74. Dress Jubah Majlis Bertandang – Butik Umairah

Baju untuk majlis bersanding aku dah siap. Ambil sekali dengan baju melayu tunang dengan baju kurung moden untuk majlis bersanding. Untuk majlis bertandang tu, aku buat dress jubah. Sopan lah sikit. Hikhikhik.

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Dress ni aku buat simple je. Tak terfikir pulak nak buat princess cut. Waktu tengah cari baju untuk family aku hari tu, nampak pulak satu kedai ni buat dress princess cut. Cantik sangat cutting die. Aish, rugi-rugi. Rugi sangat bila jadi buta fesyen. Huuuu~ Tapi tunang aku suka kate, jangan fikir benda yang dah lepas. Redha je. =____= Alahai senang betul die meredha kan semua benda. Harap-harap nanti dia redha lah dapat aku ni. Nak masuk syurga 🙂

baju bertandang, baju kahwin, bertandang

Harga untuk dress ni RM150 je termasuk lining. Ok lah kot tu. Nanti tinggal nak tambah lace je kat baju ni. InsyaAllah doakan cantik-cantik je. 🙂

63. Shawl Majlis Bersanding

Poyo je tajuk Majlis Bersanding padahal tak buat pun bersanding bagai. Huhuhu. Oh oh, hari ni nak share shawl untuk kenduri esoknya lepas nikah.

shawl sanding, shawl off white, off white, shawl

Shawl warna off white, lebih kurang sama dengan warna base baju sanding aku. Tapi this one, betul-betul kena pakai inner neck sebab jarang. Huii, geram je bila dah jumpa shawl labuh besar molek tapi jarang pulak. Hm.. Kalau ada sape-sape nak mencari shawl yang tak jarang, pergi lah tengok kat album facebook aku. Aku ade ambil order shawl besar tapi sayang tak ada warna off white.

shawl sanding, shawl off white, off white, shawl

So, this is my shawl untuk majlis bersanding nanti. Alhamdullilah banyak yang dah setel. *Lap peluh*