70. Net Murah Untuk Doorgift – Syarikat Bunga Reben

Sebelum ni aku ade cerita pasal net untuk veil. Net untuk veil tu lembut sikit kan. Kali ni pulak nak share net keras sikit. Net ni aku beli untuk buat doorgift. Net hitam ni, korang boleh pergi kat Jalan TAR kalau korang nak cari. Kalau korang nak beli sikit-sikit – 2 3 meter, aku suggest korang pergi beli dekat Kedai Bunga Juta Sdn Bhd. Kat situ semeter net keras ni RM2.40.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

Tapi kalau korang nak beli net dalam kuantiti yang banyak, aku suggest korang pergi dekat Syarikat Bunga Reben. Bila aku mentioned kuantiti yang banyak, means betul-betul banyak. Satu gulung terus. Harga net keras kat sini RM2.50 semeter. Tapi kalau korang beli satu gulung, harga total satu gulung jadi RM80. Nett price. Wohooo! Untung gila kot. Satu gulung ni ada 50 yards. Lebih kurang 45 meter.

net hitam, net, doorgift, net doorgift, net keras, net murah, net hitam

So, yeah. Sapa-sapa yang nak beli net secara bundle. Aku sangat-sangat rekemen beli dekat syarikat Bunga Reben. Net murah murah murah punya!

Advertisements

66. Net Untuk Veil Nikah – Syarikat Bunga Reben

Aku tengok veil kahwin orang jual dekat luar mahal sangat sampai beratus-ratus ringgit. Aku pun rasa seram nak beli sebab mahal sangat padahal nak pakai nya sekali je. Nak-nak lagi aku yang memang tak ambil baju dari bridal semua. So, aku buat keputusan untuk buat veil sendiri. Aku dah ada lace untuk baju dan berlebih lagi. Dan aku pun dah beli manik-manik untuk baju jugak. Extra pun boleh tampal dekat veil ni.

veil nikah, nikah. net veil, veil, net

So, aku pun beli lah net lembut. Net yang aku beli ni sangat-sangat lembut. Bila aku pegang kain dia, rasa macam nak tidur pakai net ni je. Hahahha. Warna net ni off white. Harga RM8.80 semeter.  Bidang 60. Aku beli 1 meter. Tapi akak yang jual tu, dia potong bagi aku extra. Bila aku try dekat badan, net dia meleret sampai bawah punggung. Suka 🙂

veil nikah, nikah. net veil, veil, net, net off white

Net ni kalau korang nak beli, boleh beli dekat Syarikat Bunga Reben. Bagi aku memang murah lah tempat ni. Net dia ada banyak jenis. Ada jenis net yang keras harga start around RM2.50 semeter dan ada yang lembut harga RM8.80 ke atas semeter. Kalau korang nak usha Syarikat Buna Reben, boleh pergi Jalan TAR or tengok facebook and website dieorang.

Facebook : Syarikat Bunga Reben

Website : Syarikat Bunga Reben

Veil ni aku nak pakai untuk nikah dengan majlis bertandang nanti. Recycle je. Jimat. Hohohohoho~ Jom ikut macam saya~~