62. Shawl Majlis Akad Nikah

Minggu ni aku asyik ulang alik ke Jalan TAR je mencari barang-barang kahwin. Disebabkan tunang aku kerja petang dan malam, so tak dapatlah dia teman aku mencari barang. Aku pergi sana naik LRT je. Penat gila.

Ok ok, aku dah penat mencari tudung untuk akad nikah. Planning nya nak tudung bawal warna kelabu cair gila-gila macam warna sampin tunang. Tapi jenuh mencari tak jumpa-jumpa. Last-last sekali, aku beli satu shawl kelabu dan satu halfmoon kelabu. Tak sure lagi nak pakai yang mana.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Shawl kelabu. Besar jugak shawl ni. Time mencari shawl kat Jalan TAR, semua jenis yang warna depan lain belakang lain, dual layer, uni tone. Fuh, memang tak berkenan lah nak buat tudung nikah. Bawal pulak warna kelabu pekat. Jauh beza warna dengan sampin tunang.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni beza warna shawl kelabu yang aku beli dengan sampin nikah tunang aku.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Yang ni pulak halfmoon yang aku rasa warna dia lagi ok dari shawl kat atas. Tapi yang tak best nya, halfmoon ni aku rasa macam pendek pulak. Nampak macam besar tapi aku test tak berapa nak tutup dada. 😦

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni pulak beza warna halfmoon dengan sampin nikah tunang aku.

Agak-agak yang mana satu lagi sesuai untuk pakai waktu nikah nanti? Shawl biasa besar sikit tapi warna gelap sikit atau shawl halfmoon yang kecik sikit tapi warna paling dekat nak sama dengan sampin nikah tunang aku? Hmmm, kompius.

Advertisements

61. Shawl Untuk Majlis Bertandang

Aku duk usha kawan-kawan B2B punya blog, ramai yang kelam kabut pasal tudung nak pakai ape. Nak pakai bawal biasa ke nak pakai shawl ke. And tudung jugak lah yang menjadi item last sekali most B2B setelkan. Hahahha. Ini bahaye! So, langkah drastik tak berapa drastik sangat la bagi aku, aku pun decide untuk pakai shawl halfmoon labuh untuk majlis bertandang nanti. Warna nya off course lah biru.

shawl labuh

Memang labuh shawl ni. Saiz  2mx0.7m. Tutup semua dada dan belakang. Kalau lilit 2 kali memang tak nampak jarang dah. And senang sangat nak bentuk. Lilit lilit lilit kejap, eh dah siap pun. Tak payah pakai inner muncung pun tak pe. Dah terletak cantik.

Kalau sape-sape yang berkenan jugak nak shawl macam ni, boleh tengok kat Faceboook Misi Kahwin. Ni shawl dari Sha Zaha Shawl. Jangan risau, harga sama je macam dieorang. Sekarang ni ade promosi Bulan September. Ade 4 jenis shawl yang cantik-cantik dan labuh boleh pilih. Cepat-cepat tahu kalau nak beli. Sekarang tengah promosi. Promosi last 30 September ni.

Facebook Misi Kahwin

shawl labuh, shawl for sale, shawl halfmoon, shawl,

Promosi September

CODE SNA: BUY 1 SHAWL FREE POSTAGE

CDE SNB: BUY 3 SHAWL FREE 1 SHAWL ( EXCLUDE POSTAGE)

CODE SNC: BUY 2 SHAWL AT RM50 ONLY ( EXCLUDE POSTAGE)

CODE SND: BUY 2 SHAWL AT RM50 ONLY ( EXCLUDE POSTAGE)

Untuk pilihan warna dan availability boleh tengok dalam album MISI KAHWIN -> Album Shawl