah pengantin perempuan dan seterusnya semakin aktif membuat peta lokasi rumah pengantin lelaki dan design kad kahwin. Dan tadaa~ Kad kahwin DIY dah pun siap.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Perasan tak peta tu ada 2 jenis? Satu melintang, satu lagi menegak? Time ni tengah kompius nak guna design menegak ke nak guna design melintang. So, buat 2 design terus, lepas print baru nampak mana satu yang lagi bagus.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Dalam proses membuat kad kahwin menggunakan Adobe Illustrator CS3. Semakin aku pakai Illustrator ni, semakin aku suka dengan dia. 😀

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation card

Dan inilah hasilnya. Ni muka depan dan belakang kad kahwin. Yang initial monogram kiteorang, huruf N dan Z  tu untuk muka depan kad. Peta pulak untuk bahagian belakang kad. Aku buat saiz half A4 untuk satu kad. So, dalam satu kertas saiz A4, dapat 2 kad. That’s why ade 2 duplicated design. Korang jangan kompius pulak.

kad kahwin, design kad kahwin, diy, diy kad kahwin, kahwin, invitation cardNi pulak hasil dalamnya. Aku buat simple-simple je sebab mengenangkan orang akan buang jugak kad ni nanti, nape kite nak susah payah sangat dak? Kalau artis ye la orang nak simpan. Kekekeke. Yang penting dalam kad tu ada nama parents kiteorang, nama kiteorang, alamat, tarikh, masa dan nombor telefon untuk dihubungi. Dah siap. Yippie yeay!!

Advertisements