13. Pelamin Kahwin Idaman

Sekarang aku tengah planning nak buat pelamin macam mana. Aku memang tak dek nak bersanding-sanding pun so rase macam tak perlu nak tempah pelamin. Aku nak buat pelamin diy ni pun untuk orang ambik-ambik gambar je. Aku tak rase berbaloi kot nak gi  tempah pelamin mahal-mahal gile melain kan ade orang yang nak SPONSOR. Aku ulang lagi sekali SPONSOR. Kahkahkah. Kalau ade orang nak sponsor, aku sure promote die habis-habisan dalam blog ni nanti.

Hari tu macam gaduh-gaduh manje sikit dengn bapak aku sebab aku anak first yang kawen dalam family. Bongsu pulak tu. Kiut lagi. Peh -__-” Mesti lah bapak aku semangat nak buat majlis grand-grand. Tapi, aku dengan mak kate nak diy sendiri. Ayat bapak sebelum aku tunjuk gambar-gambar untuk pelamin yang aku dengan mak nak buat.

 

“Mane sempat nak buat sendiri. Banyak keje lain lagi.”

“Atie, kau tak nak tempah pelamin ke? Bapak dah ambil pamplet tempahan pelamin dekat pekan tu.”

“Nak dapat mane barang-barang nak buat pelamin sendiri. Kite mane ade.”

 

Sampai satu saat, aku bertelefon dengan bapak dari KL, bapak dekat Pekan, aku cakap jugak aku tak nak pelamin, tak nak sewe baju, tak nak semue. Bapak tersenyap kejap. Ah, sudah, berdose dah aku jadi anak derhaka. Lepas tu, aku cakap “Ok la, kite tempah lah.”

Tibe-tibe, ade satu hujung minggu tu, aku balik ke Pekan. Mak kate mak dah tunjuk gambar-gambar pelamin yang aku dengan mak nak buat sendiri tu. Mak cakap bapak kate ok pulak. Mungkin die dah kecik hati kot. 😦 So, aku tarik la tangan apak nak tunjuk gambar pelamin tu sekali lagi. Bapak kate “Kalau macam ni tak pe la. Boleh lah buat kalau nak buat.” Senyum. Bapak tak marah. Merajuk pun tak. Ok je. Senyum lagi. Korang nak tengok pelamin macam mane aku teringin nak buat untuk kawen aku nanti? Jom check it out~

pelamin, pelamin diy, design pelamin

Nak letak kerusi dekat tengah, kalau boleh warna hitam. Lepas tu nampak kat belakang tu? Cantik kan? Letak lampu lip lap aidilfitri dekat belakang kain putih jarang. Letak karpet dekat lantai. Letak bunge ataupun bush hijau bulat dekat tepi-tepi kerusi. Wah!

pelamin, pelamin diy, design pelamin

Yang ni nampak lagi jelas lampu lip lap die. Meleleh air liur aku tengok.

pelamin, pelamin diy, design pelamin

Abaikan aksi mesra di atas. Aku nak tunjuk penggunaan lampu lip lap tu je. Yang ni, die tak letak kain pun. Nice jugak. 😀

*Mungkin aku akan tangkap gambar aksi macam ni jugak nanti. Muahahaha.

So, aku nak tanye korang. Korang ade lampu lip lap yang banyak dan kain putih yang jarang aku boleh pinjam ke sewe ke? Ok ok, macam banyak je barang aku nak gune. Jap aku listkan.

Lampu lip lap – banyak

Carpet hitam atau putih

Kain putih jarang + panjang

Bunga ros putih + hitam (jenis foam)

Bola daun hiasan (size M maybe?)

So, kalau korang ade or kenal sape yang ade, korang tolong email kat aku dekat misikahwin@gmail.com atau pun tinggalkan je link korang dekat komen kat bawah ok?  Anyway, tema kawen belah aku hitam putih tapi kiteorang akan minimalis kan penggunaan warna hitam supaya orang tak kondem. =__= Kalau ade nak rekemen pape, feel free komen kat bawah. Thank you very much.

 

Advertisements