7. Tomyam Ayam Cincai

Entry hari ni aku nak bagi resepi bagi perempuan-perempuan malas di luar sana. Rilek sudah, aku pun pemalas. Tajuk resepi kite hari ni: Tomyam Ayam Cincai. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

 

*Jalan pergi peti ais, bukak pintu peti ais*

1. Ayam

2. Kiub Tomyam Knorr (tinggal seketul lagi dalam peti ais)

3. Bunga kobis (bunga kobis dengan kobis je sayur yang ada dalam peti ais aku ni)

4. Bawang (dah ade bawang yang dipotong dalam peti ais)

5. Ah ok tu je.

masak untuk kahwin

 

Cara-cara memasak tomyam ayam cincai. Tak susah pun nak masak tomyam ayam cincai ni. Mula-mula:

1. Letak air dalam periuk, masuk kan kiub tomyam.

2. Potong dan cuci ayam. Masukkan dalam periuk.

3. Cuci dan potong bunga kobis serta bawang.

4. Letak garam dan gula dalam periuk.

5. Bila ayam dah masak dan air dalam periuk dah menggelegak, masukkan bunga kobis dan bawang. Biar menggelegak  lagi. Sementara tu, korang pergi semayang ye. 😀

Advertisements