84. Hari Nikah 18 Oktober 2013

Kejap lagi InsyaAllah aku akan secara sahnya menjadi isteri kepada tunang ku. Ya Allah, permudahkan segala nya.  Permudahkan segala nya. Permudahkan segalanya.

logo, initial monogram wedding

Advertisements

82. Baju Nikah DIY

Besok aku dah nak kahwin dan aku nak tunjuk sikit baju nikah aku. Hahahha. Baju nikah ni aku beli dah siap dekat Twilight Violet Boutique. Aku ade cerite dekat sini –> Guna Duit BRIM Beli Baju Nikah. Tapi sebab terbeli saz besar, mak tolong alter kan dan tambah manik. Sweet gila mak aku ni. Nak nangis rase. :’)

So, ni lah baju nya. Tidak lah seberapa tapi aku sangat suka. Nanti lepas kahwin, boleh pakai balik. Tak dek lah blink-blink sangat sampai rasa segan nak pakai. Hohohoho. Sebenarnya aku tak suka pakai baju kurung. =____=

baju nikah, baju nikah off white, baju nikah diy

Itu je lah kot. Good luck encik tunang melafazkan akad nikah besok. I love you. Wahahhaa.

62. Shawl Majlis Akad Nikah

Minggu ni aku asyik ulang alik ke Jalan TAR je mencari barang-barang kahwin. Disebabkan tunang aku kerja petang dan malam, so tak dapatlah dia teman aku mencari barang. Aku pergi sana naik LRT je. Penat gila.

Ok ok, aku dah penat mencari tudung untuk akad nikah. Planning nya nak tudung bawal warna kelabu cair gila-gila macam warna sampin tunang. Tapi jenuh mencari tak jumpa-jumpa. Last-last sekali, aku beli satu shawl kelabu dan satu halfmoon kelabu. Tak sure lagi nak pakai yang mana.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Shawl kelabu. Besar jugak shawl ni. Time mencari shawl kat Jalan TAR, semua jenis yang warna depan lain belakang lain, dual layer, uni tone. Fuh, memang tak berkenan lah nak buat tudung nikah. Bawal pulak warna kelabu pekat. Jauh beza warna dengan sampin tunang.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni beza warna shawl kelabu yang aku beli dengan sampin nikah tunang aku.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Yang ni pulak halfmoon yang aku rasa warna dia lagi ok dari shawl kat atas. Tapi yang tak best nya, halfmoon ni aku rasa macam pendek pulak. Nampak macam besar tapi aku test tak berapa nak tutup dada. ­čśŽ

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni pulak beza warna halfmoon dengan sampin nikah tunang aku.

Agak-agak yang mana satu lagi sesuai untuk pakai waktu nikah nanti? Shawl biasa besar sikit tapi warna gelap sikit atau shawl halfmoon yang kecik sikit tapi warna paling dekat nak sama dengan sampin nikah tunang aku? Hmmm, kompius.

29. Baju Melayu Nikah Dah Ada!! – Gallery First Impression Textile

Hello semua. Dah lama tak mem’blog’. Hahaha. Bila Mak datang KL, inilah jadinya. Blog tak bersentuh duduk melayan Mak je. So, sekarang Mak dah balik, teruskan MISI KAHWIN kite! Yeah! Untuk entry kali ni aku nak bagitahu korang, kiteorang dah beli baju melayu akad nikah untuk Encik Handsome saya. Nah, jamulah gambar-gambar dekat bawah ni.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju melayu untuk akad nikah.

Gambar konon nak ambil style photog selalu shoot tu.

Bahahaha. Berangan

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Warna baju melayu ni off white dan berkilat-kilat sikit. Jenis kain licin.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Baju ni kiteorang beli dekat kedai Gallery First Impression Textile dekat Jalan TAR.

Harga RM150 setelah tawar menawar.

baju melayu akad nikah, akad nikah,, baju melayu, baju melayu putih, baju nikah

Ni yang aku nak tunjuk sangat ni. Cuba tengok saiz baju ni. Tolong tengokkk. Tolong. Saiz “S” okay, saiz “S”. Sekian, terima kasih. Sekarang korang dah dapat hint tunang aku badan kecik. Kecik. Kurus. Rendah. >.< Over pulak hintnya. ­čśÇ

 

 

Oh oh oh oh oh oh korangggggg! IKEA tengah buat SALE!!! IKEA tengah buat SALE!! IKEA tengah buat SALE!! Nampak tak excitednya aku bila tahu IKEA nak buat sale? Jom pergi serbu IKEA dari 4 Julai sampay 24 Julai ni! Beli barang-barang untuk kahwin. Hikhikhik.