65. Set Sampin Biru – Busana Pengantin

Misi mencari sampin biru untuk majlis bertandang untuk tunang aku akhirnya berhenti sampai sini saja. Sebabnya dah jumpa. Dekat mana? Tak lain tak bukan tempat yang sama dengan tempat yang kiteorang beli sampin nikah dan sampin bersanding tunang aku. Hahahha. Last-last tempat sama jugak beli.

sampin, set sampin, set tengkolok, bengkung, biru, sampin bertandang, sampin biru

Ni dia set sampin yang kiteoran pilih untuk majlis bertandang nanti. Warna biru muda sulam silver. Not that nice tapi ini je pilihan yang ada. Biru yang betul-betul cantik memang tak ada.

sampin, set sampin, set tengkolok, bengkung, biru, sampin bertandang, sampin biru

Harga dia, macam biasa RM70 + RM7 (postage). Kali ni kiteorang busy sangat tak sempat nak pergi jumpa Busana Pengantin dekat kedai dia.

sampin, set sampin, set tengkolok, bengkung, biru, sampin bertandang, sampin biru

Kalau korang tengok corak dia tak berapa cantik sangat dan warna dia pun tak berapa kena sangat dengan warna shawl aku tu tapi tak apa lah. Kiteorang tak kesah sangat pun. Sebabnya memang susah nak cari warna biru cantik dan murah. Ada satu kedai dekat PKNS Shah Alam tu, sewa saja sampai RM200. Woahhhh. Pusing kepala aku. Then, sampin yang sebijik dengan sampin Busana Pengantin ni aku jumpa dekat Jalan TAR lagi mahal padahal sama je corak, pattern dan kualiti.

sampin, set sampin, set tengkolok, bengkung, biru, sampin bertandang, sampin biru

So ni dia perbezaan warna set sampin tunang aku dengan warna shawl aku Tak pe lah kot? Tak de lah jauh sangat beza kan? *Ayat sedapkan hati sendiri* Hew hew hew~

 

Oh, sapa-sapa yang mencari set sampin or sampin sahaja or barang-barang pengantin lain, boleh usha Busana Pengantin denkat Facebook dan website dieorang.

Facebook : Busana Pengantin

Website : Busana Pengantin

Advertisements

26. Sampin Nikah Dah Ada!! – Busana Pengantin

Ingat tak aku ada cerita pasal kain sampin nikah murah? Kalau lupe, meh baca dekat sini dulu pasal kain sampin nikah murah tu. Aku dah lama dah booking sampin ni dengan vendor Busana Pengantin, tapi baru hari Sabtu minggu lepas sempat nak pergi ambil dekat Cheras alang-alang aku dan tunang nak survey makanan ringan untuk buat doorgift dekat NSK.

So, ni la design sampin putih silver yang aku dan tunang beli untuk akad nikah nanti. Harga serius murah RM70 sahaja. Semalam aku, mak dan tunang pergi Jalan TAR tengok-tengok dan beli apa yang patut. Sekali kiteorang nampak design sampin sebijik macam design kain sampin yang kiteorang beli ni. Harga die –> RM180. Sekian, terima kasih. Hehehe.

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design kaki sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Design bunga sampin

sampin putih, sampin akad nikah, sampin nikah, sampin murah, sampin bunga

Full design sampin

Sebenarnya, Busana Pengantin ni diaorang jual barang-barang second hand. Barang-barang yang orang lain dah pernah pakai. So, that’s why lah kiteorang beli sampin tu boleh dapat murah gila-gila. So, korang tunggu apa lagi. Kalau nak set sampin, tanjak dan bengkong murah, pergi serbu Facebook atau blog Busana Pengantin ni.

18. Kain Sampin Nikah Murah – Busana Pengantin

Semalam aku semangat cerita pasal beli baju nikah perempuan guna duit BR1M kan. Hari ni aku nak cerita aku dan tunang beli kain sampin murah untuk akad nikah nanti. Aku dan tunang planning pakai baju putih untuk akad nikah. Oh, akad nikah aku belah malam. Jumaat malam Sabtu. Malam tu boleh la terus………………………. Weh, korang fikir ape? Aku nak cakap terus ambil gambar ye. Bahahahha. Kotor betul otak korang ni. Hihihihi.

Ok, ok. Meh aku belanje korang gambar sampin putih untuk akad nikah aku nanti. Warna putih silver sebab style orang akad nikah sekarang kan suke pakai sampin putih corak-corak gitu.

sampin nikah. sampin putih, akad nikah, sampin nikah murah

Tu dia. Asalnye nak beli sampin lain. Jenis sampin songket Pakistan. Warna putih silver jugak. Murah pun murah. RM36 sekali dengan postage. Tapi time tu konon-konon aku nak pergi terus dekat kedai die dekat Cheras sebab nak pilih set sampin warna hitam dan turquoise sekali so aku cakap kat akak tu, nanti pergi sane baru bayar. Die kate ok. Tibe-tibe pulak pagi yang aku nak pergi kedai die tu, akak tu message kate kedai tutup, tak boleh datang. Sebab nye? Sebab die nak beranak dah. Wah, dapat anak gitu. So, aku pun ok la.

Silap aku satu je kat situ, aku just booking angin. Tak de booking pakai duit. So, next week nye tunang aku tanye Kak Siti, owner kedai ni pasal sampin tu. Die kate dah sold out. Aduh, keciwa kiteorang. Dah la cantik, murah pulak tu. Melepas.

So, bile aku nampak kedai ni upload sampin baru warna putih silver, aku cepat-cepat kejut tunang aku bangun tidur. Time tu hari Sabtu, pagi-pagi buta aku kejut die. Dah la die habis keje semalam nye pukul 12 malam. Kesian die. Tengok-tengok tunang aku minat jugak dengan sampin tu. Terus aku book dengan bayar duit. Hahhaha. Takut melepas lagi. Kali ni kain sampin yang jenis elok sikit. Harga pun naik sikit. RM70. InsyaAllah hari Ahad ni aku dengan tunang nak gi Cheras ambil kain sampin dan survey set sampin dan tengkolok untuk majlis kenduri nanti. Oh, harga set sampin die sekali dengan tengkolok cuma RM70. 😀

Nak tahu kedai ni jual ape lagi? Meh aku belanje gambar sikit lagi.

  pelamin kahwin, busanan pengantin

Pelamin untuk tempahan

veil kahwin, kahwin, baju kahwin

Veil panjang pendek semue ade

baju melayu, baju melayu kahwin

Baju melayu lelaki

kebaya kahwin, baju kahwin

Kebaya panjang. Ini. Buat. Air. Liur. Aku. Meleleh. Nasib baik jarang dan mahal.

Kalau tak dah lame aku beli. Hohoho.

kasut kahwin, wedding shoes, kahwin

Kasut kahwin.

Gambar-gambar yang aku share ni baru sikit. Banyak lagi yang die jual. Ada set baju pengantin lelaki dan perempuan, ade accessories macam rantai, brooch untuk kebaya, tiara gold, keris, payung, lace glove, sejadah, flowergirl dress, fabric, lace arghhh banyak lagi lah. Dan yang menarik nye, barang-barang yang die jual boleh tahan murahnye sebab ade yang second hand punye barang. So, korang ape lagi? Jom check it out~

Facebook: Busana Pengantin

Blog: Hannah Bridal

*Kebaya jarang tu masih membuat air liur serta air hidung ku meleleh dengan lebih kencang. -___-“