38. Peta Lokasi Pihak Perempuan Untuk Kad Kahwin

Dah lama aku asyik bertangguh je nak buat kad kahwin ni, akhirnya malam semalam aku sangat produktif menghasilkan pelan lokasi ke rumah aku untuk nak letak dalam kad kahwin. Produktif pun sebab line internet tadak dekat rumah. TM buat hal lagi. Hahaha. Kalau tak memang online je keje aku, tak buat-buat peta nye. So tadaa~ Peta aku dah siap!! Aku guna Adobe Illustrator CS3 dengan Adobe Photoshop sikit.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Peta guna Adobe Illustrator. Enjoy gile aku buat ni.

peta kad kahwin, kad kahwin diy, diy, pelan lokasi rumah pengantin perempuan

Ni hasilnya lepas di’JPEG’kan.

Kad kahwin dah buat beberape draft. Tapi tak puas hati lagi. Aku bagi date line pade diri sendiri kene siap design kad semua akhir bulan ni. Bulan depan dah nak hantar printing. Bulan September dah nak pos dekat semua orang. So, good luck diri sendiri. 😀

Oh oh oh sebelum tu, aku nak tunjuk initial monogram yang kiteorang guna untuk wedding kiteorang nanti. :”>

logo, initial monogram wedding

Ok now, jom makan ais krim King’s Grand dulu 😀

Advertisements