85. Majlis Kenduri 19 Oktober 2013

Alhamdullilah, syukur. Semalam setel sudah akad nikah. Sah sah sah. Wahahhahhaa. Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih banyak-banyak. Puas memleleh air mate semalam. Tengok typo siap memleleh. Malas nak padam typo tu. Hahahah. Semoga tak buruk dalam gambar. Wahahhaha.

logo, initial monogram wedding

Siang tadi pulak setel jugak majlis makan-makan. Alhamdullilah. Kepada sesiapa yang hadir memeriahkan, terima kasih banyak-banyak. Yang tak berkesempatan datang, sila lah datang ke majlis bertandang di Rembau. Kepada tetamu yang datang tadi, terima kasih. Maafkan dan halalkan segala kekurangan dari pihak kami. Doakan kami berdua serta keluarga.

Sebenarnya banyak lagi yang aku tak sempat nak cerita kan pasal wedding preparation aku dekat korang. Tak pe tak pe. Lepas Honeymoon ni aku sambung bercerita ok. Hihihih. Oh oh, lusa aku nak pergi honeymoon. Shhhh~ Jangan kacau. :p

63. Shawl Majlis Bersanding

Poyo je tajuk Majlis Bersanding padahal tak buat pun bersanding bagai. Huhuhu. Oh oh, hari ni nak share shawl untuk kenduri esoknya lepas nikah.

shawl sanding, shawl off white, off white, shawl

Shawl warna off white, lebih kurang sama dengan warna base baju sanding aku. Tapi this one, betul-betul kena pakai inner neck sebab jarang. Huii, geram je bila dah jumpa shawl labuh besar molek tapi jarang pulak. Hm.. Kalau ada sape-sape nak mencari shawl yang tak jarang, pergi lah tengok kat album facebook aku. Aku ade ambil order shawl besar tapi sayang tak ada warna off white.

shawl sanding, shawl off white, off white, shawl

So, this is my shawl untuk majlis bersanding nanti. Alhamdullilah banyak yang dah setel. *Lap peluh*